Azan subuh sayup berkemundang menyeru-nyeru umat manusia segera bangkit dari alam mimpi bagi mengerjakan ibadah kepada Allah SWT yang maha Esa, bayu pagi menyentuh sanubari membangkitkan keinsafan dalam diri mengenai kerdil dan kotornya jiwa ini jikalau tidak dibasahi dengan amal ibadah. Penthouse mewah milik Tuan Elqar dibanjiri cahaya saat sang pemilik bangkit dari tidur, dalam keadaan separa mamai Elqar tepuk bahagian sisi kanan katil seraya menyebut nama isterinya, Eisya. Dia ingin kejutkan sang isteri untuk bangun solat berjemaah bersamanya.
Elqar setiap tepuk katil yang kosong kerana pandangan matanya masih kabur dan ingatan warasnya masih belum jelas kerana dibawah pengaruh rasa mengantuk
"Sayang, bangun... Subuh dah ni nanti lambat awak gerak ke sekolah... Sayang?" Saat Elqar palingkan badan ke sisi belakang setelah dia rasakan tidak ada pergerakan tubuh atau balasan dari Eisya. Saat itu barulah Elqar sedar isterinya sudah tidak ada, yang tersisa hanya bantal sering digunakan oleh Eisya ketika mereka masih bersama. Elqar terkedu seketika saat ditampar kenyataan bahawa mereka sudah rasmi berpisah sekitar 2 bulan lalu. Rumah ini, bilik ini masih terasa hangat dan mesranya akan kehadiran gadis itu sampaikan Elqar lupa semuanya sudah berakhir. Hanya dia keseorangan bersama secebis kenangan untuk diingati, bercakap tentang Eisya dada Elqar begitu sesak hingga menitiskan air mata deras.
Tiap kali bicara mengenai gadis itu, dada Elqar begitu sesak dan menyesali segala perbuatannya selama ini kepada Eisya. Kesalahan utama darinya adalah terlambat untuk menghargai sang isteri hingga akhirnya Eisya sudah tiada lagi disisi, andai saja dia masih memiliki kesempatan untuk ubah segalanya akan dia mencintai dan menghargai Eisya setulus hatinya. Tapi, sejak pertemuan terakhir sidang mahkamah Eisya bagai hilang ditelan bumi tidak ada jejak kemana dia pergi membawa hati yang terluka. Elqar tidak jemu berdoa moga Allah SWT temukan kembali mereka berdua sebagai takdir untuk kembali bersatu.
"Abang akan nantikan kepulangan sayang untuk kita mulakan semua kembali, abang janji cuma sayang cinta pertama dan terakhir abang. Ya Allah lindungi isteriku walau dimana saja dia berada." Dalam doa Elqar serta sehariannya tidak pernah dia gelarkan Eisya sebagai bekas isteri kerana dalam tazkirah dia dengar sebuah ucapan mampu menjadi doa. Maka dengan sekecil harapan tersisa Elqar berharap Eisya pulang kesisinya sebagai seorang isteri, peneman hidup dan ibu kepada anak-anaknya. Terleka dalam lamunan akhirnya Elqar kembali ke dunia nyata, dunia yang memaksa Elqar terima keadaannya sudah tidak seperti dahulu. Kaki Elqar pijak lantai menuju ke bilik mandi, tuala biru Elqar capai lilit sekitar leher.
Elqar perhatikan wajahnya dibalik cermin hingga pandangan matanya berlabuh pada botol pencuci muka dan mandian milik Eisya, bibir Elqar carik senyuman lebar dan tawa halus saat terkenang kenangan silam bersama sang isteri. Kenangan pada hakikatnya mustahil untuk diulang kembali bersama orang tersayang kini sudah tiada disisinya.
Usai membersihkan tubuh badan Eisya keluar menuju ruang solat dan mengerjakan kewajipan sebagai umat islam, jiwanya terasa tenang saat berada ditikar sejadah seolah-olah seluruh masalah yang dihadapinya terangkat semua. Setelah mengerjakan solat asar Eisya duduk sebentar berteleku memikirkan masalah yang dihadapi sebagai seorang pendidik, hatinya sedikit terluka dengan sikap segelintir pelajar begitu biadap dan menganggap guru seolah seorang pengemis. Masih jelas diingatannya saat seorang pelajar berteriak kepadanya dengan mengatakan pendidikan hanya beban kepada seorang pelajar sedangkan segulung ijazah tidak mampu menandingi pengalaman seseorang saat mencari pekerjaan. Bahkan dia dituduh sebagai seorang pendidik yang gagal kerana tidak mampu menyedari potensi sebenar seorang pelajar dan hakikat kerasnya kehidupan.
"Ya Allah, ampunkan segala dosa muridku dan sedarkanlah mereka sebelum semuanya terlewat. Aku ikhlas dan redha dengan segala ilmu aku curahkan kepada mereka, moga dengan redha ku ini mampu buatkan mereka berjaya dalam kehidupan. Amin."
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED
RomansaBTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam...