Chapter 10

12.7K 499 52
                                    

Tanah perkuburan islam menjadi saksi bisu perpisahan dua dunia antara si mati dan waris terdekat , menakung seribu satu kisah duka , manis dan pengajaran disetiap pemergian . Setelah seminggu kematian Bilal akhirnya Eisya kembali berkunjung ke pusara abadi sang adik ditemani oleh suaminya , Tuan Elqar Zuhayr . Roda berputar lenyek tanah merah , bacaan yasin dan doa dengan pimpinan Elqar selesai sekitar 40 minit .

"Eisya, nah..."

"Terima kasih..."

Jug bertukar tuan , Eisya kumpul seluruh tenaga dan kekuatan yang tersisa untuk 'bertemu' Bilal di rumah baru nya kerana sewaktu hayat sang adik Eisya sudah janji untuk sentiasa lawatannya disini walau mereka sudah beza alam. Senyuman terukir secara paksa di bibir Eisya. Terngiang jelas suara Bilal di cuping telinga mengatakan , akak bila Bilal dah tak ada lagi akak jangan nangis bila jumpa Bilal ! Bilal nak ceritakan pada akak bertapa indahnya syurga ye ? Akak jangan nangis ! Suara Bilal kekal terngiang - ngiang bagai kaset radio terpasang selama 24 jam. Segala telatah Bilal makin tebalkan rasa rindu disanubari Eisya .

"Assalamualaikum Bilal... Adik akak,"

Jug berisi air yasin dicurahkan atas tanah , rumput liar tumbuh sekitar tanah perkuburan dicabut satu persatu oleh Eisya dengan tatapan sayu . Tak sangka harini bakal tiba , disaat semuanya bakal berubah , disaat Bilal adik kandungnya pergi untuk selamanya meninggalkan aku sendirian . Tapi aku juga sedar ini adalah takdir terindah aturan Tuhan untuk sang adik . Bilal berjuang selama bertahun lamanya , kini tiba waktu untuk pejuang seperti Bilal berehat .

"Bilal- akak da-t-ang sayang..." Terbata - bata lantunan suara Eisya berselang esak tangisan dan linang air mata . Tumpukan tanah basah jadi tempat sandaran kepala Eisya yang setia alirkan air mata, kubur Bilal dipeluk sang kakak bagi lepaskan rindu terpendam didada. Seminggu pemergian Bilal ke alam abadi menyisakan rindu teramat dalam kepada insan bernama Eisya Elyyana, kerana dalam sekelip mata kehidupannya berubah dan Bilal telah pergi untuk selamanya .

Selendang dibelit atas leher jatuh lekat sisa tanah mengotorinya, keadaan itu sedikitpun tidak membuatkan Eisya terganggu. Hal terpenting bagi Eisya adalah lepaskan rindu kepada sang adik, mungkin dulu jasad Bilal masih tergapai olehnya . Sekarang semua berbeza tanpa kehadiran Bilal disisi hanya pakaian terakhir buat lepas rindu. Langit berarak mendung seolah turut kandung rasa hiba terhadap kehilangan insan paling dicintai ke alam abadi.

" Datanglah dalam mimpi akak , ceritakan bertapa indahnya syurga sampai Bilal tinggalkan dunia begitu cepat ... Moga Allah SWT ganti setiap sakit didunia sebagai anugerah indah dialam sana ... Kalau Bilal jumpa dengan umi abi , sampaikan permintaan maaf akak ... Akak gagal rawat Bilal dengan baik "

Elqar berusaha capai belakang badan Eisya walau sedikit sulit kerana jarak mereka berdua, tapak tangan dilekap lalu gerak atas dan bawah seolah beri kata semangat. Luahan hati Eisya buatkan Elqar rasa terpukul dengan hebat .

"Akak gagal , maafkan akak Bilal... Akak bohong Bilal! Akak mintak ampun sayang," Raungan Eisya pecahkan kaca kesunyian dan hadirkan rasa hiba tiap insan yang turut bersamanya, gadis itu menangis seperti orang histeria untuk zahirkan rasa bersalah dihati kerana telah menyembunyikan kenyataan sebenar tentang keadaan kesihatan Bilal

Dari belakang Elqar angkat tangan kiri sebagai isyarat 'biarkan', Eisya perlu luahkan segala perasaan dipendam selama ini kerana gadis itu juga manusia biasa dan harus menangis disaat hati tersayat luka

"Akak bagitahu Bilal dah sembuh , Bilal dah tak sakit ... Hakikatnya... Ampunkan akak Bilal... Sekarang Allah dah angkat sakit Bilal sepenuhnya," Tersedu - sedan Eisya meratapi kepergian sang adik bahkan disaat akhir hayat hidup Bilal tak sempat untuknya dampingi Bilal kerana sibuk dengan urusan rumah tangganya bersama Elqar, sekarang beribu kata penyesalan tidak berguna kerana alasan untuknya bertahan hidup sudah tiada.

BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED Where stories live. Discover now