Empat hari sejak insiden itu berlaku. Arden langsung tak hantar apa-apa pesanan mesej apatah lagi menghubungiku.
Aku pula? Memang tak lah aku nak teks dia dulu! Dia yang bohong dengan aku kot. Patutnya aku yang marah dan dia yang pujuk. Ini dia langsung tak beri apa-apa penjelasan.
Pintu bilikku diketuk dua kali sebelum dikuak sedikit, "Kakak, kakak dah siap ke belum?" Amani masuk ke dalam untuk melihat keadaanku.
Hari ini ibu dan ayah ada adakan majlis hari jadi buatku yang ke dua puluh. Harini hari jadi aku tapi aku langsung tiada mood gara-gara so-called boyfriend aku.
"Dah siap tu pergi lah turun. Semua orang nak tengok kakak, ni kakak berkurung dalam bilik pula."
Aku angguk perlahan. Tak perlu lah aku nak sedih-sedih sangat pasal Arden. Dia bukan kisah pun pasal aku.
Aku bangun dari terus duduk termenung memandang wajah sendiri di hadapan meja solek.
Turun sahaja dari lif rumahku, dapat aku lihat para tetamu sedang menjamu selera sementara menunggu acara memotong kek nanti.
Aku bertegur sapa dengan tetamu yang hadir. Selepas itu baru aku datang menghampiri kawan-kawanku, Raisya dan Zulaikha.
"Happy birthday Ryana!" Zulaikha senyum lebar saat melihat kelibatku datang menghampiri. Terus badanku dipeluk.
"Thank you Zu!" Aku membalas pelukan itu dan kemudian pelukan dileraikan oleh Zulaikha.
"Happy birthday beruk— eh happy birthday Ryana cantik!" Kini Raisya pula yang memelukku. Sempat aku menjelingnya. Suka hati dia je panggil aku beruk! Punya lama aku bersiap nak nampak cantik petang ni.
"Semoga dapat kahwin dengan duda anak satu dan hidup bahagia selama-lamanya." Sambung Raisya lagi di telingaku.
"Ish kau ni!" Aku tepuk belakang badan Raisya seraya melepaskan pelukan.
"Ha ni mana Lien?" Aku panjangkan leher, cari kelibat Lien.
"Belum sampai lagi." Balas Zulaikha terhadap persoalanku.
Aku hanya angguk saja sebagai respon.
"Ha ni, mana boyfriend kau?" Laju saja aku toleh pandang Raisya disebelah. Baru aje aku nak lupakan mamat tu, dia sebut pula.
"Tah." Balasku seringkas-ringkasnya.
"Kenapa tah? Gaduh dah ke? Baru je jadi boyfriend-girlfriend kot." Soal Raisya lagi.
Aku putarkan bebola mata ke atas. "Tak nak aku jadi girlfriend dia! Annoying!"
"Kenapa? Cuba cerita." Korek Zulaikha pula.
Aku tarik nafas dalam-dalam, "Dia macam ni tau. Haritu aku ni nak lah ajak dia keluar makan. Konon-konon nak pergi date lah. Lepastu kau tahu dia kata apa? Sorry Alysha, aku busy." Ceritaku sambil mengikut gaya percakapan Arden pada tempoh hari.
Aku lihat wajah Zulaikha dan Raisya ingin berkata sesuatu namun mereka diam. Mungkin nak aku sambung cerita lah kot.
"Okay lah fine dia busy lepastu kau tahu tak—" Aku berhenti seketika bila lihat wajah Raisya dan Zulaikha berubah.
"Apahal?" Soal ku. Tapi belum sempat mereka nak jawab, aku dah potong dulu. "Ha apa-apa je, okay aku sambung, lepastu kau tahu tak? Aku nampak dia-"
"Ri..." Zulaikha memuncung bibir ke arahku.
Aku angkat kening. "Apa? Nak cium aku ke apa? Sabar lah aku belum habis cerita lagi."
YOU ARE READING
Arden Mikael's | Ebook
Romance1st Romance Beku. Sombong. Kerek. Tipikal seorang Arden Mikael. Perjanjian yang berlangsung selama tiga bulan itu menarik hati Ryana untuk mendekati Arden. Namun, hanya kerana Ryana melanggar satu-satunya syarat yang diberikan, Arden menjauhkan diri...