Elqar balik badan menghadap wajah sang isteri jelas ketakutan sampai gigil seluruh tubuh, jikalau kulit Eisya ditoreh dengan pisau pasti tidak akan mengalirkan darah. Itulah keadaan mampu menggambarkan bagaimana Eisya rasakan dan alami ketakutan saat berhadapan dengannya. Elqar abaikan ketakutan Eisya dengan tarik tangan sang isteri rapat ke tubuh untuk tenangkan gadis itu, anak rambut terjuntai depan muka Elqar selit belakang cuping telinga kiri Eisya
Dada Eisya berombak setelah ketakukan menguasai seluruh tubuhnya, bayang kejahatan dan keadaan mangsa kongsi gelap kepala naga terus-terusan berlegar dalam kotak minda.
"Siapa kau?" Eisya ulang pertanyaan yang sama, lutut rasa lemah dan tak berdaya untuk larikan diri dari suami sendiri.
Elqar gelak halus sambal geleng kepala sebelum paku pandangan pada wajah cantik milik Eisya tanpa segaris senyuman buatkan wajahnya terlihat begitu bengis, tatapan mata yang begitu tajam bagai bilah pisau tikam Eisya dengan luka tusukan begitu dalam. Rangkulan pada pinggang Elqar ketat dan tolak sampai Eisya terdorong ke batang tubuhnya, untung cengkaman tangan Elqar begitu kemas jikalau tidak pasti Eisya sudah jatuh ke lantai.
"Kenapa kau diam? Kau dah tahu perkara yang tak sepatutnya kau tahu kan?" Nada bicara Elqar begitu sinis mengherdik isteri sendiri.
Eisya telan air liur dalam kepayahan tapi tatapan mata setia tilik tiap inci wajah Elqar saat ini begitu tenang seolah-olah tidak terusik jiwanya dengan soalan aku ajukan. Aku tertanya-tanya, adakah benar Elqar merupakan ahli kepala naga sama seperti Hamid atau bukan? Prasangka buruk perihal Elqar kekal berlegar di benak Eisya dan keyakinan mengenai siapakah Tuan Elqar yang sebenar mulai goyah dalam jiwa.
"Jawab sayang aku tak suka kebisuan dibibir indah kau."
"Lepaskan aku Elqar!" Ronta Eisya untuk lepaskan diri dari rangkulan suaminya, sekarang dia rasa begitu terancam berada dekat dengan Elqar. Rasa aman dia rasai selama ini telah sirna, saat ini perasaan tersebut telah diganti dengan rasa takut selubung erat jiwanya.
"Tuan Elqar tak pernah lepaskan sesuatu yang dia dah miliki, Eisya Elyyana." Hembusan nafas Elqar berat dan sorotan mata turun dari mata hingga lekukkan bibir milik Eisya, Elqar ukir senyum sinis. Tak sampai 1 minit pecah tawa Elqar yang begitu terhibur dengan muka cuak sang isteri
"Kenapa kau ni? Kelakarlah Eisya... Jangan berlawak macam ni ye? Buat hal malam hari." Pelan dahi Eisya ditunjal dengan jari telunjuk Elqar sampai terdorong sikit kebelakang namun tak sampai jatuh kerana dia masih dalam rangkulan kemas Elqar.
Eisya tak mengerti maksud dibalik tawa sang suami "Hamid, student saya ahli kongsi gelap kepala naga. Saya nampak tattoo yang sama pada badan awak... Saya fikir-" Nada Eisya getar tapi tak sempat habiskan apabila tubuhnya dalam pelukan hangat Elqar
Elqar kucup atas kepala sang isteri untuk tenangkan Eisya dari rasa takut dia rasai.
"Bukan, aku bukan ahli kongsi gelap kumpulan tu... Lagipun kau nak aku kena pancung dengan mummy kalau aku join? Kau dah tak sabar tengok aku mati?"
Laju Eisya geleng kepala menidakkan perkataan Elqar, khuatir suaminya terguris hati dengan ucapannya sebentar tadi. Bibir bawah Eisya gigit perlahan berusaha atur ayat ingin dia ajukan kepada Elqar.
"Kalau awak bukan ahli kongsi gelap kepala naga. Kenapa awak ada tattoo tu?" Eisya ingin penjelasan lebih jelas dari mulut Elqar tanpa lelaki itu selindung apa-apa kebenaran atau rahsia dibelakangnya. Mereka suami isteri dan sebagai isteri Eisya yakin dia miliki hak untuk tahu mengenai kehidupan Elqar. Baik buruk atau indah. Lelaki itu perlu penuhi segala haknya sebagai isteri walau mereka kahwin bukan atas dasar cinta.
Pipi kiri kembung Elqar tolak dengan lidah dari dalam mulut. Bola mata pusing ke atas lalu ke bawah. Rimas dengan segala pertanyaan sang isteri yang dia rasakan tidak penting. Tattoo pada bahagian belakang tubuhnya langsung tidak beri kesan sama sekali terhadap kehidupan Eisya. Mengapa gadis itu begitu semangat dan miliki sifat ingin tahu mengenai kebenaran dibalik tattoo kepala naga pada tubuhnya? Tattoo pada belakang badan Elqar tengok balik pantulan cermin bilik mandi dengan garis senyuman tipis yang hanya dia seorang mengerti maksud disebalik senyuman itu.
YOU ARE READING
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED
RomanceBTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam...