"Arden Mikael! Woi!" Terbeliak biji mataku saat mendengar satu barisan nama itu disebut. Jadi semalam waktu Lien bercakap tentang lelaki itu, dia tidak menipu lah?
"D-Dia betul-betul wujud ke?!" Aku menekup mulut. Masih tidak percaya.
Raisya memalingkan wajahnya memandangku, "Kenapa? Kau kenal ke dia ni siapa?"
Aku geleng kepala, "Takde lah, yesterday si Lien ni cakap yang-"
Dan Arden sudah berada di hadapan kami berempat. Terus kunci mulutku untuk berkata-kata.
"Apa?" Satu patah perkataan keluar dari mulut lelaki itu. Intonasinya seperti...entah. Tiada intonasi.
Lien membuat wajah mengjengkelkan, "Hek eleh kau ni. Stone."
"Nak apa?" Ulang lelaki yang bernama Arden Mikael itu lagi. Tak friendly langsung. Dislike dislike. Ryana reject!
Lien menjulingkan matanya ke atas, "Tak ada apa, saja je. Kenapa? Tak boleh?"
"Haah. Tak boleh."
Manakala aku, Raisya dan Zulaikha sudah berasa kurang selesa. Mamat ni robot ke apa jawab sepatah-sepatah macam tu?
"Ergh," Lien memandang kami yang lain, "Anyway, ini Raisya. Yang itu Zulaikha and tepi sekali-"
"Alysha." Aku memotong. Dan saat itu jugaklah aku mahu pukul mulut sendiri. Sudah kenapa dengan mulut ni? Tiba-tiba aje.
Semua mata tertumpu ke arahku. Baru sahaja Zulaikha ingin mengatakan sesuatu, Arden membalas. "Okay."
Raisya dan Zulaikha hanya sekadar senyum kekok manakala aku sudah tunduk malu.
"Eish dah lah kau Arden, pergi lah sana." Lien menghalau. Apahal lah si kawan lelakinya tidak pandai langsung bergaul?
"Okay." Arden angguk kecil. Sempat dia memandangku sebelum badannya dipalingkan.
Dan kini, semua mata memandangku.
"What?" Aku buat-buat tidak tahu.
"Jangan kata kau catch feelings eh Ryana." Kata Raisya. Seakan-akan tahu saja perangaiku yang satu itu.
"What? Mana ada aku cakap apa-apa. Kau yang main tuduh." Aku menafikan. Aku pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba perkenalkan diri sebagai Alysha dihadapannya.
"Habistu yang kau kata nama kau Alysha kenapa?" Soal Zulaikha pula.
"Eh, salah ke? Memang nama aku pun kan?" Balasku selamba. Betul apa? Namaku Ryana Alysha.
Yang lain geleng kepala. "Suka hati kau lah Ryana. Dah lah jom. Tadi nak sangat balik kan?"
Aku dengan pantas mengangguk apabila Lien kata begitu. "Jom. Nak balik. Panas!" Kataku sambil satu tangan mengipas muka.
Zulaikha geleng kepala, "Dasar puteri lilin malas keluar rumah."
Hahahaha! Betul lah tu. Aku memang jarang sangat nak keluar. Entah mengapa aku bersetuju kalini pun aku tidak tahu kenapa.
"Dia siapa?" Tepi abdomen Lien aku cuit manja selepas kelas.
Lien disebelah menjarakkan rapat antara kami berdua apabila diri dicubit, "Sakit lah Ryana!" Bahuku ditepuk kuat.
Tanganku naik mengusap bahu kanan yang dipukul oleh Lien, "Kau pukul lagi sakit!" Aku mengadu sakit.
"Itu padahnya," Tangan Lien mula mengemas alat tulisnya.
"Lien...Jawablah aku tanya." Bucu baju Lien ditarik perlahan.
Lien menghela nafas berat, "Apa dia Ryana Alysha?" Kepala menoleh memandang aku disebelah.
YOU ARE READING
Arden Mikael's | Ebook
Romans1st Romance Beku. Sombong. Kerek. Tipikal seorang Arden Mikael. Perjanjian yang berlangsung selama tiga bulan itu menarik hati Ryana untuk mendekati Arden. Namun, hanya kerana Ryana melanggar satu-satunya syarat yang diberikan, Arden menjauhkan diri...