08 | Villa

60 11 5
                                    

             

                TIDUR lena Hwayeon terganggu bila ada sesuatu yang menganggunya. Dia rasa pelik.  Sekitar bawah wajahnya mula rasa hangat dan lembab. Seperti ada sesuatu yang menghalang di laluan rongga pernafasan dari celah bibirnya.

Tapi yang anehnya bawah bibirku seperti disentuh sesuatu yang basah. Bibirku seolah dikemam sesuatu yang lembut.

Hangat dan basah mula memenuhi disekitar celahan bibir aku. Sah, ini mesti aku tertidur dalam keadaan drooling sampai air liur basi aku terkeluar. Desis kecil hatiku separuh sedar.

Tangan aku secara automatic ingin menyentuh bahagian bibir aku yang aku sangkakan mungkin ada sisa air liur tapi sebaliknya aku seperti tertampar akan sesuatu tanpa aku sedar.

Secara drastik, bawah bibirku mula bebas dari rasa hangat dan basah itu tadi. Ehh, aku ada tertolak something ke?

Mata terus dicelik perlahan. Tangan aku seraya menyentuh di sekitar bibir aku. Dan betul sangkaan aku, ianya lembab. Tapi tak ada satu pun kesan air drooling dipipi ataupun dagu aku.

Bila dah sedar sepenuhnya aku lihat Jayden di sisi sedang menolak rambutnya kebelakang dan beberapa kali dia mengusap wajahnya. Langsung tidak menendahkan aku yang baru sahaja bangkit tidur.

" Awak.. kita kat mana ni ? " usap aku dengan suara masih mamai. Tangan aku masih menyentuh bawah bibirku sendiri. Posisi duduk dibetulkan.

" Pantai Haeundae." jawab Jayden perlahan hampir tidak dengar suaranya. Yang aneh sikapnya buatkan aku rasa hairan. Dia seperti mengelak dari bertentangan mata dan juga seperti menahan sesuatu. Macam orang baru lepas buat salah. Aku lihat wajah dan sisi telinganya sudah merah. Dia.. kesejukkan ke?

" Pantai Haeundae.. erm .. eh kejap. Kita kat Bu-Busan ke ni?! " Ucapku terkejut. Lantas mata terus memerhatikan keadaan diluar kereta. Gelap tapi ditemani oleh cahaya lampu di persisiran pantai.

" Ya, hampir 3 jam kau tidur mati. " Jawabnya lagi.

" Awak tak cakap pun kita nak pergi Busan. Dahlah saya tak bawa baju apa semua. Purse, handbag saya semua tertinggal dekat kereta Taehyung. " Ucap aku risau.

Yalah, lepas sahaja aku call Jayden dia terus angkut aku bawa masuk kedalam kereta dia. Hanya phone aku sahaja aku sempat bawa. Itupun dah battery low. 

" Don't worry, dekat rumah nanti semua kelengkapan ada. Dah jom keluar. Kita pergi makan sekejap. Aku lapar." Ucapnya lagi.

" Awak, nanti sekejap." Lengan Jayden aku tahan. Dia terus berpaling melihat aku. Posisi aku semakin dekat dengannya. Mata aku merenung setiap raut muka dia. Jayden kelihatan terkejut.

" Awak okay? Kenapa muka awak merah? " Tegur aku direct. Bila aku tegur semakin memerah bak tomato pula wajah Jayden dibuatnya. Telinga dia yang nampak obvious sekali merahnya.

I'm cold . Duduk dalam kereta hampir 4 jam drive non-stop. Aku kalau sejuk muka aku memang merah." Jawab dia beri alasan. Nada suaranya seakan terkaku di awal ayat.

" Oh iya ke. Patutlah merah. Macam mana awak tak sejuk, dahlah  pakai short pants dengan selipar. Memang sejuklah." Sambil aku bercakap sambil itu juga tangan aku bergerak.

Aku ada satu habit. Kim Hwayeon kalau bercakap tangannya mesti ikut bergerak sekali. Macam translator ahli bahasa isyarat gitu. Tapi silap aku kalini, tangan aku tak sengaja tersentuh peha kanan Jayden betul-betul diatas kulit pehanya yang sedikit keras disebabkan otot pehanya.

Temptation Bad Boy | Jungkook Where stories live. Discover now