06 | 4 a.m

90 11 8
                                    

" KAU memang suka cari masalah kan? " terkeluar juga ayat dari Hoseok. Setelah pengakuan bohong dari Jayden, perempuan yang digelar anjing gila tu terus keluar dengan wajah tidak puas hati.

Tubuhku pula terus ditarik oleh Hoseok supaya menjauhi dari lelaki itu. Terlepas pegangan tangan aku dengannya. Jantung aku kembali berdegup normal semula. Tiada lagi perasaan aneh tadi.

" Relax boleh tak? Anjing gila pun dah blah. Apalagi yang korang semua tak puas hati? " luah lelaki itu dengan wajah sedikit kusut.

" Masalahnya kau sesuka hati je nak claim si Hwayeon ni bakal tunang kau. Buatnya minah tu terjah si Hwayeon nanti apa kami nak jawab dengan Tristan? "

Jayden terus tidak bersuara bila nama Tristan disebut oleh Hoseok. Malah, kesemua orang yang ada didalam bilik ini turut membisukan diri. Nampak macam mereka takut bila nama abang aku diseru. Aku pula, tak berani nak bersuara.

" Ini masalah aku , hyung. Jangan babitkan Tristan. Soal Rose tu biar aku settlekan nanti. Okay? Chill sudahlah, nak mengamuk ni dah kenapa. " Jayden bersuara tenang dan kembali duduk di sofa.

" Kepala otak kau, chill-chill. Aku Chillliiiii...kan juga mulut kau nanti! Pandai cakap, yang solve kan problem kau kami juga nanti. Hwa, lepasni kau jangan rapat sangat dengan si gigi arnab ni. Dia ni pembawa masalah. Dari tak ada masalah, dia seru masalah. Menyampah aku! " Seokjin entah kenapa tiba-tiba berang dan mula keluar dari bilik ini.

Woah. Nampaknya mereka semua ni betul-betul anti dengan gadis digelar anjing gila tu tadi. Teruk sangat ke attitude dia sampai macam tu sekali?

Aku lihat Jayden masih lagi tenang duduk disofa. Seolah tidak terkesan langsung dengan teguran Seokjin tadi. Bila pandangan matanya turun lalu bertembung dengan aku,

Terus szzuuppp!

Wajah aku membahang, mata terus pandang kearah lain untuk mengelak darinya. Aku ni dah kenapa?

" Hwayeon, jom aku hantar kau balik. Rasa panas punggung je aku duduk sini." ajak Hoseok perli mula keluar diikuti Namjoon. Tinggal aku sahaja manusia terakhir bersama dengan Jayden.

Sebelum aku keluar, sekali lagi mata aku mencuri kelibat lelaki itu. Senyuman sinis dihadiahkan olehnya kepada aku. Lantas mataku laju memandang kearah lain.

Kenapa,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kenapa,

Apa makna senyuman dia tu? Aku dah mula rasa overthinking.

Sekali lagi, perasaan aneh itu muncul.

*****

Mata Taehyung melihat sekejap pada jam di dinding. Sudah jam 4 pagi. Keadaan diruang tamu rumahnya sunyi sepi dengan cahaya malap menyebabkan cahaya rumahnya sedikit gelap. Kaki terus melangkah kearah sofa yang menghadap di kaca television.

Temptation Bad Boy | Jungkook Where stories live. Discover now