ʕ·ᴥ·ʔ
"cantiknya eyelashes awak Mayaa! awal beli kat mana ea?"
"ehh, mana ada awak nii! oh ni, saya beli online tapi yang jual tu kawan baik saya sejak sekolah dulu. dia yang reccomendkan pada saya. kalau awak nak nanti saya bagi nombor dia dekat awak ea?"
"wah, terima kasih Maya! sebabtu akak sayang dengan awak ni!"
"mengada lah akak ni, dah pergi masuk kelas sana. mengamuk kang budak tu, minggu ni dah nak kena hantar kerja kursus PBS Geo diaorang kan?"
"ahaha, okok. nanti bagi akak nombor kawan Maya tu taw!"
"okay kak!"
.
.
Sari Maya merupakan seorang guru di sebuah sekolah swasta di ibu negeri Johor. juga seorang isteri kepada seorang pegawai. mereka masih belum dikurniakan cahaya mata memandangkan baru bernikah buat beberapa minggu.
Mac 2016
Ini adalah hari pertama beliau selepas 2 minggu bercuti berbulan madu bersama Azman, suaminya. Azman merupakan seorang pegawai yang menguruskan tiga buah store makanan segera di Johor Bahru, tahun ini dia menginjak 26 tahun, sebaya dengan isterinya.
Tidak sabar Sari Maya hendak ke sekolah semula, bertemu kembali dengan rakan-rakan sekerjanya, dan anak-anak murid kesayangannya.
Dia serba sedikit berasa malu, kerana baru sahaja mendaftarkan diri di sekolah dan terus mengambil cuti bulan madu. Kemaruk!
ʕ·ᴥ·ʔ
Awal pagi.
Wanita muda itu leka di dapur, menyiapkan sarapan sebelum dia dan suaminya ke sekolah, dia bangun awal pagi ini. semalaman dia tak boleh tidur, kepalanya sakit seperti migrain. selepas menelan pil tahan sakit 3 biji, Sari tidur sebentar jam 4 pagi dan tersadar pada jam 5.30.
Azman masih di bilik dengan tali lehernya. hari ini sudah masuk bulan yang kelapan Azman dinaikkan pangkat sebagai chief team di syarikatnya. maka dia harus datang lebih awal bagi memastikan ahli kumpulannya hadir dan bersedia sebelum pasaran dibuka.
Sari pula yang sedang asyik menggoreng nasi didalam kuali. tiba-tiba berasa mual yang amat sangat. Wanita itu tertunduk buat beberapa saat sebelum tersandar pada countertop, tudung labuh diselak kebelakang, tangan kanannya menekap mulut daripada termuntah.
Dia matikan api dapur dan berlari anak ke sinki, buat beberapa minit di memuntahkan air dari perutnya yang masih kosong.
Dia cuba meneguk air suam daripada mesin penapis cowaynya namun tekaknya tidak mampu menerima malah dimuntahkan semula.
"haih, kenapa aku ni. semalam migrain, ni mual-mual pulakk."
Cepat-cepat Sari naik keatas menemui suami beliau Azman dan menjelaskan yang perutnya sedikit sakit dan memulas pagi itu. Dia cuba meminta izin Azman jika boleh menghantarnya ke hospital harini ini.
"abang, tolong sayang! perut ni sakitlah, dah berapa kali muntah kat bawah tadi."
"haa, kenapa ni? aduhai kejap-kejap abang call ofis ea."
Tidak mahu memanjangkan cerita, Azman bersetuju lalu terus menelefon bos di pejabat memberi notis ketiadaan mengejutnya hari ini.
Ustazah Sari bersetuju untuk ke hospital swasta yang terletak di bandar, pada mulanya Sari mahu ke klinik kesihatan sahaja namun Azman berkeras kerana mereka mempunyai insurans dan hospital yang mereka tujui ini salah satu daripada panel mereka.
YOU ARE READING
𝚄𝚂𝚃𝙰𝚉𝙰𝙷
Короткий рассказ🦋🦋🦋 . . . tarikh lahir -12 dec 2021 . . 𝚌𝚎𝚛𝚝𝚘𝚝 𝚙𝚊𝚜𝚊𝚕 𝚠𝚊𝚗𝚒𝚝𝚊 𝚓𝚞𝚛𝚞𝚜𝚊𝚗 𝚞𝚜𝚝𝚊𝚣𝚊𝚑 𝚍𝚊𝚛𝚒 𝚖𝚊𝚗𝚊 𝚒𝚒 𝚜𝚞𝚍𝚞𝚝 𝚙𝚘𝚟 𝚙𝚞𝚗. 𝚖𝚊𝚢𝚋𝚎 𝚐𝚞𝚛𝚞, 𝚊𝚍𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚙𝚎𝚕𝚊𝚓𝚊𝚛. 𝚊𝚝𝚊𝚞𝚙𝚞𝚗 𝚔𝚊𝚠𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚙𝚊𝚍�...