"Be my halal girl for my entire life, will you?" Kotak baldu bewarna merah dibuka sebelum sebentuk cincin berlian menghiasi padangan gadis itu.
Secara spontan, air matanya bergenang di tubir mata. Tergamam dengan lelaki di hadapannya, crushnya sendiri.
"Are you serious?" Soalnya ingin mendapat kepastian.
"Pernah ke Iman Darwish tak serious?"
"Pernah."
"Okay. Nur Amisya Aleeya Binti Abdullah...Will you be my wife for the second time? Deeply inside my heart, hard to let you since before our divorce plan. I love you more than I love myself. I will try my best to fulfil your 5 wishes with your future husband." Ujar Iman penuh syahdu.
"Janji dengan saya, awak tak akan buat dekat saya macam mana awak pernah buat dulu..."
"Janji. BFF to lovers pinky promise, can we?" Jari kelingkingnya yang tersarung sarung tangan putih dihulurkan.
"Yes." Jawabnya pendek sebelum mendapat tepukan gemuruh seluruh tetamu di dalam dewan besar itu.
"Iman..."
PAP
Bahu halus ditampar oleh Aarav.
"Bangun lah! Tch!" Aarav berdecit perlahan.
"Ish lah mamat psycho ni. Aku sepak apa pun tak dapat." Kutuknya.
"Tak payah kutuk kalau tak pandai. Nak kutuk belakang, bukan tepi."
"Mana Hadi?"
Selepas sahaja puas bersiar - siar sesudah makan tengah hari, mereka bertiga memilih untuk pulang. Hal Iman biarkanlah dia, bukan rapat macam dulu dah nak ambil tahu.
Masuk sahaja kereta gadis tersebut terus melelapkan matanya. Sedar - sedar hanyalah mamat pelik ni yang ada di dalam kereta. Hadi sudah hilang entah ke mana.
"Mana Hadi?" Soalnya lagi sekali inginkan jawapan apabila soalannya yang pertama hanya dibiarkan tidak berjawab.
"Tak ada soalan-"
"Tak ada!" Misya tersenyum sinis.
"Hadi jumpa family dia. Dia suruh aku hantar kau yang membongkang tidur sampai air liur meleleh tu balik. Tidur pun berdengkur."
"HAH?! Aku tidur berdengkur?" Membulat mata Misya.
"Kau nak terkejut sangat pahal? For your information, yes. Kau tidur berdengkur dan buruk gila muka kau. Aku ada record if let say kau tak reti nak tinggalkan Hadi, aku bagi je video tu dekat Hadi. Dia pun confirm auto reject kau." Senyuman sinis diukir. Asyik sinis, tak boleh ke nak manis sikit senyuman tu?
"Aku bukan lelaki, perangai asyik nak tinggalkan orang aje."
"Let me guess, kau tengah nak describe lelaki based on apa yang Iman buat. Am I right? Mrs. Hadi Farhan to-be?"
YOU ARE READING
Mrs. Iman Darwish (Lekluu, aku focus study bye:)
ActionSynopsis: Iman Darwish, merupakan seorang lelaki yang ego, devil dan dingin. Lelaki yang tidak akan layan perempuan yang minat dengannya tetapi hanya seorang gadis sahaja yang boleh rapat dengan lelaki dingin itu. Amisya Aleeya. Ikatan persahabatan...