Bab 20

14.6K 966 181
                                    

Buat kali pertamanya aku bersungguh mahu ke padang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Dan sudah pastilah sebab ada encik Mikael aku. Kalau tak, kena bebel dulu baru aku nak pergi.

"Kau jadi kan ikut kitaorang semua after game? Pergi makan." Aku angkat muka pandang Zulaikha. Baru nak balas, ada orang menyampuk.

"Kau tak payahlah nak tanya Ryana ni. Sejak dengan Arden, dia asyik nak keluar rumah je. Lagi-lagi Arden ikut sekali pergi makan, mestilah Ryana on." Siapa lagi kalau bukan Raisya.

Eye roll satu kali!

"Aduh kau ni. Aku ikut salah, tak ikut salah." Aku mencebik.

"Ye lah...Tengah dilamun cinta kan?" Sempat lagi Raisya perli aku dan aku? Buat-buat tak dengar.

Aku jeling.

"Anyways, aku nak jumpa Mikael kejap. Nanti aku datang."

Yang lain hanya angguk sebelum aku angkat punggung ingin berjumpa Mikael. Baru lalu sebelah bilik, jodoh kami berjumpa di depan pintu.

"Mikael!" Aku lambai tangan, jalan cepat-cepat sebelum dia masuk dalam bilik persiapan.

"Alysha? Buat apa dekat sini?"

Aku senyum dulu sebelum jawab. Sejak kenal Arden, tiba-tiba jadi orang yang suka bersedekah. "Saja nak jumpa you before game. You dah ready ke?"

"Dah." Balasnya yakin. Tipikal seorang Arden.

"Buat elok-elok. Make sure menang tau!" Aku beri kata-kata semangat. Sekali dengan tangan diangkatkan.

"Hmm." Arden angguk perlahan.

Sebelum keadaan menjadi lebih canggung, baik aku angkat kaki. Bila aku berura-ura nak pergi, Arden panggil aku.

"Alysha."

Laju aje aku pandang dia, "Ya?"

"Kau nak jersey ni?"

Dan terus membulat sepasang mata seorang yang bernama Ryana Alysha. "Huh? Jersey?" Aku kelip-kelipkan mataku banyak kali.

Naurrrr! Mikael aku nak bagi aku jersey ke???

"Haah. Jersey. Kau nak?" Arden ulang kembali soalannya. Soalan apa kau tanya ni? Nak lah gila!

"Yang you tengah pakai ni ke?" Buat-buat bodoh dulu. Mana tahu dia cakap pasal jersi lain.

"Ya." Arden angguk.

"You nak bagi dekat I ke?" Alang-alang buat-buat bodoh, biar bodoh terus. Aku tanya lagi soalan yang aku memang dah tahu jawapan.

"Dah tu? Aku rasa aku tanya kau. Bukan tanya makcik kantin sekolah kau."

Eye roll buat kali kedua! Ting ting!

"Nak nak! Alysha nak." Aku angguk suka. Gila kau tak nak? Jersi senior paling hot dekat universiti kot!

"Okay. Nanti aku bagi kau."

Aku rasa ada rama-rama singgah dalam perut. Walaupun dia bercakap dengan aku bersama wajah tidak berperasaannya, tapi entah, aku tetap suka.

Mana lah Arden tahu trend trend bagi jersey dekat girlfriend ni? Media sosial pun dia tak on sangat. Followers Instagram dia hanya 55 orang. Aku ingat lagi, dulu bila aku suruh dia accept, punya lah susah!

Dia kata dia hanya accept untuk orang yang berkepentingan je. Terasa lah juga bila dia cakap macam tu. Lepastu aku terus dah tak nak request dia. Bila aku dah tak request, dia pula yang request aku.

Aku mogok tiga hari sebelum accept. Arden patutnya berterima kasih dekat Justin. Kalau Justin tak suruh accept, sampai sekarang aku tak accept rasanya sebab terasa pakej mogok!

Arden Mikael's | Ebook Where stories live. Discover now