Chapter 15

8.9K 338 6
                                    

Pintu pejabat Elqar dorong dengan badan. Matanya masih fokus pada layar skrin telefon, bunyi kerusi bergerak hentikan langkah kaki Elqar dari maju. Satu sosok duduk atas kerusi pejabat miliknya pada posisi bertentangan, Elqar tak pasti siapakah gerangan orang misteri itu. Untuk penuhi rasa ingin tahu dia mendekati hingga akhirnya wajah sosok tersebut terlihat jelas.

"Dom?"

Lelaki badan gempal bekas luka parut di wajahnya hayun kerusi ke arah kiri dan kanan terbit senyum sinis. Ditangannya terdapat sebuah dokumen hitam putih.

Elqar sorot pandangan mata tajam sebelum sandar badan pada rak menempatkan dokumen pejabat. Lelaki itu kekal tenang tanpa pedulikan pihak lawan yang seolah-olah sengaja ancam ketenteraman jiwanya. Tuan Elqar Zuhayr kini lebih berhati-hati dalam bertingkah kerana dia yakin sosok manusia ular seperti Dom pasti menyerangnya saat dia terleka atau terbuai emosi marah.

"Tuan Elqar, akhirnya kita bertemu kembali." Dom sengih perlihatkan barisan gigi kuning kehitaman. Sekali imbas lihat pasti rasa jijik, lingkar tangan pada dokumen jelas lihat kulit kering merekah. Tubuh kekar itu telah terima sebuah hukuman terberat dalam kehidupannya kini dia kembali menuntut sebuah keadilan.

Elqar seluk tangan masuk dalam poket seluar. Tayang wajah tanpa riak, walau Dom tidak lafazkan secara langsung niat kehadirannya.

"Dom, antara aku dengan kau dah tak ada apa-apa urusan. Aku bukan orang yang bertanggungjawab jadikan kau seorang banduan. Lepas kematian papa, kita berdua asing!" Lantang Elqar bersuara untuk menyatakan hasrat di hati namun segala gerak tubuh Elqar terkunci saat potongan gambar Eisya ada ditangan kanan Dom.

Dom sengih sambil lirik mata pada kepingan gambar dalam genggaman tangannya. Seorang lelaki hebat seperti Elqar juga ada kelemahannya, dan kelemahan terbesar Elqar saat ini adalah Eisya Elyyana. Isteri sahnya sendiri.

"Eisya Elyyana, guru Pengajian Am, 25 tahun? Isteri, Tuan Elqar Zuhayr. Pandai kau cari bini kan Elqar, soleha, cantik... Tapi apa pendapat kau isteri sempurna bak bidadari kau ni tahu siapa suami dia yang sebenar. Tuan Elqar Zuhayr atau boleh aku panggil... Santo Drago?" Dom senyum puas saat Elqar mulai goyah dan rasa terancam, persepakatan antara mereka harus dicapai kerana dia yakin antara mereka berdua ada satu hasrat yang sama.

Elqar tidak dapat kawal emosi, tubuh Dom melayang jatuh dari anak tangga pemisah antara ruang kerja dan ruang tamu dalam pejabat Elqar. Bibir herot tahan sakit dan berusaha untuk bangun namun dia gagal saat badan ditindih Elqar dan pipi kiri dan kanan singgah penumbuk tanpa henti sampai ada cairan merah likat mengalir mengotori pakaian dia pakai.

"Aku bagi kau amaran Dom, jauhi Eisya dan kau jangan berani sentuh dia! Kau sendiri tahu apa yang aku mampu buat Dom! Kau kena ingat selama kau dalam penjara adik kau, aku yang jaga... Nyawa adik kau dalam tangan aku! Jadi kau jangan berani sentuh isteri aku!" Bergetar nada dan mata Elqar tukar merah sebagai tanda dia mula dikuasai oleh emosi. Berapa saat kemudian dia bangkit dan kemaskan penampilan diri.

Dom ikut bangkit dan dorong badan Elqar sampai tersadung pada meja pejabat, walau lelaki itu mengerang kesakitan Dom tidak peduli.

"Kau perlukan aku Elqar untuk lawan diaorang! Kau sendiri tahu jawapan sebenar dibalik kematian ayah kau! Aku berada dipihak yang benar tapi aku yang difitnah sampai masuk dalam pagar besi! Silap hari bulan, nyawa anak bini kau jadi taruhan!" Lawan mereka bukan biasa, jikalau orang kuat seperti Tuan Mustafa saja mati di tangan mereka apatahlagi orang biasa seperti mereka?

Elqar hela nafas berat sambil pakukan pandangan pada Dom, jari hala ke arah pintu.

"Aku tak perlukan bantuan daripada bekas banduan seperti kau, sekarang kau berambus! Jangan kacau keluarga aku terutamanya Eisya. Dia tak ada kaitan dalam hal ni, kalau kau perlukan pihak lawan, aku! Kau pilih aku! Ingat Dom, bukan saja nyawa adik kau dalam genggaman aku kalau kau berani apa-apakan Eisya.... Nyawa Fatih juga dalam cengkaman aku." Madah bicara Elqar begitu angkuh mendabik dada ke atas langit.

BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED Where stories live. Discover now