Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulai sekitar jam 8 pagi , guru bertubuh kecil tudung litup warna senada dengan baju kurung dia sarung pada tubuh . Buku dan modul tadinya terpelik didada Eisya letak atas meja , ketua kelas sem 2 Bakti bangkit ucap salam dan selamat pagi . Barisan gigi putih Eisya jelas terlihat , semangat untuk mendidik anak bangsa berkobar-kobar dalam jiwa . Derap kaki kedengaran jelas dikeheningan pagi , semua pelajar bersedia dengan buku nota dan modul buatkan Eisya puas hati . Kesediaan pelajar merupakan Rancangan pengajaran harian (RPH) utama , tanpa minat dan tumpuan pelajar pengajaran yang disampaikan tidak berkesan .
"Assalamualaikum semua, lesu ja cikgu tengok kamu tak sarapan pagi ke? Sashie? Makan dah?" Suara Eisya gema tiap ruang
Lelaki berketurunan India kulit hitam manis ikut senyuman sebagai jawapan , kepala diangguk beberapa kali sambil layang plastik roti ke udara agar jelas dipenglihatan Eisya . Awal pagi sudah di isi perut dengan roti perisa jagung , seperti pesanan gurunya fokus utama dalam kelas adalah nombor 1 . Dan belajar dalam keadaan perut yang lapar bakal menganggu fokus dan minda pelajar .
Tepukan gemuruh seisi kelas hadiahkan kepada Sashie
Sisa tepukan Eisya habiskan "Bagus abang Sashie kita ni ! Durga , Pujaa nanti boleh jadikan Sashie ni husband kamu yea! Bagus, dengar kata" Durga dan Pujaa geleng serentak sambil katakan tidak mahu , reaksi spontan kedua gadis itu buatkan seisi kelas terhibur . Eisya gelak sampai ternaik bahu .
"Baiklah, harini kita akan belajar mengenai YDPA, Majlis Raja-Raja... Keistimewaan dan tanggungjawab keduanya... Ingat, saya ulang semula YDPA tidak boleh terima pekerjaan yang bergaji... Baginda merupakan? Ha- merupakan apa? Yes pandai merupakan agong negara dan dinegeri sendiri hanya jalankan tanggungjawab sebagai? Hmm... Sebagai apa Sofea ? Okay bijak, sebagai ketua agama Islam,"
Eisya jalan sampai hujung kelas dan berhenti di meja salah seorang murid , sempat kerling pada buku nota . Wow ! Itu reaksi pertama Eisya , seluruh isi muka surat penuh dengan nota . Seolah rasa lelah dan beban di bahu terangkat serta merta melihat ketekunan anak muridnya , wujud rasa kagum di hati Eisya sebagai seorang guru
"Wah, Husna... Penuh nota banyak ilmu ni, cikgu nak tanya apa bidang kuasa YDPA"
Husna berdiri di meja sendiri , buku nota angkat separa dada
"Bidang kuasa YDPA terdiri daripada agama, ketenteraan,undang-undang, pentadbiran dan pengisytiharan darurat"
Setelah puas hati dengan jawapan Husna , Eisya kembali pantau keadaan kelas dan pandangan mata terpaku kepada seorang budak lelaki yang tunduk kepala ke meja seolah sedang lakukan sesuatu . Terdetik dihati Eisya untuk panggil muridnya itu , dalam ingatan Eisya hanya beberapa kali dia lihat bayang nya dan jarang sekali muridnya yang satu itu ikut serta sesi pembelajaran dan pengajaran kerana sibuk sendiri
"Hamid, apakah kuasa budi bicara YDPA?"
Marker pen hitam tergenggam kemas dalam genggaman tangan Eisya yang laju menulis soalan dipapan putih hingga seluruh pergerakan tubuh terhenti dengar sindiran dari bibir Hamid, sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran selama ini bagi Eisya ini lah kali pertama Hamid keluarkan suara tapi bukan untuk jawab soalan diajukan melainkan untuk beri sindiran pedas. Perlahan badan kecil Eisya pusing hadap seisi kelas terlihat pucat lesi mungkin terkejut dengan jawapan Hamid
"Maaf, boleh kamu ulang Hamid apa yang kamu katakan pada cikgu?" Nada suara Eisya mulai tinggi seiring rasa hati terbakar dengan sifat biadap pelajarnya itu . Dada Eisya berombak turun naik tahan ledak amarah , disaat keberkatan sebuah pembelajaran itu dari sifat hormat pelajar kepada guru Hamid telah pilih jalan berbeza dengan bersifat kurang ajar
Hamid leret senyum sinis, soalan dan permintaan gurunya Hamid abaikan seolah tidak ada sesiapa sedang bercakap dengannya . Begitu tekun Hamid melorek lukisan atas kertas dengan menggunakan pen merah , lama kelamaan geseran hujung mata pen dan kertas hasil bunyi bingit . Hamid seakan sengaja cabar Eisya untuk memarahi dirinya, dia ingin cabar guru muda itu untuk bangkitkan kembali satu sifat dalam tubuhnya telah lama tidur .
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED
RomanceBTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam...