Eisya celik mata saat menyedari dia ketiduran diposisi duduk bersandarkan pintu rumah. Kenangan kejadian semalam bermain di minda Eisya, dia tertanya-tanya adakah Elqar sudah pulang ke rumah atau belum. Mustahil Elqar bermalam diluar kerananya,itulah bisik hati kecil milik Eisya walau terselit rasa kesal dan sedih. Mungkin Eisya masih berharap untuk temui lagi bekas suaminya.
Perlahan pintu dibuka dan alangkah terkejutnya Eisya saat melihat Elqar ketiduran diatas lantai, tubuhnya meringkut kesejukan. Timbul rasa kasihan dihati Eisya namun dia juga tidak mampu berbuat apa, nama bekas suaminya Eisya panggil dengan nada perlahan.
Elqar tidak berikan sebarang maklum balas, entah kerana dia terlalu nyenyak ketiduran atau sudah tidak sedarkan diri. Laju Eisya berlutut sebelah Elqar, jari telunjuk letak bawah hidung untuk pastikan Elqar masih bernafas. Setelah memastikan keadaan lelaki itu normal Eisya tersenyum tipis ambil peluang yang ada untuk berada dekat dengan Elqar.
Suasana terasa hening hanya hembus nafas dan degup jantung Elqar terdengar menjadikan suasana terasa damai untuk insan bernama Eisya Elyyana.Eisya sandar tubuh pada dinding dan lelapkan sebentar mata. Tidak sedar dia ikut terlena, setelah berlalu beberapa jam akhirnya Elqar terjaga. Bibirnya kuntum senyuman saat melihat wajah cantik milik Eisya. Dia ambil peluang yang ada untuk menilik setiap sudut wajahnya, tidak henti-henti Elqar memuji keindahan makhluk ciptaan Tuhan yang satu ini.
Elqar tepuk lantai untuk kejutkan Eisya yang terlihat nyenyak.
"Eisya, bangun... Masuk rumah tidur dekat bilik... Nanti sakit pinggang sayang." Dengar perkataan Elqar perlahan-lahan Eisya terjaga dan saat itu mereka berbalas pandangan mata. Saat keduanya hanyut dalam perasaan sendiri terdengar perut Elqar berkeroncong minta diisi.
"Sayang, abang lapar."
Eisya berusaha tahan tawa hampir meletus saat melihat sikap Elqar persis anak kecil yang mengharapkan makanan dari sang ibu saat kelaparan. Pandangan dibuang ke arah lain untuk elak bertembung pandangan mata bersama lelaki itu. Eisya sorokkan senyuman saat berpaling ke sisi bertentangan dengan Elqar.
Eisya berdehem untuk jernihkan suasana terasa tegang dan janggal antara mereka berdua.
"Apa yang kau nak makan?" Suara Eisya terdengar dingin bahkan kepala sahaja yang tidak dipalingkan ke arah Elqar saat berbicara, mungkin saja dia khuatir andai dia lihat kembali wajah lelaki pernah dia cintai dirinya tidak akan mampu teguh berada dalam keputusan untuk tidak kembali kepangkuan Elqar.
Elqar tepuk perlahan perut dan bibir maju kehadapan seolah memikirkan menu ingin dia makan sebagai juadah tengah hari. Selang 1 minit terukir senyuman lebar dibibir mungil lelaki itu.
"Sayang..." Elqar berusaha dapatkan perhatian dari Eisya.
Pipi Eisya merona kemerahan dan dia berusaha untuk kawal emosi saat berdepan dengan bekas suaminya. Tidak mampu dinafikan bahawa rasa cinta dalam hatinya masih ada untuk Elqar walau sudah rasmi berpisah.
"Apa kau nak makan untuk tengah hari ni? Kau ingat aku ada waktu nak tunggu kau buat keputusan?!" Suara Eisya naik seoktaf.
Elqar berusaha untuk kawal riak kecewa saat menyedari hakikat Eisya sentiasa berusaha menjauhinya walau sekuat tenaga dan keinginan hati Elqar untuk satukan kembali jarak antara mereka. Dipaksakan senyuman saat hatinya tersiyat luka.
"Masakkan, abang ikan kembung masak lemak cili padi? Abang rindu masakkan sayang." Begitu lembut suara Elqar saat ajukan permintaan sederhana kepada Eisya dengan harapan keinginannya ini tidak ditolak mentah-mentah oleh Eisya.
Tanpa berikan sepatah perkataan Eisya jalan kembali ke dapur rumah bagi menyiapkan segala bahan, air mata bertakung pada kolam mata Eisya saat terkenang kembali kenangan silam. Andai sahaja kejadian antara Riya dan Elqar tidak berlaku mungkin mereka sudah hidup bahagia bersama, baginya dia mudah maafkan kesalahan Elqar yang lain namun tindakan selingkuhan itu bukan suatu hal kecil. Saat kesucian pernikahan sudah dinodai dengan nafsu serakah maka tidak ada kemaafan yang tersisa.
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED
RomanceBTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam...