PANG!
Tamparan sulung milik Misya tepat hinggap pada pipi Aarav. Sudah tidak dipedulikan lagi hukum bersentuhan antara lelaki dan perempuan. Hanya marah yang menguasai dirinya tika ini.
"What the hell?! Dah gila tiba - tiba datang then lempang orang?" Pipinya yang berasa sedikit pedih akibat tamparan Misya dipegang.
"Kau tu yang gila!" Jerkah Misya.
"MANA KAU BAWAK ANAK - ANAK AKU?!"
Alangkah terkejutnya Misya apabila dia mahu mengambil anak kembar itu dari kelas muzik dikhabarkan oleh guru mereka di sana bahawa Ayzry dan Aylish sudah ada yang menjemput. Apabila disoal kepada Zhovist yang lain juga tiada yang menjemput mereka berdua. Disoal kepada nenek dan mama kepada Iman juga sama jawapan mereka.
Sudah puas anak buah Iman ditugaskan untuk mencari si kembar itu, namun masih tiada khabar berita tentang keberadaan mereka berdua.
"What? Anak kau then kau tanya aku apahal?"
"Sebab aku tahu semua yang jadi sekarang ada kena mengena dengan kau! Surat yang dekat kereta aku, kau yang letak kan? Answer me Aarav Darien!"
"Ya, memang aku letak. Aku banyak kali warning kau tapi kau still tak nak tinggalkan Hadi kan?"
"Dasar nafsu binatang!" Tamparan hebat milik Misya sekali lagi tepat mengenai pipi lelaki itu.
"Kau mengarut apa?" Hairan dengan apa yang Misya katakan. Dia bernafsu binatang?
PAK
Helaian surat yang sejak tadi berada di dalam genggaman Misya terus dilemparkan ke arah Aarav. Tepat mengenai muka tampan lelaki itu sebelum jatuh ke tanah. Aarav membongkokkan sedikit badan tinggi lampainya itu seraya mencapai surat tadi.
Satu persatu baris pada surat itu dibacanya. Surat pertama yang merupakan surat amaran darinya dibaca. Riak wajahnya hanya kosong tanpa sebarang rasa bersalah.
Surat kedua yang sudah renyuk itu pula dibacanya. Belum sampai separuh dibaca, dahi licin lelaki itu tiba - tiba berkerut seribu. Kertas di tangannya kembali direnyukkan.
"Wait, aku tak tulis pun..." Kata Aarav bersahaja.
"Tak mengaku? Kau memang syaitan!!"
"Tapi memang ak-"
PANG!
Tidak sempat menghabiskan penjelasannya, pipinya sekali lagi ditampar kuat oleh Misya.
Bersama air mata yang bertakung di tubir mata, Misya terus berlalu tanpa menghiraukan Aarav. Hati dia berbelah bahagi. Kadangkala rasa seperti Aarav itu baik, tetapi kadang jahat kalah syaitan.
Ada ke patut jadikan budak - budak sebagai bahan untuk puaskan nafsu?
***
"MACAM MANA BOLEH TAK DAPAT KESAN?! KAU ORANG SEMUA PANDAI KE TIDAK BUAT KERJA?! STUPID!" Jerkah Iman.
YOU ARE READING
Mrs. Iman Darwish (Lekluu, aku focus study bye:)
ActionSynopsis: Iman Darwish, merupakan seorang lelaki yang ego, devil dan dingin. Lelaki yang tidak akan layan perempuan yang minat dengannya tetapi hanya seorang gadis sahaja yang boleh rapat dengan lelaki dingin itu. Amisya Aleeya. Ikatan persahabatan...