Chapter 14

10K 404 23
                                    

"Tolong, pakaikan tali leher aku. Aku tak larat penat semalam habis kerja pun belum hilang." Elqar cebik bibir raih simpati dari sang isteri yang begitu dingin terhadapnya, mungkin Eisya kesal dengan kejadian semalam kerana itu sampai saat ini dia tak cakap walau sepatah perkataan. Kalini baru Elqar sedang tiap harinya di hiasi oleh celoteh keanak-anakan Eisya. Jikalau gadis itu diamkan diri hidupnya rasa begitu sunyi seolah-olah ada yang kurang.

Tudung Eisya lilit ala kadar, tali leher atas katil Eisya gapai dan lingkar pada leher Elqar. Begitu tekun Eisya ikat tali leher milik suaminya tanpa disedari Elqar sedang perhatikan segala tindak tanduknya. Setelah selesai pelan tapak tangan Eisya tepuk lengan Elqar dan ingin pergi tapi dia telah dikunci dengan rangkulan tangan Elqar pada bahagian belakang pinggang.

Elqar hidu haruman wangian vanilla.

"Ikut aku" Elqar saja gantung ayat untuk paksa Eisya buka mulut.

Kening kiri Eisya ternaik

"Kemana pula..." Jawab Eisya dengan nada suara mendatar seolah tak berminat dengan ajakkan suaminya.  Muka saja terlihat dingin tapi dalam hati sudah membuak-buak rasa ingin tahu. Anak mata mereka bersatu saat Elqar tolak dagunya ke atas untuk mereka saling balas pandangan.

"Makan malam korporat company aku, you will be my partner Eisya. Kau tak boleh berjauhan dari aku."

Eisya berusaha jarakkan diri kerana tidak selesa dengan sikap Elqar. Tangan Elqar yang berlingkar pada pinggangnya Eisya tolak paksa tapi semakin dia berusaha lepaskan semakin kuat Elqar cengkam.

"Pergi dengan Riya sebab awak lebih utamakan dia! Dulu awak mengaku saya bibik awak depan Riya jadi apa masalahnya dengan pergi ke makan korporat dengan Riya. Saya kan cuma perempuan kampung! Saya akan buat awak ma-" Ayat Eisya tergantung saat bibirnya dilekap dengan jari telunjuk Elqar dari raut wajah Elqar seolah beri tanda dia tidak mahu sesiapa bantah perkataan dia. Bola mata hitam Eisya gerak ke atas, ini saja yang suaminya tahu! Berulah, minta maaf dan ulang.

"Eisya Elyyana, aku dah buat keputusan dan keputusan ini muktamad. Tak ada bantahan, tak ada penolakan. Aku dah pilih kau untuk pergi dengan aku bukan Riya." Elqar tunggu Eisya lebih tenang untuk dengar kelanjutan ayatnya, sekitar 1 minit baru Elqar sambung dengan nada lebih lembut dan tenang seoah berusaha tahan diri dari terbawa emosi.

"Aku tak pernah faham dengan kehendak perempuan, dia cemburu tapi sakitkan diri sendiri dengan paksa orang dia sayang pergi pada orang lain. Atau... Kau tak cintakan aku?" Tebak Elqar tanpa usul periksa. Sengaja ingin uji isteri sendiri tambahan dia suka saat Eisya terlihat marah dan ingin pengiktirafan darinya bahawa dia adalah milik aku. Milik Tuan Elqar Zuhayr, bidadari Tuan Elqar.

Eisya larikan pandangan ke sisi tepi. Dia juga tidak mengerti lelaki. Sudah tahu wanita cemburu masih berpura-pura tidak mengerti. Eisya silang tangan depan dada. Contohnya Elqar, sudah tahu aku sedang cemburu terhadap Riya masih saja ingin bahas soal gadis genit itu!

"Apa niat awak kalini Elqar? Malukan saya depan semua orang kaya kenalan awak? Nak beritahu semua orang yang isteri awak perempuan kampung yang hina, jijik! Yang awak benci?"

Emosi Eisya naik julang dia mula hilang kendali pada akal waras sendiri, yang Eisya tahu dia ingin tempiaskan amarah kepada Elqar. Bahu Elqar ditolak Eisya dengan jari telunjuk walau tahu badan suaminya tidak akan gerak sama sekali. Sekadar pelempiasan rasa amarah semata tapi Elqar diam tanpa balas dengan sebarang tindakan.

"Elqar-"

Terkejut bukan kepalang Eisya saat pipi kirinya diusap Elqar sembari memanggilnya 'sayang'. Tiap Eisya nak mula buka mulut tiap kali itulah Elqar panggilnya dengan gelar 'sayang'.  Entah kenapa jantung Eisya berdegup kencang saat Elqar keluar suara untuk memanggilnya, perlahan-lahan api amarah yang tadinya marak dalam jiwa terpadam. Wajah tampan suaminya Eisya renung, mengapa aku begitu mudah luluh dan jatuh cinta pada lelaki yang terang-terangan benci kepada aku.

BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED Where stories live. Discover now