Bab 18

12.7K 931 205
                                    

"So?" Arden toleh memandang aku.

Aku letakkan telefon di dalam beg selepas habis berbual dengan ibu. "Gate tiba-tiba tak boleh guna. Ibu kata sebab hujan."

"Payung ada tak?"

Aku angguk, "Dalam boot kereta."

"Stay dalam ni." Arden terlebih dahulu keluar dari kereta. Ceritanya sekarang, tiba-tiba aje hujan dan kereta perlu dipakir diluar gara-gara gate automatik aku buat hal secara mengejut.

Arden buka pintu kereta sambil memegang payung, "Cepat Alysha." Katanya dalam suasana yang bising akibat hujan lebat.

Aku angguk lalu cepat-cepat keluar dari kereta dan berdiri dekat dengan Arden.

Satu tangan Arden memegang payung manakala sebelah lagi diletakkan di belakang tubuhku tanpa bersentuhan.

"Slowly." Arden berkata perlahan.

Jantung aku mula bekerja keras. Mengepam seakan tiada hari esok. Control Ryana!

Pembantu rumah membuka pintu, "Ya tuhan ya ampun Ree! Ini ngapain sih sama bajunya? Kamu berkubang ya?"

Siapa lagi kalau bukan pembantu rumah aku. Kak Rona yang berasal Indonesia.

"Kak Rona!" Aku mencebik. Boleh pula dia cakap macam tu. Dah lah depan Arden. Malu!

Kak Rona ketawa kecil lalu menarik bahuku untuk masuk ke dalam, "Sini sayang kita masuk, kesejukan nanti kamu."

Aku toleh memandang Arden dibelakang, "Jom, masuk sekali." Pelawaku. Tak akan lah tak nak ajak dia masuk pula. Susah payah Arden datang jadi hero sampai bawa aku balik.

"Eh tak apa. Aku-"

"Mana boleh tak apa. Baju you tu pun dah basah sikit. Jom masuk." Laju saja aku memotong cakapnya. Lagipun baju Arden dah basah sedikit semasa ambil payung, rambut dia juga.

"Ini siapa Ree?" Soal kak Rona. Mungkin pelik aku pulang bersama seorang lelaki bersama.

Aku toleh pandang kak Rona, "Ini boyfriend Ree." Lancar saja aku menuturkan kata-kata itu. Seolah-olah seperti tidak berlakon. "Ibu ada dekat dalam kan?"

Arden pegang lengan aku, "Tak apa Alysha aku-"

Aku tolehkan wajah memandang Arden, "Jom masuk Kael love. I takut you mati kesejukan dekat luar tu sambil tunggu driver you sampai. Kita masuk okay?" Dah alang-alang jadi kekasih upahan, tak salah kan?

Aku tarik tangan Arden untuk masuk ke dalam rumah agam ayah tanpa menunggu jawapan dari Arden.

Aku nampak Arden kecilkan mata ke arahku dan aku hanya ketawa suka.

"Seronok eh?" Arden toleh pandang aku. Aku bawa dia lari sampai lah aku berhenti di hadapan ruang tamu.

"Suka!" Aku ketawa lagi dan Arden hanya geleng kepala.

"Ryana."

Kedua-dua aku dan Arden toleh ke arah suara itu. Ada lelaki bangun dari duduknya saat melihat aku dan Arden.

Arden Mikael's | Ebook Where stories live. Discover now