BAB 9

162 36 46
                                    

SETELAH seminggu Misya terperuk di hospital, akhirnya dia telah dibenarkan untuk discharge dari hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH seminggu Misya terperuk di hospital, akhirnya dia telah dibenarkan untuk discharge dari hospital. Ini semua adalah berkat alhamdulillah daripada ugutan Ian dan Grey pada tempoh hari. Tidak disangka doktor percaya bulat - bulat tentang penipuan pistol tersebut. Harap je doktor tapi mainan pun tak kenal cehh!

TOK TOK TOK.....

"Jom Misya kita balik. Mama dengan papa dah sampai dekat bawah." Ajak Iman. Misya hanya sekadar mengangguk sebagai balasan.

Setibanya di tingkat bawah kelihatan Puan Jasmine dan Tuan Ehsan sedang menunggu mereka di kereta Velfire tersebut. Misya dari jauh sudah melambai - lambai ke arah mereka.

"Hi mama! Hi papa!" Sapa Misya riang.

"Hi sayang!" Balas Puas Jasmine.

"Rindunya Misya dekat mama..." Misya lekas memeluk erat tubuh tua mamanya itu. Rindu yang tidak terungkap. Ceh padahal baru semalam je jumpa. MENGADA!

"Ha yela mama je yang dirindunya. Papa ni siapa je yang Misya nak rindu hm..." Rajuk Tuan Ehsan. Misya tersengih apabila mendengar apa yang dikatakan oleh papanya tadi.

"Hehe mestilah rindu..." Pujuk gadis itu.

Sejujurnya dia lagi rindu akan Puan Anith yang bergelar ibu kandungnya itu. Namun apakan daya mommynya itu selalu sibuk dan kerap kerja diluar kawasan.

Sejak kecil lagi dia kurang kasih sayang dari ibunya. Bahkan ketika dia di hospital pun mommynya tidak datang untuk melawat kerana Puan Anith sedang berada di Hong Kong untuk menguruskan hal kerja. Tetapi Misya amatlah memahami wanita itu. Dia tahu mesti ada sebab mommynya selalu sahaja ingin membuat kerja. Bukan dia tidak suruh mommynya hanya duduk di rumah dan berehat. Tetapi setiap kali disuruh pasti saja Puan Anith akan menolak.

Puan Anith sengaja menyibukkan dirinya dari dulu hanya kerana tidak mahu ada masa untuk teringat akan kisah silam yang menimpanya dan tentang arwah suaminya. Jika Puan Anith hanya duduk tanpa berbuat apa - apa, dia lebih kerap menangis daripada tersenyum.

Masih segar di ingatannya rupa paras sempurna lelaki itu. Masih terngiang - ngiang apa yang dikatakan oleh suaminya sebelum dia pergi meninggalkan mereka dua beranak.

'Jika sayang ialah bidadari dan queen dalam hidup abang, maka Misya ialah bidadari dan little princess abang. Tiada siapa boleh ganti. Abang nak pergi jauh tau. Jauh sangat - sangat. Jaga diri dan jaga little princess kita baik - baik yaa. Kita jumpa dekat syurga satu hari nanti. Assalammualaikum.'

Dari Misya seorang kanak - kanak kecil yang tidak tahu apa - apa sehinggalah dia sudah bersekolah, hanya daddynya sahaja yang selalu memberikan perhatian terhadapnya. Namun daddynya sudah meninggal dunia ketika Misya masih berada di darjah 5. Sejak dari itu, Misya lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga angkatnya sahaja iaitu keluarga Iman.

Mrs. Iman Darwish (Lekluu, aku focus study bye:)Where stories live. Discover now