BAB 8

173 32 32
                                    

MALAM sudah pun menjelma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM sudah pun menjelma. Sudah hampir 1 jam yang lalu semua sudah pulang ke rumah masing - masing. Iman yang sedang nyenyak tidur di atas sofa dipandang. Dari rakan - rakannya yang lain pulang pada siang tadi sehingga lah sekarang iaitu sudah jam 8:00 malam Iman tidur. Hanya bangun untuk menunaikan solat fardhu Asar dan Maghrib sahaja.

"Huhh! Boring..." Keluh Misya sendiri.

Beberapa minit dia hanya termenung memandang luar tingkap yang terserlah pemandangan sunset. Pemandangan yang sungguh menarik minatnya. Jika membuka gallery telefon bimbitnya, lebih 100 gambar hanya pemandangan sunset serta sunrise.

Baru sahaja dia berpaling memandang tingkap wad itu yang hanya menghadap ke arah koridor hospital, dapat dia tangkap susuk tubuh seseorang. Matanya tidak dapat mengesan serta otaknya giat memikir siapakah gerangan itu. Yang dapat dilihat Misya hanyalah seorang lelaki memakai pakaian serba hitam. Mask juga dikenakan agar tidak ada sesiapa yang dapat mengecam diri lelaki itu.

Pintu wad dikuak oleh Misya. Hatinya menyuruh agar dia keluar dan melihat siapa lelaki misteri tersebut. Misya mula berfikiran negative. Otaknya mengatakan manusia tersebut merupakan salah satu musuh mereka. Tetapi hatinya menafikan perkara tersebut.

Bulu romanya sudah meremang apabila merasakan sesuatu yang akan terjadi. Nalurinya mengatakan bahawa dia sedang berada dalam keadaan bahaya. Ya, memang kehidupannya dari kecil sentiasa dalam bahaya tetapi kali ini aura keadaan sekeliling memelikkan dirinya. Misya segera berlari ke arah katil. Katil dipanjat semula sebelum seluruh tubuh kecil gadis itu dimasukkan ke dalam selimut. Badannya menggigil ketakutan.

Tiba - tiba pintu dikuak dari luar oleh seseorang. Biasanya jika jururawat atau doktor yang masuk, mereka akan ketuk pintu terlebih dahulu dan akan masuk jika mendapat arahan dari pesakit. Biasalah hospital swasta. Bayar mahal privasi pesakit pun kena lah mahal kan?

Manusia yang masuk tanpa disuruh itu berdehem. Dari suara deheman yang kedengaran itu jelas menunjukkan bahawa dia lelaki. Lelaki tulen. Lelaki maskulin. UHUKK tersedak writer. Teringat Ex gini aa...

Semakin kuat Misya menggigil. Tak berhenti - henti dia berdoa agar yang masuk itu tidak ada niat jahat terhadapnya atau musuhnya. Dia mengharap agar Iman sedar dari tidur. Misya hairan. Iman walaupun lelaki spesis yang tidur mati tetapi dalam tidurnya dia peka terhadap keadaan sekelilingnya. Pernah juga dia hampir diserang ketika tidur tetapi disebabkan deria pendengarannya serta dia amat peka dan kenal setiap bunyi tapak kaki orang sekeliling dan juga musuh jadi dia terselamat. Baru sahaja orang yang hampir serang Iman itu mahu menikam dirinya, Iman lebih pantas mengelak dan akhirnya lelaki itu sudah selamat masuk kubur akibat diseksa oleh Black Devil DeZhove.

Tiba - tiba...






BANG!!! BANG!!!


























Mrs. Iman Darwish (Lekluu, aku focus study bye:)Where stories live. Discover now