BAB 24

37 3 0
                                    

"Kak Danielle belum turun?"

Daniel menggeleng lemah. Entah sampai bila kakaknya akan begitu.

Seminggu sudah berlalu sejak pengebumian Puan Rossa. Danielle hanya keluar sewaktu majlis tahlil buat arwah Puan Rossa dan pengebumian wanita itu.

Setelah semuanya selesai, Danielle hanya mengurung diri di dalam bilik. Bukan hanya Daniel, malah semua isi rumah tidak mampu memujuknya.

"Dah panggil? Ajak dia turun?"

"Lisa... Sebelum-sebelum ni pun banyak kali saya dah cuba pujuk dia. Saya asyik ajak dia keluar bilik. Tapi apa yang saya dapat? Makian. Dia panggil saya pembunuh."

Entah sudah kali keberapa Daniel mengeluh.

"Kalau cuba sekali lagi tak salah kan?" Mata Lisa menatap lembut wajah putih Daniel.

Daniel mengangkat wajahnya dan terus membuatkan mata merah cerahnya bertembung dengan sepasang iris coklat gelap Lisa.

Mendapat senyuman manis dari Lisa, Daniel laju mengangkat punggung dan berlalu ke bilik Danielle.

Tangan yang sudah diangkat ingin mengetuk daun pintu tadi terhenti lalu dijatuhkan kembali. Pintu kayu di hadapannya dipandang dengan penuh rasa.

"Ya Allah, Engkau bantulah hambamu ini. Amin."

Nafas yang ditarik panjang dihembus perlahan-lahan. Ingin mencari kekuatan dan semangat

Yakin dengan kekuatan yang dia ada, tangan kembali diangkat dan mula mengetuk pintu itu.

"Akak... Kita turun makan nak? Ramai orang dekat bawah. Semua tunggu akak nak makan sama-sama."

Setelah beberapa saat Daniel menunggu sahutan daripada Danielle namun tiada satu suara yang menyahut. Fahamlah Daniel jika begitu.

"Akak... Daniel minta maaf kalau Daniel tak jujur dengan akak dari awal. Ada sebab sebalik semua yang berlaku. Tolong akak. Maafkan Daniel. Daniel janji lepas akak keluar bilik..."

Nafas ditarik dalam.

"I promise that I will tell to the entire story. Things and reason why all of this happen. Why I can't be loyal to you from the beginning when Ummi and Abah passed away."

Pintu diketuk lagi.

Setelah beberapa kali dia istikharah, itu jawapannya. Ceritakan hal sebenar kepada seseorang yang layak tahu. Antara aib dan hubungan baik darah daging sendiri, dia perlu korbankan salah satu daripadanya.

Beberapa kali ketukan, Daniel masih tidak mendapat apa-apa sahutan. Malah, tiada juga apa-apa bunyi dari dalam. Tidak seperti kebiasaannya. Kalau tidak, pasti akan ada makian atau jerkahan dari Danielle agar dia beredar dan tidak mengganggu Danielle. Setidaknya, itu akan memastikan bahawa Danielle tidak apa-apa.

"Akak? Reply something."

"Akak..."

"Akak, Daniel masuk ya?"

Pintu juga tidak berkunci.

Sekitar bilik, kosong dan berkemas. Selalunya berselerak. Ini dengan katil juga elok berkemas. Kaki dihayun ke arah bilik mandi.

Juga kosong.

 Saat kepalanya dikalihkan ke arah meja solak, sekeping sampul menyapa pandangan. Perlahan-lahan Daniel mula menuju ke meja solek. Sampul itu diambil lalu dikoyakkan. Sekeping kertas serta rantai kunci yang terdapat di dalam sambil dibawa keluar.

Sepucuk surat bertulisan tangan? Dan... Danielle's handwriting.

Segera satu persatu ayat dibaca.

Daniel,

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Iman Darwish (Lekluu, aku focus study bye:)Where stories live. Discover now