Bab 25

13.3K 912 48
                                    

          "Kita keluar lunch nak? You busy ke?" Soalku dengan penuh harapan. Harapnya kami dapat berjumpa hari ini.

"Aku busy. Lain kali je."

Aku angguk perlahan dengar jawapan yang keluar dari mulut Arden. Aku matikan panggilan telefon lalu menghela nafas berat.

Letak telefon ditepi dan rebahkan badan di atas katil. Asyik-asyik sibuk. Tak akan lah lunch hour pun busy? Haish!

Belakang tapak tangan kananku diletakkan di atas dahi. Mata direhatkan. Tak sampai beberapa minit, telefonku berbunyi.

Buzz!

Ryana
Jom keluar
Teman I makan sushi

Aku baca notifikasi dari Justin. Nak pergi ke tak? Tapi kalau tak pergi, bosan pula duduk rumah.

Okay
Ambil I dekat rumah

Sudahnya aku setuju ikut Justin. Tanpa menunggu lama, aku bangkit dan terus bersiap.

Aku pandang sekeliling sebaik tiba sahaja di Rakuzenn. Apa lah yang sedap sangat sushi ni sampai penuh satu restoran.

Sungguh aku tak gemar sushi. Berbeza pula dengan Justin. Dia memang sukakan sushi, kalau boleh tiap minggu dia nak makan.

"You tak nak makan? Air je?" Soal Justin dihadapanku.

Aku geleng, "Air je. Tak nak makan."

Justin angguk lalu mengalihkan pandangan ke arah pelayan yang melayan kami, "That's all. Thank you." Dia senyum ke arah pelayan itu.

"So? Tak ada cerita ke?" Justin menongkat wajah memandang aku.

Cerita? Hm. Rasanya tak ada benda yang berlaku sejak dua menjak ni. Rutin harianku masih sama. Pergi kelas, pulang, belajar. Oh. Cuma satu aje.

Rutinku kini tiada lagi bersama Arden.

"Ada." Aku angguk kepala.

"Apa?"

"I rindu Mikael." Luahku jujur. Muka dicebikkan. Konon-kononnya rindu sangat lah tu pada dia.

Justin menjeling. Mesti menyampah tengok aku lah tu.

Aku angguk bagi mengiyakan kata-kataku. "Betul lah. I rindu dia. Dah lama I tak jumpa dia." Sambungku lagi bila Justin diam tidak membalas. Sebaliknya hanya merenung wajahku.

"Asal tak ajak dia jumpa?"

"Dah..." Airku perlahan-lahan dikacau dengan straw, "I dah ajak. Tapi dia busy." Aku cebik lagi. Mengadu.

"Busy apa? Busy dengan perempuan lain?" Justin membalas sinis. Kemudian dia gelakkan aku.

Ewah ewah!

Berkerut dahiku apabila Justin kata begitu. "Woi! Tak baik tau. Dia mana ada perempuan lain." Suka hati dia aje. Arden busy dengan kerja lah! Jangan nak burukkan Kael love aku eh.

"Ye ke? Mana you tahu?" Justin menyoalku. Seakan-akan nak bagi aku meragui Arden.

"I tahu lah. Dia tu mana pandai bercakap dengan perempuan. Perempuan dekat pun dia tak suka. Ni kan pula nak ada girlfriend." Aku backup Arden. Lagipun memang betul pun. Arden sendiri yang bagitahu aku.

Tambahan pula, aku tahu cara Arden layan perempuan. Layan aku pun kejap kasar kejap okay. Mustahil orang seperti Arden ada teman wanita.

"Yakin je you."

Justin cuba nak buat aku rasa was-was lagi. Haih! Susah betul lah mahu yakinkan Justin Gilbert ni!

"I tahu lah. Dia bagitahu I." Aku membalas keras. Nak dia tahu yang aku serius.

Arden Mikael's | Ebook Where stories live. Discover now