4 | Teman Baru

293 48 10
                                    

Mentari pagi terasa terik memancar di atas kepala. Hembusan angin terasa nyaman bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku menghirup teh susu sambil duduk di sebuah kerusi kayu yang terletak di hadapan deretan pasu bunga. Usai menghirup teh susu, aku menghela nafas panjang seraya menyandar pada kerusi kayu tersebut. Haih, kenapalah malang sangat nasib aku? Salah aku juga sebab terlalu lalai. Jika aku jaga beg tangan aku, ini semua takkan berlaku. 

Kau cuai, Ainsley. Kau terlalu cuai. Mungkin betul cakap ayah, aku takkan mampu berdikari tanpa sokongan dari dia. Mungkin, tindakan aku ini salah?

"Sekarang, kau cuma kena simpan dokumen ni sebagai ganti untuk kad pengenalan kau. Pihak polis akan cuba tolong kau dapatkan semula beg tangan kau tu."

Dikala aku asyik mengelamun memikirkan nasib badan, suara serak basah kedengaran menerjah ke gegendang telinga. Aku mendongak ke depan. Colby tampak tercegat di hadapanku sambil menyuakan aku sekeping kertas bersaiz A5. Dokumen tersebut, aku ambil dari tangannya. Oh, begini rupanya dokumen untuk ganti kad pengenalan aku. Interesting. 

"Oh, thanks. Urmm, saya kena buat kad pengenalan baru, atau saya kena tunggu sehingga pihak polis selesaikan kes saya?" 

Aku menyoal seraya melipat dokumen tersebut. Kertas tersebut aku simpankan ke dalam poket hadapan bagasi. Colby melabuhkan punggung di sisi kananku. Beg hiking miliknya, dia letakkan di sisi kerusi. 

"Aku rasa, lebih baik kau tunggu untuk tiga hari. Jika pihak polis masih tidak jumpa beg tangan kau, maka eloklah kau buat kad pengenalan baru."

Colby menjawab pertanyaanku dengan nada mendatar. Aku mengangguk kecil. Mataku kembali tertacap pada cawan kertas berisi teh susu di tangan. Apa aku patut buat sekarang? Takkan aku mahu merempat di tepi jalan selama tiga hari? Satu sen pun tiada di poket aku sekarang. 

Ah! Aku tak nak balik Manchester! Malulah aku jika ayah dan ibu tahu pasal ni! 

"Kau dari mana, Ains? Kemana destinasi kau?" 

Aku menghela nafas panjang mendengar pertanyaan dari si lelaki tinggi lampai tersebut. Lirikan aku kembali beralih kepadanya.

"Saya dari Kota Manchester. Destinasi saya? Kota Besar London."

"Masih jauh perjalanan kau."

"I know... Haih, malang betul nasib saya ni."

Aku mengeluh perlahan dengan muka sayu. Colby menyulam jari di kedua telapak tangannya. Buat seketika, kami berdiam diri. Si lelaki tinggi lampai bangun dari kerusi kayu tetiba. Aku kembali mendongak memandang dia. Colby mengukir senyuman manis. 

"Well, aku mahu ke England. Kau boleh ikut aku. London dan England satu haluan saja, kan? Aku boleh tumpangkan kau sehingga ke sana."

"Eh?" 

"Kau tiada duit dan haluan buat masa sekarang, bukan? Tambahan lagi, kau perempuan. Aku risau jika ada apa-apa perkara buruk terjadi pada kau nanti. This is the least I can do."

Colby berkata dengan nada yakin. Melihat senyuman di wajahnya membuatkan aku menggigit bawah bibir. Buat seketika, aku berdiam diri sambil tertunduk. Colby menantikan jawapan dariku. 

"Hurmm, are you sure? Awak tak kenal saya, dan saya juga tak kenal awak. This is kinda weird."

"Kita boleh berkenalan semasa kita dalam perjalanan nanti. Atau, kau mahu pinjam duit dari aku dan kita bawa haluan masing-masing di sini? Cuma itu jalan penyelesaian yang dapat aku fikirkan."

"Pinjam duit dari awak? Macam mana saya nak bayar pada awak nanti? This doesn't make any sense?" 

Aku membidas cadangannya dengan muka pelik. Colby tertawa kecil sambil menggosok belakang kepala. 

Our Magic Moment™Where stories live. Discover now