Bab 3

16.7K 1.1K 123
                                    

Aku menampak keluar dari perut kereta Honda Civic milikku yang dibeli oleh ayah buat kegunaan harianku.

Harini aku ada kelas pagi. Pukul sembilan sekejap lagi. Jadi sebelum ke kelas, aku ingatkan nak beli air dulu. Seperti biasa, Starbucks menjadi pilihan lagi-lagi kalau bab kopi.

Habis membuat pesanan dan bayaran aku berdiri dihujung sementara menunggu. Sempat juga aku scroll Instagram.

"Ryana!"

Mendengar namaku dipanggil, langsung sahaja aku menyimpan telefon dalam poket seluar.

Aku bergerak keluar dari Starbucks. Tanganku yang tidak memegang air sedang mencari kunci kereta dalam beg tangan. Belum sampai lagi ke kereta tapi saja cari awal-awal.

Aku brek mengejut saat aku perasan akan kehadiran seseorang dihadapanku. Dan dengan langsung air di tanganku terlepas dari pegangan saat aku tiba-tiba terlanggar seseorang tidak sengaja akibat menundukkan pandangan.

Air Asian Dolce Latte with vanilla cold foam yang aku customise sendiri tadi langsung jatuh di atas jalan raya.

What a great day.

Badanku terdorong kehadapan lalu wajahku terlanggar dengan dada bidang seseorang. Keras. Sah lelaki.

Satu tangan lelaki itu memegang bahuku untuk menahan. Laju aku menarik muka dari terus menyembabkan wajah pada dadanya.

"Terlanggar ke ambil kesempatan ni?" Aku dengar suara garau lelaki itu menyoal.

Aku dengan pantas memandang lelaki yang dilanggarku tadi. Ambil kesempatan apanya sampai nak gadaikan air kesukaanku itu?!

Eh sekejap. Ini bukan ke...

"Sorry you. I tak sengaja. Serius tak perasan." Aku meminta maaf. Memang salah aku pun tadi sebab jalan tak pandang depan.

Lelaki itu hanya sekadar menunjukkan reaksi kosong kepadaku. Aku pun tak tahu yang dia ni sedang marah ke ataupun tidak.

Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu terus ingin berlalu pergi.

"Sorry again Mikael." Aku berkata lagi. Tak tahu lah dia dengar ke tidak sebab dia dah berlalu pergi. Aku pun tak tahu lah macam mana boleh terserempak dengan dia dekat sini.

Aku lihat badan Arden sedikit mengeras. Dia berhenti dan toleh kebelakang, "Apa kau panggil aku tadi?" Dia menyoal.

Erk...Aku salah panggil ke? Bukankah itu namanya? Nama dia Arden Mikael tak silap aku. Ya. Itu lah nama yang dikenalkan oleh Lien kepadaku.

"Mikael?" Aku menjawab takut-takut. Takut salah nama orang pula. Mana tahu lelaki dihadapanku ini bukan Arden Mikael. Mana tahu pelanduk dua serupa.

Wajahnya berkerut. "Mana kau tahu nama aku?" Soalnya dingin. Kenapa dia macam marah aje? Lagi satu, dia tak ingatkah padaku?

"You kawan Lien kan? Lien kenalkan kita time game football haritu." Aku membalas. Kot-kot dia terlupa.
Boleh aku ingatkan dia kembali.

Mendengar aku menjawab begitu, aku lihat wajahnya sudah kembali kendur. Tidak setegang tadi. Mungkin dia tidak suka orang sembarangan mengenalinya. Kot lah. Entah. Dia bukan Zul Ariffin pun semua nak kenal dia, kan?

"You tak ingat I ke?" Aku menyoal.

"Kau penting ke untuk aku ingat?" Ouch. Sarkastik sungguh kata-kata yang keluar dari mulutnya. Terasa dia sampai ke kalbu beb.

Aku diam. Tidak tahu mahu membalas apa. Tak sampai dua saat, aku lihat Arden berlalu pergi.

Aku buat muka. Sombong!



          "Oh no, lagi ten minutes." Gumamku perlahan. Langkah dilajukan. Aku tidak mahu kena marah dengan pensyarah. Bingit mahu dengar dia berleter.

