"Cepat lah Lien. Call lah dia. Irdina ada dekat tepi tu." Kataku terburu-buru. Tak mahu melepaskan peluang yang ada.
"Heih kau ni, kan dia kata jangan dekat dengan Arden. Kalau nak dekat pun, jangan lah depan dia." Balas Lien. Tidak setuju dengan ideaku.
"Lah biar lah. Kenapa? Dekat badan Mikael tu ada tulis hak milik Irdina ke? Tak ada kan? Ha so, cepat lah call dia. Aku nak tunjuk kat Irdina yang aku rapat dengan Mikael aku."
Mendengar aku sebut 'Mikael aku', laju saja Raisya menoleh memandangku, "Eh nyah, kau suka dia eh?"
"Mana ada." Aku larikan anak mata dari memandang Raisya. "Aku nak sakitkan hati minah tu je. Suka hati je nak ugut aku. Dia tak tahu ke aku ni siapa?"
Aku toleh pandang Lien lagi sekali, "Ish Lien cepat lah. Dah lah kau tak bagitahu pun dia study sini. Bagitahu dia anak Tan Sri pun tak. Kiralah ni sebab kau hutang aku tak bagitahu."
Lien memutarkan bebola matanya ke atas kepadaku. "Ha yelah Ryana." Akhirnya aku berjaya pujuk dia.
Lien keluarkan telefon pintarnya. Dia ketik dan kemudian gesek skrin telefonnya. Kemudian dia lekapkan telefon ke telinga. Beberapa minit kemudian panggilan telefon dimatikan.
"Dah. Puas hati?" Soal Lien kemudian telefon pintar dimasukkan ke dalam beg tangan.
"Hehehehe thanks Lien." Aku sengih lebar.
"Jadi kitaorang ni nak buat apa?" Zulaikha disebelah Raisya menyoal.
"Good question. Kau, Rai and Lien pergi lah mana-mana dulu. Aku ada misi nak buat. Or korang sorok tepi tu, jadi pemerhati."
"Eh tapi Ryana, kau rasa Arden nak layan kau ke? Aku kenal Arden tu. Dia bukan jenis yang suka dekat dengan perempuan. Aku takut nanti kau beriya berlakon korang tu together pastu nanti dia blah macam tu je."
Memang betul pun apa yang Lien kata tu. Aku pun tahu macam mana perangai Arden tapi aku tahu bila dengan aku pasti dia akan ikut berlakon sekali. Harapnya lah.
"Aku kenal Mikael juga. And aku tahu dia akan play along sekali. Ish dah dah, go. Tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini." Balasku seraya menghalau yang lain.
"Fine. Kalau kau malu nanti jangan pergi dekat kitaorang." Zulaikha seakan-seakan memberi amaran kepadaku.
"Kitaorang tunggu dekat tepi situ." Ujar Raisya dan kemudian yang lain pergi tinggalkan aku seperti mana yang aku pinta.
Pergi sahaja tiga kawan karibku, aku toleh ke kanan dan kemudian aku lihat susuk tubuh Arden menghampiri di kawasan kafeteria ini.
"Mikael." Aku panggil dia. Antara dengar dan tidak sahaja kerana aku tak panggil kuat pun. Hanya sekadar mahu menarik perhatiannya.
Dan dia dengar panggilan aku itu. Mungkin kerana dia pun berjalan ke arah ku.
"Alysha?" Arden toleh kepala ke kiri dan kanan. Mungkin dia sedang mencari Lien kerana tadi Lien yang menghubunginya mahu berjumpa dan tiba-tiba ada aku pula.
Aku harap Lien dan yang lain pandai menyorok sampai Arden tak perasan mereka.
"Mana Lien? Dia kata nak jumpa aku." Sambung Arden. Dan dapat aku lihat dari ekor mata yang Irdina dan beberapa kawannya sedang memandang ke arah kami yang sedang berdiri di tengah-tengah kafeteria ni.
Aku senyum segaris, "Lien tak ada. I yang nak jumpa you."
"Kenapa? Ada apa-apa kau nak cakap ke?"
Aku senyum semakin lebar. Tujuannya untuk Irdina nampak. "I miss you Mikael." Entah dari mana datangnya idea nak cakap macam tu pun aku tak tahu.
YOU ARE READING
Arden Mikael's | Ebook
Romans1st Romance Beku. Sombong. Kerek. Tipikal seorang Arden Mikael. Perjanjian yang berlangsung selama tiga bulan itu menarik hati Ryana untuk mendekati Arden. Namun, hanya kerana Ryana melanggar satu-satunya syarat yang diberikan, Arden menjauhkan diri...