MATA digosok perlahan sebelum matanya terpisat - pisat ingin dicelikkan. Senyuman halus diukir. Balkoni bilik itu dituju sebelum langsirang elok tertutup dibuka. Serentak cahaya matahari menerobos masuk ke dalam ruang bilik tidur Danielle.
Pagi itu dialah yang paling lewat terjaga kerana tidak perlu menunaikan solat Subuh. Danielle dan Lisa awal - awal lagi sudah masuk ke dapur untuk menyediakan sarapan.
Tiga hari telah berlalu sejak Iman pergi ke Pulau Pinang. Hari itu merupakan hari lahir Iman yang ke-27 tahun. Malam itu juga Misya akan meluahkan perasaannya yang sudah dipendam sejak beberapa belas tahun lagi.
"Morning!" Ujar Misya ceria. Hoodie yang menutupi kepalanya dibetulkan sedikit agar tidak menampakkan rambutnya.
"Morning!" Balas mereka yang berada di ruang tamu. Misya terus menuju ke dapur ingin mengalas perut. Bukan pemalas, tetapi dia tidur lewat.
Ada yang masih mengisi angin ke dalam belon. Ada yang menonton televisyen. Dan ada juga yang menyambung tidur di ruang tamu. Tidak lain tidak bukan semestinya Grey. Grey yang sedang tidur sambil kepalanya beralaskan peha kanan Daniel.
Ian yang berura - ura ingin mengejutkan Grey menggunakan belon dan jarum, terus terhenti tangannya apabila dihalang oleh Daniel.
"Don't do that Fariez Ian." Lembut tetapi tegas Daniel menegur. Mata lelaki itu masih lagi fokus pada iPad miliknya.
"Hurm..." Ian duduk sambil memeluk kakinya. Mukanya dibenamkan pada lututnya.
Hariez yang baru keluar dari ruang makan pelik melihat cara adiknya duduk.
"Haa ni dah kenapa? Member tidur pun merajuk?"
"Haha...Nak kejutkan member kena halang dengan aku. Merajuk lah tu."
"Lahh!" Hariez hanya menggelengkan kepala dengan sikap adiknya seorang ini.
"Dah - dah lah tu. Grey nak rehat. Semalam tidur lambat kan? Nanti dia bangun kau berdua pergi lah tengok Netflix sama - sama."
"Janji ehh abang nak bagi tengok drama Korea?" Ian yang tadinya menunduk terus berdiri apabila mendengar akan perkataan 'Netflix'. Setiap kali dia ingin menonton drama pasti sahaja Hariez akan menyuruhnya menyiapkan dahulu laporan kerja.
"Ye. Dah jangan nak merajuk sangat. Buruk bebenor muka."
"Abang..."
"Apa lagi?" Soal Hariez malas.
"Kita kan kembar seiras. Jadi kalau muka si adik buruk sama lah macam abang. BROTHERHOOD!"
Kaki Ian terkedek - kedek menjengket ke arah Grey dan Daniel. Pipi Grey dikucup lembut sebelum rambut perang kemerahan lelaki itu diusap perlahan.
"Sleep well kelabu..."
Jari telunjuknya dicuit pada bahu Daniel.
"Hmm?"
YOU ARE READING
Mrs. Iman Darwish (Lekluu, aku focus study bye:)
ActionSynopsis: Iman Darwish, merupakan seorang lelaki yang ego, devil dan dingin. Lelaki yang tidak akan layan perempuan yang minat dengannya tetapi hanya seorang gadis sahaja yang boleh rapat dengan lelaki dingin itu. Amisya Aleeya. Ikatan persahabatan...