SUASANA di dalam bilik itu riuh dengan suara Grey dan Ian yang dari tadi asyik menjerit nyaring. Tiba - tiba pintu dikuak perlahan dari luar. Kelihatan susuk tubuh Daniel dan Hariez yang baru sampai sambil tangan mereka penuh dengan kotak kek dan beberapa bekas aiskrim berjenama Baskin Robbin. Mata Grey dan Ian sudah bersinar - sinar memandang kesemua bekas aiskrim dan kotak kek yang dipegang oleh dua jejaka dingin itu. Mereka memnadang sesama sendiri sebelum...
"MORE BASKIN ROBBIN!! YAEYYY!!!" Mereka meluru ke arah Daniel dan Hariez lalu segera mengambil kesemua manisan yang berada di tangan jejaka - jejaka itu.
"Grey! Ian! Biar Danielle dan Lisa yang potongkan kek tu dan scoopkan aiskrim untuk semua. Sekarang kau berdua duduk sebelum kau orang tak akan dapat apa - apa dessert." Arah Iman tegas. Lisa dan Danielle segera memotong kek dan mengagihkan aiskrim kepada semua yang berada di situ. Muka Ian bala itu sudah pun masam mencuka.
"Nahh jangan nak masam sangat muka tu. Patut pun single." Ujar Lisa sambil menghulurkan cup aiskrim kepada Ian. Ian menggeleng.
"Hah kau pahal pulak tak nak? Tadi terhegeh - hegeh nak sangat. Sampai tak menyabar."
"Abang...Ian nak flavour macam yang Misya tengah makan tu..." Rengeknya. Aiskrim yang elok terletak di atas meja pesakit ditunjuk.
"Jangan nak mengada Fariez Ian. Itu Misya punya. Iman belikan untuk dia." Tegas abang kembarnya, Hariez Ryan berkata. Ian mencebik. Matanya sudah berair.
Wad VVIP itu terus ditinggalkan oleh Ian. Semua di situ terkejut dengan tindakan Ian yang tidak ubah seperti kanak - kanak hanya kerana perisa aiskrim yang dikehendakinya diberikan kepada Misya.
"Haih, takpela abang bagi je aiskrim ni dekat Ian, Misya boleh makan perisa yang lain." Ujar Misya sambil menyuakan aiskrim itu ke arah Hariez Ryan.
"Takpe Misya makan je yang tu, Ian tu mengada ja." Kata Hariez Ryan lagi.
"Takpela abang kesian dia. Abang ambik ni pergi pujuk dia eh? PLEASE..." Rayu Misya.
Hariez hanya menganggukkan dan mengambil aiskrim itu. Kakinya laju berlari meninggalkan wad VVIP itu sambil tangannya memegang cup aiskrim perisa kegemaran adiknya. Hariez Ryan mencari-cari kelibat Ian. Setelah beberapa saat matanya melilau memerhati sekeliling ruang kawasan tempat menunggu itu, dia ternampak Ian yang sedang menangis sambil duduk di atas kerusi yang berhampiran dengan wad VVIP tadi. Hariez berjalan menuju ke arah Ian dan cup aiskrim tersebut diberikan kepada Ian. Malangnya Ian hanya memulaukan abang kembarnya itu. Hariez mencebik seraya melepaskan keluhan halus. Cukup kenal dengan sikap adiknya yang manja. Jika dahulu dia selalu manja dengan kedua ibu bapanya tetapi sekarang setelah pemergian kedua ibu bapa mereka, Ian lebih manja dengan satu - satunya ahli keluarga kandung yang masih dia ada, Hariez Ryan Bin .
"Nahlah! Ambik la aiskrim ni tadi kan kau nak?" Kata Ryan sambil menggoyangkan badan Ian. Masih memujuk adiknya.
"Meh aku suap kau. Adik nak tak?" Pujuk Ryan. Ian mendongakkan kepala dan memandang abangnya dengan senyuman dan menganggukkan kepala.
"Haih kau ni adik dah besar panjang tapi manja lagi. Bilalah kau nak matang ni Fariez Ian?" Bebel Hariez sambil gelengkan kepalanya. Penat dia nak melayan kerenah si adik kembarnya seorang ini.
"Yela dengan kau je aku nak bermanja. Kau satu satunya abang yang aku ada and aku sayang. Hmm keluarga kandung pun tak ada. Umi dan abi pun dah tak ada. Nasib mama dan papa anggap kita macam anak sendiri kan? Hmm abang sayang adik tak? Kalau abang tak sayang mesti adik dah tak ada sapa - sapa." Luah Ian sambil air matanya mengalir di pipi. Sejujurnya dia sayang sangat akan abang kembarnya ini walaupun perangai abangnya agak dingin dan garang terhadapnya. (Ah no, bukan agak dingin but very the dingin..
Hshshshss...Plus tegas laa...)
YOU ARE READING
Mrs. Iman Darwish (Lekluu, aku focus study bye:)
ActionSynopsis: Iman Darwish, merupakan seorang lelaki yang ego, devil dan dingin. Lelaki yang tidak akan layan perempuan yang minat dengannya tetapi hanya seorang gadis sahaja yang boleh rapat dengan lelaki dingin itu. Amisya Aleeya. Ikatan persahabatan...