Tepat jam 6 pagi Eisya terjaga , disandarkan badan sekejap pada sofa untuk hilangkan rasa lenguh pada badan kerana tidur dilantai . Bila ditoleh kesamping suaminya masih lena
" Tidur lagi rupanya ... "
Bibir Eisya kuntum senyuman , pelan dia dekatkan diri ke arah suaminya .
" Awak ni hensem tapi - baran " Eisya bisik dengan nada pelan , kuntum senyuman saat miliki kesempatan tilik wajah Elqar sedekat ini . Dimanfaatkan peluang keemasan seperti ini sebaik mungkin , jikalau Elqar celik saja mata pasti lelaki itu ada saja hendak herdik dan marah .
Atas dahi Elqar diusap Eisya
" Maafkan saya sebab jerat awak dalam hubungan ni , saya terdesak demi Bilal . Maafkan saya " Dalam posisi bercangkung Eisya goyang badan kedepan dan kebelakang , saat dia hilang imbang tubuhnya terdorong kedepan . Jarak antara mereka beza seinci , hembusan nafas Elqar jelas tersengar . Lekas Eisya tolak badan kebelakang tapi dalam keadaan mata pejam Elqar sambar lehernya .
Bibir Elqar tarik senyuman
" Puas tilik muka aku puan Eisya Elyyana ? " Sindir Elqar , sinis .
" Tak cukup dari jauh , makin dekat pulak kau ye ... Kau ingat kau buat macam ni aku jatuh cinta ? " Rambut Eisya ditarik paksa sampai gadis itu terdongak kepala ke atas . Seolah iblis bangkit dari tidur , masih diawal pagi Eisya sudah terima kekerasan dari suaminya . Tak cukup rambut dijambak bibir mungil Eisya jadi mangsa tamparan laki itu .
Elqar rapatkan bibir nya ke wajah Eisya
Tuih !
Muka isterinya diludah , Eisya terkejut sampai ternaik kedua bahu . Tak sangka Elqar bakal ludah diwajahnya . Dia hanya diam , tak ingin panjangkan masalah . Walau jauh dilubuk hati Eisya begitu terluka
" Kau perempuan miskin , buruk , jangan sesekali impikan posisi isteri dalam hidup aku ! Kau isteri atas kertas ! Tapi kenyataannya , kau bukan siapa - siapa untuk aku ! " Ditunjal kepala Eisya sampai tertolak kebelakang .
Mood Elqar hancur , malas pandang wajah isterinya control tv digapai . Siaran tv dialihkan tanpa rasa minat , sesekali mata lirik kesamping . Eisya cuma diam .
" Eh perempuan apa kau tenung lagi ? Masakkan aku makanan ! Ingat hadap muka kau perut aku kenyang ? Ni hati dah sakit perut pulak lapar ! Sebelum aku libas badan kau pakai tali pinggang baik kau pergi masak ! Pergi - pergi ! "
Badan Eisya ditolak menjauh , akhirnya gadis itu berlalu pergi . Elqar atas katil raup muka berulang kali entah kerana rasa bersalah atau rimas dengan keberadaan Eisya .
" Haih , haus pulak tekak aku ni ... "
Elqar gapai botol atas meja disamping katil , kosong ! Kepala digosok kasar seiring teriakan nama isterinya tapi selang 1 minit Eisya tak juga muncul . Mungkin dia tak dengar bila berada di dapur .
" Eisya ?! " Kalini suara Elqar makin tinggi .
Bergegas Eisya lari dari tingkat bawah , sampai terlepas sudu yang dia pegang kerana terkejut . Selagi tak sampai depan muka Elqar selagitu laki itu tak berhenti teriak namanya .
" Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! "
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED
RomanceBTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam...