PERFUME jenama Gucci diambil sebelum disemburkan sedikit pada lehernya yang berlapikkan tudung. Beg tangan hitam jenama Dior dicapai. Disebabkan dia terlebih teruja untuk pergi food hunting, malam itu dia tampil dengan menggayakan skirt labuh berwarna hitam serta blazer dan kemeja biru tua.
"Eiishhh mana Iman ni. Apesal lambat sangat!" Marah Misya sendiri.
"Assalamualaikum!" Laung Iman dari luar rumah Misya. Iman sudah mempunyai access card kondominium Misya sendiri bagi memudahkannya jika ada apa - apa yang terjadi.
Iman pula segak mengenakan pakaian ala - ala korean street outfit. Dia hanya memakai t'shirt kelabu bersama dengan jaket denim berwarna blue black.
Selepas sahaja pulang dari mall petang tadi, Iman terus menghantar Misya ke rumahnya. Katanya mahu Misya mengemas barangnya dahulu sebelum berpindah sementara ke rumah agam keluarga Iman.
"Waalaikumussalam..." Jawab Misya mendatar.
"Haa asal masam je muka?"
"KAU LAH LAMBAT SANGAT APESAL?!"
"Wahai cik Nur Amisya Aleeya yang disayangi saya, saya solat dekat masjid. Then saya balik rumah dulu tukar baju. Yang kau ni pulak apesal pakai baju dah macam nak pergi office? Kita nak pergi food hunting bukan dalam mall. Kita nak pergi uptown and pergi cari street food. Jadi sila lah tukar baju tu. Dah macam nak masuk meeting."
YOU ARE READING
Mrs. Iman Darwish (Lekluu, aku focus study bye:)
ActionSynopsis: Iman Darwish, merupakan seorang lelaki yang ego, devil dan dingin. Lelaki yang tidak akan layan perempuan yang minat dengannya tetapi hanya seorang gadis sahaja yang boleh rapat dengan lelaki dingin itu. Amisya Aleeya. Ikatan persahabatan...