Puan Sri Nor tekap kain basah atas kepala menantunya , sesekali diusap lembut pipi Eisya sambil minta maaf berkali - kali .
" Elqar , mummy kecewa dengan kamu ... Mummy betul - betul kecewa dengan kamu ... Habis jadi begini menantu mummy kamu buat ! Apa dosa dia Elqar ? Apa dosa Eisya pada kamu ?! " Soal Puan Sri Nor dengan nada mendatar inginkan penjelasan dari anaknya sendiri . Dia tidak menyangka Elqar bakal bertindak sejauh ini untuk sakiti isteri sendiri .
Elqar hanya diam membisu , sewaktu Eisya tak sedarkan diri Puan Sri Nor pulang dari urusan kerja , terkejut apabila melihat dengan mata kepala Eisya terbaring lemah atas jalan raya .
" Kalau kamu bencikan Eisya ! Jangan anggap dia macam binatang ! Dalam agama Islam sendiri kita masih diajar untuk ihsan pada binatang apatah lagi manusia Elqar Zuhayr ! Ni isteri kamu ! Bukan hamba abdi kamu ! "
Semua pekerja tunduk kepala tak berani dongak melihat langsung wajah Puan Sri Nor .
" Doktor Ashanty bagitau mummy yang Eisya sebenarnya dah demam dari semalam ! Katanya sebab kesejukan ... Kamu jujur dengan mummy dekat mana Eisya tidur malam semalam ! "
Laki itu pasang muka malas , hal kecil dan tidak penting seperti ini diperdebatkan . Tangan pasak kusyen kerusi roda , Elqar dengan tenang menjawab , lantai .
Terbeliak mata Puan Sri Nor
" Kamu biarkan isteri kamu tidur atas lantai Elqar ?! Allahuakbar ... Ya Allah "
Elqar mula rimas , kepala digosok kasar .
" Dahlah mummy ! Tak payah berdrama sangat sebab betina murahan tu ! Bagus Elqar suruh tidur atas lantai kalau dekat luar rumah ? Dia tu manja sangat ! Baru kena sikit dah demam ... Baru berjemur dah pengsan ! " Herdik Elqar sinis , tanpa rasa bersalah .
Puan Sri Nor terpacak depan Elqar
" Baru ? Baru berjemur ? Dari cctv rumah mummy tengok Eisya berlutut dekat jalan tu dari pukul 2 Elqar ! Pukul dua ! Kamu keluar pukul 4 ... 3 jam Eisya berjemur ... Kamu kata baru ? " Urut dada Puan Sri Nor dengar perkataan Elqar , dia sendiri tidak tahu sedang besarkan manusia atau binatang ! Tak ada perikemanusiaan dalam jiwa Elqar .
" 3 jam je mummy ... Ikutkan Elqar biar 5 jam terus ! "
" Elqar Zuhayr ! " Jerkah Puan Sri Nor hilang kesabaran " Eisya isteri kamu ... Terimalah sebaik mungkin "
Elqar pandang Puan Sri Nor dengan tatapan tajam . Dia cuba beri amaran kepada ibunya bahawa dia juga mampu bertindak diluar kawalan dan bukan Puan Sri Nor saja miliki amarah . Eisya dia nikahi kerana terpaksa ! Dia tak pernah inginkan seorang isteri .
" Ada Elqar minta dia jadi isteri Elqar ? Tuan Elqar Zuhayr tak perlukan seorang isteri tapi pembantu ... Jadi dia selayaknya jadi pembantu Elqar "
Hilang kata - kata Puan Sri Nor dengan pengakuan dari mulut Elqar . Diberi isyarat untuk semua keluar dari bilik tidur Elqar tinggalkan mereka bertiga .
" Elqar , mummy merayu anggaplah Eisya isteri kamu sendiri ... Kalau bukan isteri anggap dia sebagai manusia ... Perbuatan kamu harini terlalu melampau ... "
Perlahan-lahan suara Puan Sri Nor kendur , cuba redam emosi . Api dilawan dengan api bakal musnah segalanya . Badan Elqar dibawa dalam pelukan
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED
RomanceBTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam...