01 | Lost Brother

111 15 13
                                    


" KAU dah gila, Hwayeon? "

Teguran darinya aku buat tidak peduli.  Baju yang ada di dalam almari aku bawa keluar dan terus letak diatas katil.  Beg luggage bersaiz besar dibuka.  Satu persatu baju dilipat dan disusun kemas kedalam beg. 

" Nenek kau baru je meninggal. Takkan kau dah nak tinggalkan rumah ni?  Bandar Seoul tu bukan kecik tahu?  Kau nak tidur kat mana? " bebel dia panjang.  Han Yoora, anak jiran aku.  Sebaya dan boleh dikatakan rapat.

" Balai polis?  Tak pun aku pergi je sauna. " jawab aku selamba. 

" Tak kelakarlah weh.  Kau nak buat apa pergi sana? "

Perbuatan melipat baju terhenti sekejap. Aku membiarkan soalan dari Yoora seketika.  Pandangan aku beralih memandang kearah hujung sudut bilik ini.  Bekas kaca yang tertulis nama mendiang neneknya direnung.

" Cari abang aku. "

" Untuk apa?  Dia, nenek kau meninggal pun tak ada balik kesini.  Kau nak harapkan apa lagi dekat dia?  Abang kau yang tak guna tu? "

Sejurus Yoora berkata, terus aku jeling kearahnya. Yoora seperti tersedar akan kata-katanya.

" Aku terpaksa cari dia. Sebelum nenek meninggal dia nak abu mayat dia dilepaskan dekat sungai.  Tapi syaratnya dia nak aku lepaskan abu dia bersama dengan abang aku. Itu permintaan terakhir dia. "

Lepas aku jelaskan,  Yoora dah tak ada kata-kata lagi untuk menghalang aku pergi.

Nasib sebagai anak yatim piatu , sejak lahir neneklah yang menjaga aku sampailah aku dah dewasa.  Aku ada seorang sahaja waris yang tinggal iaitu abang kandung aku. Kami terpisah sejak dia tinggalkan kampung ini dan duduk di bandar. 

Kami berdua lost contact. 

Yang aku ada hanyalah alamat tempat kerjanya.  Itupun sudah 5 tahun yang lepas.  Entah dia masih bekerja disitu lagi ataupun tidak.

Aku melihat Yoora terdiam lepas aku jelaskan alasan mengapa aku harus pergi.  Wajahnya seakan sedih.  Yalah,  dia mana pernah berpisah dengan aku.  Yoora ni dah macam keluarga aku sendiri. 

" Kau jangan risaulah.  Aku pandai jaga diri.  Kau doakan aku supaya jumpa dengan abang tak guna aku tu ya?  Lepas je dah selesai,  aku balik kesini semula. "

" Kau janji?  "

" Ya, janji. "


***

 

LUAR dari kebiasaan.  Selalunya tempat aku agak lapang dengan orang ramai.  Tapi kalini mata aku dijamah dengan kesesakkan orang ramai.  Dengan jalan raya dipenuhi dengan traffic jammed lagi.

Culture shock .

Iya,  aku memang budak kampung. Dan ini adalah kali kedua aku jejakkan kaki di Bandar Seoul.  Kali pertama disebabkan lawatan sekolah.  Jadi,  aku tahulah serba sikit arah jalan dimana. 

Street Hongdae
Berdekatan dengan Hongik University.  Penuh dengan ramai orang.

Kertas kecil yang dilipat rapi itu aku buka.  Tulisan yang hampir pudar bertulis alamat dimana ianya berada.  Dengan bantuan maps di telefon, ianya memudahkan kerja aku untuk mencari. 

Sampai sahaja di hujung sudut arah bangunan,  aku dah mula rasa pelik.  Kalau ikutkan peta arah jalan dekat telefon ni dia kata arah sini,  tapi makin lama makin jauh dari sesak orang ramai. 

Temptation Bad Boy | Jungkook Where stories live. Discover now