BAB 19

143 16 0
                                    

KERETA yang dipandu Hadi laju membelah jalanraya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA yang dipandu Hadi laju membelah jalanraya. Matanya hanya fokus pada pemanduannya. Sejak tadi hanyalah suara dari radio dan bunyi pendingin hawa yang kedengaran.

"Nak pergi mana?" Soal Hadi memecah kesunyian.

"Makan." Sepatah Aarav menjawab.

"Kau belanja?"

"Haah..."

"Disebabkan kau belanja dan kau tak cakap makan dekat mana, aku akan drive pergi 5 stars hotel..."

"Okay jugak. Aku dah tanya pengurus dia orang pasal kerja kosong. Ada jawatan basuh pinggan je. Sesuai lah dengan kita hari ni..."

"Hadi..." Panggil Misya.

"Ya?" Sahutnya.

"Nak makan Llao Llao boleh? Then nak cari donut..."

"Craving?" Melihat anggukan dari Misya membuatkan lelaki itu tersenyum nipis.

"Main dish?"

"Apa - apa je..."

"Haa aku nak makan nasi ayam..." Ujar Aarav.

"Tak nak..."

"Sizzling?" Cadangnya lagi.

"Tak rasa nak makan mee..."

"Salad?"

"Kita bukan kambing nak makan daun." Masih menolak.

"Then nak makan apa?"

"Kan aku cakap tak kisah, ishh!!" Rengus Misya.

"Hadi, nak makan apa?" Soal Aarav pada Hadi pula. Dah kalau tanya minah tu semua tak nak, baik tanya lelaki yang berpendirian tetap.

"Nasi ayam penyet."

"Tapi minah tu tak nak."

"Ehh bila pula aku kata tak nak?"

"Ehh tadi orang tanya kata tak nak! Aku sepak apa pun tak dapat kau ni."

"Itu yang kau tanya nasi ayam je. Hadi cakap nasi ayam penyet. Ayam yang kau tanya tadi tak penyet."

"Haa memang lah. Perempuan mana pernah salah."

"Tahu tak apa."

Hadi yang sedang memandu hanya tersenyum nipis mendengar pertelingkahan antara Aarav dan Misya.

"Comel je minah ni." Gumam Hadi perlahan, hanya dia sahaja yang dapat mendengarinya.

***

TOK TOK TOK!

"Siapa?" Soal Iman apabila pintu pejabatnya diketuk dari luar.

"Adriana..."

"Masuk!" Laungnya dari dalam.

Mrs. Iman Darwish (Lekluu, aku focus study bye:)Where stories live. Discover now