Bab 7

14.7K 1K 174
                                    

"You owe me a big one, Alysha." Jantungku mula membuat kerja setiap kali dia memanggilku dengan nama keduaku. Laju dia berdegup.

"Sorry Mikael. I terpaksa. Tak ada siapa tadi I nak jadikan boyfriend I. Sumpah I tak tahu pun yang you ada kat sini." Aku meminta maaf lagi.

"Dia siapa?" Aku buka mulut ingin membalas persoalan itu namun ada suara dari belakang yang menganggu.

"Boyfriend? Seriously? Kau tak bagitahu aku pun yang kau dah jadi boyfriend orang." Aku dengar suara lelaki. Aku toleh dan lihat ada seorang lagi lelaki bersuit hitam menghampiri kami berdua. Tampan, sama macam Arden. Tapi Arden lagi menarik minatku. Hahahaha.

Aku lihat Arden tidak menjawab malah dia hanya tayang muka bekunya.

Lelaki itu toleh pandang aku pula. "Nama I Aiden, abang Arden." Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Rasanya dia pun tahu perangai adiknya yang seorang itu.

Aku senyum. "Ryana." Tidak mahu aku claim yang aku ni girlfriend si Arden. Lagipun tadi Arden hanya menolongku.

"Hi Ryana." Aiden senyum ke arahku sebelum dia berpaling memandang Arden, "Sedap nama girlfriend kau Arden."

Aku teguk air liur kelat. Si Arden ni tak mahu ke betulkan tanggapan abang dia? Nampak gayanya seperti aku lah yang kena buat. "Eh tak lah. Ryana just-"

"Senorita dah makan belum ni? Tak lapar ke? Tadi kata lapar kan? Nak aku temankan ke?" Arden memotong kata-kataku. Aku pelik. Kenapa dia masih teruskan lakonan.

"Papa." Aku dengar Aiden pula yang bersuara.

Aku toleh. Dia masih berlakon kerana lelaki yang bergelar papa ini ke?

Sekejap wajah lelaki yang bergelar papa kepada Arden dan Aiden ini seakan aku pernah lihat. Tapi di mana?

"Siapa ni?" Papa mereka berdua menyoal.

"Ini Ryana pa, girlfriend Arden." Aiden menjawab. Terus aku bulatkan mata. Okay, penipuan ni dah jauh sangat.

Aku lihat Arden. Dia hanya berlagak seperti biasa. Langsung tidak kisah.

"Girlfriend?" Papa Aiden dan Arden pandang aku dan Arden silih berganti, "Kenapa Arden tak pernah bagitahu papa pun?" Wajah anak lelakinya dipandang.

Baru sahaja Arden mahu menjawab, aku dengar suara lain yang mencelah. "Ryana, oh my. Penat ayah cari."

Okay baguslah. Memang semua nak ada dekat sini pun. Aku tak nak sampai ayah tahu. Nanti apa pula yang ayah fikir.

"Rayhan?" Aku dengar papa Arden menegur ayah. "Anak kau ke ni?" Soalnya.

"Eh Firhad!" Aku lihat ayah dan papa Arden yang bernama Firhad itu berjabat tangan siap bro-hug lagi. Macam dah lama kenal.

Ayah pandang aku, "Ini kawan ayah. Tan Sri Firhad." Ayah memperkenalkan kami. Aku hanya senyum dan menunduk sedikit ke arahnya dan Tan Sri Firhad juga turut membalas senyumku.

"Aiden dan Arden je yang dapat teman aku hari ini. Afeya tak dapat datang, dia jaga Arran dekat rumah." Aku dengar Tan Sri Firhad pula berkata.

Sekejap. Nama itu. Arran. Macam pernah ku dengar juga. Tapi...Haish asal lah otak ni cepat sangat lupa?

"Lah Arden, kau tak bagitahu pun girlfriend kau anak uncle Rayhan." Aiden berkata lalu bahu Arden ditolak sedikit.

Arden Mikael's | Ebook Where stories live. Discover now