Chapter 26

2.7K 135 9
                                    

Krekkk

Pintu bilik Eisya terbuka sedikit dan Elqar jengah kepala kedalam. Walaupun terjadi konflik antara mereka hatinya masih mencintai Eisya sepenuh hati. Apatahlagi melihat keadaan sekarang, Elqar tidak ingin lakukan hal lain dan fokus untuk melindungi Eisya bersama anak dalam kandungannya.

"Abang pergi kerja dulu sayang. Jaga diri elok-elok." Pesan Elqar perlahan. Walaupun dia tahu Eisya tidak akan mendengar perkataannya kerana Eisya enak diulit mimpi, Elqar sekadar mengingat kembali kenangan silam mereka.

Setelah Elqar jalan beberapa tapak Eisya buka mata perlahan-lahan, pesanan ringkas daripada lelaki pujaan hatinya sekarang membuatkan senyuman terukir dibibir Eisya.

Lekas Eisya berganjak daripada katil secara perlahan agar tidak menarik perhatian Elqar. Hatinya nyanyi riang bakal menemui kembali sang kekasih hati.

Jarum pada jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi, Elqar tiba lebih dahulu dilokasi pertemuan bersama pemegang saham terbesar di syarikatnya. Kelmarin Tan Sri Nazir mengatakan dia memiliki perancangan strategi perniagaan maka pertemuan kali ini bakal dibincangkan lebih lanjut.

"Terima kasih kerana menunggu..."

Elqar toleh kebelakang. Bibir koyak senyuman saat melihat lelaki berambut putih dan tubuhnya tersarung kemas pakaian berjenama.

"Tan Sri..."

Elqar hulur tangan untuk bersalaman. Mereka terlihat akrab.

"Silakan Tan Sri..."

Elqar senyum tipis dan halakan tangan pada kerusi masih kosong dihadapannya bagi Tan Sri Nazir ambil tempat. Perbincangan penting dimulai dengan begitu lancar hingga berganjak ke topik pembangunan perniagaan bagi jangka masa panjang.

"Pelaburan perancangan bandar berlaku sekitar Eco rimba. Saya yakin melalui strategik perniagaan ini kita akan menjangkau ribuan ringgit keuntungan!" Ujar Tan Sri Nazir dengan yakin.

Jari jemari Elqar cengkam kemas pen mata melirik kiri dan kanan melihat plan pembinaan taman perumahan elit. Kepala Elqar terangguk-angguk mengiyakan perkataan Tan Sri Nazir bersetuju bahawa tanah tapak perniagaan ini memiliki potensi begitu tinggi.

"Tapi Tan Sri, ada beberapa risiko perlu ditanggung... Contohnya seperti ini pembekal berdekatan, jalan akses keluar masuk jentera dan mesin berat. Kawasan ini berpotensi untuk jangka masa panjang namun untuk tempoh singkat agak sulit untuk kekalkan momentum graf keuntungan. Malaysia masih mengalami krisis ekonomi dan ketidakstabilan..."

Elqar bulatkan titik krisis berpotensi mendatangkan masalah kepada perniagaan mereka untuk jangka waktu pendek. Dia perhatikan wajah Tan Sri Nazir berkerut dahi sambil tilik setiap pelan pembangunan tanah tersebut.

"Betul kata kamu Elqar, projek Eco rimba ini juga masih dalam proses. Kita belum pasti sama ada projek ini berjaya ataupun tidak..." Tan Sri Nazir herot bibir seolah fikirkan segala kemungkinan.

Elqar sandar badan pada kerusi.

"Tapi untuk harga pasaran seeloknya dibeli sekitar 2-3 tahun daripada sekarang. Mengikut pemantauan saya, pemaju akan menaikkan harga tanah 2-3 kali ganda daripada kebiasaan jikalau ada pembangunan sekitar kawasan tersebut. Apatahlagi taman perumahan elit... Makin melonjak harga tanah!"

Tan Sri Nazir angguk kepala. Perbincangan mereka berlanjutan hingga akhirnya menemui titik penyelesaian bagi kedua belah pihak.

"Tan Sri berpengalaman, perkahwinan jangkau belas puluh tahun.... Apa salahnya bagi tips pikat hati perempuan!" Elqar masuk daun sampaikan hasrat hati dengan ayat tertip.

Ternaik sebelah kening Tan Sri Nazir. Pinggan berisi teh panas berasap tipis dia letak kembali atas meja.

"Perempuan mana dah berjaya curi hati kamu Elqar? Belum sampai setahun menduda dah ada pengganti?" Usik Tan Sri Nazir sekadar hidupkan suasana.

BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED Where stories live. Discover now