Aku keluar dari perut kereta. Restoran mewah dihadapanku dilihat. Entah kenapa mahu berjumpa dengan aunty Afeya rasa berdebar lain macam. Macam lah nak jumpa dengan bakal mak mertua. Hahahaha.
"Yes miss?" Pelayan dihadapan pintu menegurku.
"Reservations under Ms. Afeya."
Pelayan perempuan yang melayanku itu angguk. Dia tunduk memandang IPad dan beberapa saat selepas itu dia toleh memandangku semula, "This way miss."
Pelayan itu membawaku ke arah satu meja panjang yang muat menempatkan enam orang. "Thanks." Aku berterima kasih sebelum pelayan itu pergi meninggalkan aku.
Aku kerut dahi. Kenapa banyak sangat orang? Ada dua orang lelaki yang sedang duduk membelakangiku, seorang kanak-kanak kecil dan aku rasa seorang wanita itu ialah aunty Afeya. Tapi aunty Afeya tak bagitahu pun ada orang lain.
Ah tak apa lah. Aku jalan mendekati mereka. Bila aku dekat sikit, betul lah sangkaanku bahawa wanita itu ialah aunty Afeya.
Aunty Afeya senyum melihat aku yang datang menghampiri mereka. "Ryana!" Aunty Afeya memanggilku.
Aku senyum dan serentak dua orang lelaki yang turut ada di meja aunty Afeya menoleh.
Dan langsung langkahku mati saat melihat wajah lelaki yang bersama aunty Afeya.
Mereka...mereka buat apa disini?
Bukan aku sahaja yang terkejut, aku yakin yang mereka juga turut terkejut. Dapat aku lihat mata mereka membulat.
"Ryana, meh lah sini. Duduk sebelah aunty." Pelawa aunty Afeya apabila lihat aku statik di mana aku berdiri.
Lambat-lambat aku berjalan ke arah aunty Afeya dan terus aku larikan anak mata dari terus bertentangan mata dengan salah seorang lelaki disitu. Arden. Ya Arden.
Aku ambil tempat duduk disebelah kiri aunty Afeya kerana disebelah kanannya ialah seorang budak lelaki. Kejap...muka budak ini seakan-akan aku pernah lihat. Tapi dimana?
"Boys, kenalkan, girl yang tolong ummi dekat kafe haritu. Ryana. And Ryana, ini anak-anak aunty, yang tepi tu Aiden, yang duduk depan Ryana tu Arden and yang paling kecik ni, Arran." Aunty Afeya mula memperkenalkan kami. Dan betul lah jangkaanku yang mereka ini semua anak kepada aunty Afeya.
Eh sekejap. Arran?
Aku toleh memandang budak lelaki itu, "Arran?"
Budak lelaki yang dari tadi khusyuk bermain iPadnya kini toleh memandangku, "OMG! Kakak cantik!" Arran melompat turun dari kerusinya dan pergi ke arahku.
"Kakak cantik buat apa dekat sini?" Arran memeluk tubuhku.
"Kakak cantik?" Aku dengar Arden menyoal.
"Arran kenal kak Ryana ke?" Aunty Afeya pula yang menyoal.
Arran angguk kepala banyak kali, "Ini lah kakak yang belanja Arran ice cream time abang Arden main bola haritu."
Kemudian dia pandang Arden pula, "Ini lah kakak yang Arran suka tu. Ni lah kakak cantik Arran tu." Aku rasa mesti topik pasalku pernah keluar dalam kalangan ahli keluarga mereka. Cuma mereka tak kenal saja siapa 'kakak cantik' yang Arran maksudkan tu.
"Oh ini ke kakak cantik yang Arran sibuk nak jodohkan dengan abang Arden tu." Aiden mengangguk-anggukkan kepalanya.
Terbeliak anak mataku. Tak akan lah Arran cakap macam tu sekali.
"Haah! Ini lah kakak cantik tu. Cantik kan abang Arden?" Arran pandang Arden. Haish si Arran ni pun. Kalau Arden jawab tak, buat malu aku je.
Arden pandang aku. Aku pandang Arden. Tapi belum sempat Arden mahu membalas, Aiden sudah menyampuk.
YOU ARE READING
Arden Mikael's | Ebook
Romance1st Romance Beku. Sombong. Kerek. Tipikal seorang Arden Mikael. Perjanjian yang berlangsung selama tiga bulan itu menarik hati Ryana untuk mendekati Arden. Namun, hanya kerana Ryana melanggar satu-satunya syarat yang diberikan, Arden menjauhkan diri...