Usai solat subuh Eisya turun ke tingkat bawah, keadaan masih gelap dan dalam cahaya samar-samar sosok sang adik kelihatan sedang duduk di sofa ruang tamu. Laju Eisya atur langkah mendekati sang adik, Bilal mengelamun pandang satu sudut tanpa tuturkan sebarang bicara. Nama adiknya Eisya panggil beberapa kali tapi tidak ada jawapan dari Bilal . Telekung disingkap letak atas bahu lalu tangan Eisya darat pada lengan sang adik sebelum dengan pantas tarik kembali . Badan Bilal panas seperti kuih baru keluar dari ketuhar ! Sangat panas! Tampaknya Bilal terkena demam panas
"Ya Allah, panasnya!"
Dahi Bilal jadi sasaran tangan Eisya, gadis itu tak percaya badan adiknya begitu panas tapi Bilal seperti tadi diam membisu tanpa tuturkan sebarang bicara.
" Bilal- panasnya badan kamu, jom kita tuam dengan kain basah..."
"Tak pelah sikit je ni-" Bilal cuba berdalih
Tangan Bilal ditarik paksa oleh Eisya tuju bilik tidur lalu dipaksa Bilal baring atas katil, Eisya hilang dari bilik tidur sang adik lalu kembali bersama besen berisi air dan kain bersaiz sederhana dan turut bersama Bik Ani angkut kotak ubat yang diletakkan atas meja.
Bilal ralit perhatikan wajah Eisya yang seiras arwah umi mereka sambil tersenyum seorang diri, perilaku Eisya juga sepertinya kerana dahulu jikalau aku demam pasti umi orang pertama akan letak kain basah atas kepala. Sayangnya umi dah tak ada untuk uruskan aku... Umi, abi, tunggu Bilal...
Eisya tersentak sampai naik kedua bahu kiri dan kanan apabila tangannya ditahan Bilal, dengan lembut dia bertanya kehendak lelaki itu tapi Bilal hanya diam sambil tersenyum manis ke arahnya. Linang air mata bakal jatuh pada bila-bila masa, Eisya tahu jauh disudut hati Bilal adiknya sudah terlalu rindu kepada orang tua mereka yang telah lama dijemput Ilahi ke alam abadi.
"Sini kak, Bilal nak bisik..." Suara Bilal serak basah lalu lengan Eisya ditarik dekat ke arahnya
Hembusan nafas Bilal tampar halus cuping telinga Eisya, gadis itu masih nanti apa yang Bilal ingin sampaikan. Hati Eisya tak tenang seolah jangka sesuatu hal yang buruk akan terjadi tapi lekas dibuang jauh fikiran tersebut, aku yakin Bilal akan sembuh!
"Terima kasih dah rawat Bilal, akak doakan ye secepatnya Bilal jumpa umi dengan abi? Mesti diaorang dah rindukan Bilal... Akak jaga diri dengan abang Elqar, walau abang Elqar kejam Bilal dapat rasakan yang abang Elqar sayangkan akak..."
Bilal sengaja jeda ayat kerana tekak rasa perit hingga sulit untuk lanjut bicara . Terkebil-kebil mata pandang wajah cantik Eisya yang sunggul dan
"Halalkan makan minum Bilal, kalau Bilal pergi akak lawat Bilal dekat rumah baru Bilal ye?"
Permintaan terakhir Bilal berjaya membuatkan hati sang kakak luluh, badan Bilal dipeluk dengan erat oleh Eisya sambil merayu agar sang adik bertahan untuk harungi sakit dia hadapi. Bahkan Eisya berjanji akan hantar adiknya dapatkan rawatan susulan jikalau perlu, Eisya sanggup lakukan apa sahaja demi Bilal tetap bersamanya. Air mata Eisya kesat sambil habis, terasa rangkulan hangat dari arah belakang. Tangan Puan Sri Nor lintang depan leher lalu perlahan wanita itu ambil tempat disamping Bilal, belaian demi belaian Puan Sri Nor buatkan Bilal tenang dan berjaya lelap mata.
" Terima kasih Puan Sri , sekurangnya terubat rindu Bilal pada umi kami "
Kepala Bilal pangku pada kakinya, Eisya usap penuh kasih dan sesekali daratkan kucupan hangat . Maafkan akak belum mampu berikan kehidupan yang selesa untuk Bilal tapi insyaallah satu hari nanti semua impian kita akan terwujud , amin . Eisya pasang angan - angan untuk ubah hidup mereka lebih selesa berbanding dahulu hasil dari titik peluhnya sendiri . Bergantung pada kasih dan harta orang sangatlah perit buktinya dia tiap hari terima kata hinaan dari Elqar .
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED
RomanceBTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam...