"Ambil ni, letak dalam wine yang Elqar minum." Sebuah plastik berisi serbuk putih dikeluarkan dari beg tangan oleh Riya kepada Aatif, gadis itu pandang tepat ke anak mata lelaki tampan dihadapannya. Hanya dengan cara ini dia mampu mendapatkan Elqar walau dengan cara terkutuk sekalipun dia sudah tidak peduli, apa berlegar dalam fikiran Riya hanya bergelar isteri lelaki kaya dan berkuasa seperti Tuan Elqar Zuhayr.
Aatif lihat isi dalam plastik tanpa buka saja dia sudah tahu apakah kegunaan serbuk putih itu, pandangan mata Aatif paku pada wajah cantik milik Riya. Ada satu persoalan kerap berlegar dalam benak, adakah benar Riya mencintai Elqar hingga tidak mampu lihat lelaki itu berada dalam dakapan wanita lain atau Riya hanya mengejar harta dan pangkat dimiliki oleh Elqar. Jikalau Riya hanya pandang harta semata diluar sana lebih ramai lelaki kaya dan tampan untuk gadis itu dapatkan, mengapa Elqar sudah beristeri juga menjadi incaran Riya hingga sanggup bertindak sejauh ini.
"Baik, tapi nasihat aku Riya-" Ayat Aatif terpotong apabila bibirnya ditempelkan dengan jari runcing halus milik Riya, gadis itu geleng kepala sebagai tanda enggan dengarkan apa sahaja ingin Aatif ingin kata mungkin sudah jangka apakah intinya. Aatif mengeluh berat tidak ada perkataan lagi mampu dia gunakan untuk menasihati Riya lagipun urusan ini tidak berkaitan dengannya, selagi dia dapatkan bayaran untuk semua pekerjaan telah dilakukan maka itu bukan masalah baginya.
Riya senyum leret
"Elqar sepatutnya jadi hak aku Aatif, dari awal dia gilakan aku! Berapa ramai perempuan sekalipun dia jumpa tetap aku pemenangnya tapi... Harini semuanya hancur disebabkan oleh Eisya! Perempuan perampas!" Gumam Riya kegeraman. Dalam diam simpan dendam kepada Eisya kerana telah membuatnya gagal miliki Elqar sebagai suami.
Aatif lebih selesa diam dengar segala luahan dari Riya sesekali angguk kepala sebagai maklum balas.
-
Elqar pulang lewat dari kerja dan tali leher melingkar lehernya Elqar longgarkan, setelah masuk ke dalam banglo haruman masukan sang isteri sudah terhidu membangkitkan seleranya. Senyum lebar meniti dibibir Elqar saat tahu perutnya yang kosong bakal terisi dengan masakkan Eisya yang lezat. Kaki Elqar langkah masuk ke dalam dapur dan matanya disajikan dengan pemandangan indah wajah cantik milik Eisya tersenyum manis ke arahnya, tanpa berlenggah tangannya tegak kiri dan kanan seolah mengalukan kehadiran Eisya dekat dengannya. Apabila Eisya berada dalam rangkulannya Elqar gerak badan kiri dan kanan untuk lihat masakkan disediakan oleh sang isteri
"Saya masakkan awak kari kepala ikan." Beritahu Eisya seolah-olah tahu isi kepala sang suami.
Meleret senyuman dibibir Elqar sekali lagi daratkan ciuman atas kepala Eisya sebagai tanda terima kasih.
Elqar tarik lengan kemeja sampai siku perlihatkan tangan berurat miliknya. Kecur liur dengar juadah disediakan sang isteri. Dalam keadaan Eisya masih dalam pelukannya Elqar gerak tubuh sedikit ke hadapan untuk lihat hidangan telah siap di masak oleh Eisya
"Wahh sayang, uwm sedap ni! Abang nak makanlah. Tapi sayang tangan abang sakit. Tadi terlanggar bucu meja syakitt tak boleyy syuap makan." Elqar buat suara manja untuk raih simpati Eisya. Bibir cebik sambil berdiri depan Eisya bagai anak kecil sedang mengadu kesakitan dia rasai kepada sang ibu.
Eisya gelak sampai ternaik kedua belah bahu, tangan suaminya ditarik untuk duduk atas kerusi lalu nasi bersama kuah kari diceduk. Satu suapan masuk ke dalam mulut Elqar lelaki itu kelihatan sangat teruja untuk nantikan suapan yang selanjutnya.
"Sayang yang masak sedap atau sebab tangan yang suap makan jadikan makanan ni lebih lezat herm sayang? Beruntungnya abang ada bidadari ni! Sayang nak tahu tak sampai bila-bila abang tak akan pernah lepaskan sayang! Abang kurung sayang!" Beritahu Elqar dalam nada bergurau untuk mengusik sang isteri. Pernikahan mereka hampir genap satu tahun begitu juga cinta mereka semakin besar dan erat.
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED
RomansaBTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam...