Bab 21

12.7K 939 94
                                    

      "Jadi betul lah Arden tipu papa dengan ummi kan?" Suara tegas Tan Sri Firhad menghiasi ruang tamu rumah agam miliknya.

"Apa papa cakap ni? Arden tak faham." Arden memberanikan diri untuk bersuara. Wajah papanya yang garang ditatap.

"Mana Ryana? Kenapa dia tak ikut makan tadi time Arden keluar?" Tan Sri Firhad menyoal dan anak matanya menikam tajam anak mata hitam milik Arden.

"Papa upah orang ikut Arden ke?" Wajahnya berkerut sedikit. Kalau tadi dia tidak marah tapi sekarang sebaliknya. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedikit tidak berpuas hati dengan tindakan Tan Sri Firhad.

Mendengar tiada jawapan dari Tan Sri Firhad, ia menguatkan lagi jangkaan Arden yang papanya mengupah orang untuk mengetahui setiap tindak-tanduknya.

"Seriously pa? Sampai macam tu sekali? So betul lah sangkaan Arden, memang ada orang jadi mata-mata papa." Ucapnya dingin namun jauh di sudut hatinya, dia sedih dan kecewa.

Tan Sri Firhad angguk kecil dan senyum sinis, "Sebab papa tak percayakan Arden-"

"Papa memang tak percayakan Arden. Dari dulu lagi!" Arden mencatas kata-kata papanya lalu suaranya naik satu oktaf. Hati dia sakit. Dia juga marah. Dia rasa tidak bebas.

"That's because I know my kids!" Dan kini Tan Sri Firhad membalas dengan suara yang lantang. Dia mencerlung wajah anak lelakinya tajam.

Arden senyum sarkastik. Sudah lali dengan alasan ayahnya. Cakap lah apa pun, ayah dia tak akan pernah percaya dengan kemampuan yang dia ada. "Sudah lah. Arden penat. Nak naik atas."



          "You...you okay?" Suara kawan baikku disebelah mematikan lamunanku. Aku memusingkan kepala menghadap Justin.

Wajah Justin nampak risau. Mungkin sebab aku tak banyak bercakap sejak masuk hospital. Aku senyum lalu kepala dianggukkan, "Okay. Kenapa?"

"Macam tak okay je I tengok. You kalau tak okay, cakap lah. I ada je, boleh dengar masalah you." Justin membalas lembut.

Aku diam seketika. Selama ni, boleh dikatakan 95% dalam hidupku Justin tahu. Semua benda aku cerita dengan dia. Mungkin sebab aku dah selesa dengan dia kerana aku dah kenal dengan dia sejak bangku sekolah. Aku boleh cerita apa saja dan dia akan tetap dengar walaupun aku cerita pasal angan-angan nak kahwin dengan Prince Mateen dan nak jadi Sara Amra dan dia pasti sokong dan balas, you jadi lah apa pun. Kalau dah kahwin dengan Prince Mateen jangan lupa yang I nak duduk tempat VVIP. Hahahaha.

"Uhm," Aku betulkan posisi dudukku. Nak bagi lebih selesa, baru boleh borak panjang, "I nak tanya boleh?"

"Okay, tanya lah." Justin menganggukkan kepalanya sekali.

"Kalau you suka seseorang tu, you confess tak dekat dia?"

Tubuh Justin seakan-akan mengeras sedikit tetapi tidak lama. Dia tenung aku dalam-dalam.

"Tak." Dia membalas tanpa nada.

"Kenapa?"

"Belum tentu kalau I cakap I suka dia, dia akan suka I balik."

Aku angguk perlahan. Betul lah tu. Selalunya, pasti bertepuk sebelah tangan. Kalau nasib baik, orang tu suka kita balik.

"Hm samalah. I pun fikir benda yang sama." Suaraku mula mengendur.

"Kenapa? You ada suka someone ke Ryana?"

Aku diam. Tidak membalas.

"You suka Arden? Tapi bukan ke Arden tu memang boyfriend you?" Justin menyoal lagi dan kini rasa bersalah menyelubung dalam hati. Aku tak sampai hati nak tipu dan berahsia dengan Justin. Aku tak pernah tipu apa-apa dengan dia sebelum ni.

Arden Mikael's | Ebook Where stories live. Discover now