Buku yang dipegang di tangan itu aku lihat, "Harap-harap-"

"Ouu!!!" Jatuh tersungkur aku dibuatnya apabila aku terlanggar seseorang dihadapan. Kali ni je sudah masuk kali kedua aku terlanggar orang untuk hari ini. Gara-gara kerana aku pandang bawah.

Habis jatuh bertaburan buku rujukan bersama fail putih milikku dan kertas-kertas yang berisi nota di atas lantai.

Aku pegang bahu. Rasa sakit sedikit akibat perlanggaran tadi. Aku langgar apa ni? Orang ke kayu?

"Oh damn, sorry." Dapat kedengaran suara garau seorang lelaki yang sedang menghampiriku. Pasti orang yang langgar denganku tadi.

Tanpa melihat wajah lelaki itu, tanganku pantas mengambil semula barang-barang yang terjatuh tadi.

"Sorry, aku tak sengaja." Kata lelaki itu lagi.

Aku geleng kepala perlahan, "Tak apa, salah I juga." Kemudian aku angkat muka memandang lelaki dihadapanku yang sedang menghulurkan sehelai kertas A4 milikku

Dan terus sahaja jantungku berdegup laju saat bertentang mata bersama lelaki itu.

Arden Mikael.

Aku langgar dia lagi ke?

"Kau?" Arden memandangku tidak percaya. Jangan kata dia, aku pun tak percaya sekarang ni. Pertama, aku tak tahu yang kami seuniversiti. Kedua, kenapa dalam banyak-banyak orang, aku boleh langgar dia? Langgar dia lagi sekali lebih tepat.

Diam.

Aku masih menikmati pandangan pagiku.

"Alysha?"

Dan apabila nama itu mula kedengaran, baru aku kembali ke alam realiti. Dahiku berkerut, aik dia ingat pula nama aku?

"Mana tahu nama I?" Aku menyoal ingin tahu. Tadi dia kata tak penting untuk dia ingat.

"Tag kau." Balasnya sambil memandang tag yang tergantung di leherku. Nak saja aku sorokkan wajahku sekarang ni. Betul lah memang dia tak ingat nama aku.

"Kenapa? Kau ingat aku ingat nama kau ke?"

Diam. Haish Ryana tu lah. Perasan lagi. Bertambah malu.

"Mana ada. I tak kata pun. Lagipun tadi you yang kata tak penting." Aku membalas. Nak cover malu.

"Haah memang pun." Ouch. Arden membalas senanda lalu bangun dari terus di atas lantai bersamaku.

Sakit pula hati aku bila dia jawab begitu. Dia ni kalau tak suka pun, simpanlah sikit.

Aku pegang buku-buku aku lalu ingin turut bangun juga.

Aku dongak kepala. Arden masih berdiri memandangku dan tiba-tiba Arden menghulurkan tangannya kepadaku. Dia mahu tolong aku bangkitkah?

Aku senyum tipis, "Tak apa I boleh bangun sendiri."

"Aku bukan nak tolong kau bangun. Aku nak tolong pegang tu." Ouch buat kali kedua. Okay Arden okay. Sudah-sudahlah malukan aku.

Aku jelingnya sedas dan bangun.

"Kenapa? Sedih ke sebab aku bukan nak tolong kau bangun?" Soal Arden saat aku menjelingnya.

"No. Mana ada. Perasan." Aku menafikan. Walaupun sebenarnya adalah dalam enam puluh peratus merajuk sikit sebab dia tak nak tolong aku bangun.

Tidak membalas, Arden menghulurkan helaian kertas yang dipegangnya tadi kepadaku.

Aku sambut huluran itu dan mulutku ingin berkata sesuatu namun Arden memotong, "Sama-sama." Katanya tanpa berperasaan sebelum sempat aku berterima kasih dan dia berlalu pergi.

Aku ketap gigi geram. Dia tinggal aku macam tu je?!

Aku lihat susuk tubuhnya yang semakin menjauh. Eh Ryana, habistu kau nak suruh dia buat apa? Aku berkawan dengannya pun tidak.

Ah apa-apa pun, dia kerek!

Arden Mikael's | Ebook Where stories live. Discover now