Matahari membanjiri seluruh pelusuk bumi termasuk perumahan golongan Elit yang tiap banglo tersergam megah dan indah . Cahaya matahari pagi berlumba-lumba selinap masuk ke dalam bilik tidur Elqar melalui celah-celah langsir yang renggang . Pasangan muda masih kena di atas ranjang hanya Elqar seorang sudah terjaga dari lena dan ralit perhatikan wajah cantik milik sang isteri nyenyak ketiduran .
Selang 10 minit tubuh badan Eisya mulai gerak kiri dan kanan menandakan roh telah masuk kedalam badan cuma saja mata masih kekal terpejam , Elqar tarik senyuman
"Goodmorning sayang, you look so pretty and perfect today sayang,"
Hembusan nafas berat Elqar menjalar sekitar leher milik Eisya hingga gadis itu terjaga dari lenanya, rangkulan tangan suaminya berlingkar atas tubuh sampai perut . Disaat itu barulah Eisya sedar bahawa mereka berada diposisi begitu dekat hingga tidak ada jarak , aroma wangian pakaian Elqar menusuk hidung Eisya tapi aneh sekali dia rasa begitu tenang dan selamat berada dekat dengan lelaki itu . Tidak lagi rasa takut atau gemuruh seperti selalu, adakah kerana Elqar sudah bersikap baik kepadanya?
Tidak ada jawapan dari mulut isterinya Elqar semakin dekatkan jarak dan sandar kepala pada bantal digunakan oleh Eisya pastikan gadis itu telah bangun atau masih diulit mimpi indah, haruman wangian rambut Eisya dihidu Elqar dengan segaris senyuman . Gadis itu memiliki sebuah aroma wangian tersendiri , jadi satu terapi kepadanya untuk tenang kerana itu lah sebelum ini dia berusaha untuk mendekati Eisya tiap waktu kerana dengan kehadiran isterinya dia bakal tenang . Kalini Elqar yakin dia tidak perlu bersusah-payah seperti dahulu kerana kalini Eisya sendiri tawarkan diri untuk dekatkan jarak hubungan mereka yang selama ini renggang
"Sayang... Are you already wakeup baby girl?"
"Hem?" Eisya separa mamai dan berikan jawapan seadanya saja
"You look so cute sayang, come to me... Hummm Eisya, kau tahu... Cuma aroma dari kau mampu buat aku tenang, so baby girl you're mine..."
Pelukan semakin erat sampai tubuh Eisya ikutan tertarik kebelakang mendekati Elqar yang jarak hanya tersisa 1 inci . Elqar pejam erat mata nikmati keheningan pagi yang tenang , hari ini merupakan hari minggu dan isterinya tidak berkerja maka ini merupakan peluang keemasan untuk Elqar terus dampingi Eisya .
Eisya tidak dapat kawal debaran didada sampai berusaha lepaskan diri dari Elqar tapi percubaan pertama dan selanjutnya gagal apabila Elqar kunci tubuhnya dengan lingkaran tangan yang ketat. Terkebil-kebil mata Eisya saat melihat bayang mereka berdua balik pantulan cermin dimeja solek berdekatan katil suaminya , Elqar menyeringai sebelum benam muka pada leher belakangnya .
"Rehatlah Eisya, kau tak penat? Aku nak rehat kejap... Lepasni aku ada meeting dengan client oh ya nanti client aku datang rumah jadi kau duduk dalam bilik... Aku tak suka orang lain tengok isteri aku..." Elqar bernada cemburu, walau jarak antaranya dan Eisya tidak terlalu jauh masih ramai orang menyangka Eisya adalah adik nya sendiri . Lebih parah anak sendiri !
"Kalau saya keluar juga?" Soal Eisya untuk penuhi rasa ingin tahu tapi soalan darinya jadi satu kayu api bagi nyalakan api amarah dalam diri Elqar yang ditahan agak lama, setelah kata putus disepakati oleh mereka berdua untuk hidup sebagai suami isteri bukan sebagai musuh dan sebagainya .
Elqar tolak sikit badan ke atas dan bisik tepat ke cuping telinga gadis dihadapannya sebagai tanda peringatan kepada Eisya . Andai gadis itu lupa bagaimana dia merayu agar dilepaskan dan tidak jadi mangsa pukulan dan hayunan tali pinggang , maka Tuan Elqar Zuhayr akan mengimbau kembali kenangan silam khas untuk isterinya .
"Jangan cabar aku Eisya, kau tahu apa yang aku mampu buat bila dah marah... Aku dah berhenti dari seksa kau sampai tiap inci badan kau berdarah... Jadi jangan cabar kesabaran aku..." Usai habis bicara Elqar kembali diposisi asal dan bertingkah seolah tidak berlaku sesuatu antara mereka berdua, dalam kepayahan Eisya telan air liur . Ancaman Elqar bukan ancaman kosong , lelaki itu mampu bertindak sesuai emosinya .
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED
Storie d'amoreBTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam...