05 | Claim

81 11 41
                                    

          

              HAMPIR sebulan lebih aku duduk bersama dengan Taehyung, aku akui bahawa aku gembira tinggal bersama dengannya. Walaupun kerja misterinya yang suka menghilang secara tiba-tiba, dia akan ada masa untuk aku.

Pernahlah aku cuba korek dari Taehyung tentang pekerjaanya tapi lelaki itu malah cuba mengubah topik. Tak mengapa, ada ubi ada batas, ada hari aku boleh cantas! Erk, macam salah je peribahasa aku ni? Ah, abaikanlah.

Bekas tingkat berjenama Tupperware berwarna purple itu aku bawa dengan berhati-hati. Banyak aku masak pada hari ini. Makanan tengahari untuk kesemua member-member rapat Taehyung. Tanda terima kasih menjaga aku sewaktu ketiadaan Taehyung. Aku dah anggap mereka ni macam family aku. Yalah, aku dibesarkan dengan tak ramai adik beradik lepastu terpisah pula. Jadi sekarang ni aku dapat merasakan keriuhan itu bersama dengan mereka.

Kecuali hanya Suga . Lelaki bermata parut itu aku tak berani rapat dengannya disebabkan dia sangatlah dingin dengan aku.

Manakala Jay... ataupun nama sebenarnya Jayden Hans, sejak dari pertemuan kali pertama di dalam bilik air, kami tak pernah langsung berjumpa lagi selepas itu.

Pernahlah aku berharap akan berjumpa dengannya selepas ini tapi tampaknya mulut Taehyung masin, dia tak bagi aku rapat dengan lelaki itu sampai kehari ini aku tak jumpa langsung dengannya, Ceh!

Pintu kaca yang ada papan tanda ' welcome ' itu aku tolak kedalam. Bunyi lonceng kedai ini mula kedengaran. Tak ramai pelanggan, dan mata aku menangkap seseorang di meja kaunter.

" Jhope! " sapa aku dengan riang.

" Eh Hwayeon! What are doing here ? "

" Saja nak singgah. Abang pun bagi izin datang kesini. Btw, aku ada bawa makanan untuk korang semua lunch. Mana yang lain? "

Jhope mencuri buka bekas Tupperware itu dan menghidu makanan lalu dia menepuk kedua tangan sambil tergelak. Habits lelaki itu bila dia rasa excited. " Comel. "Desis hati aku.

" Fuh! Sedap bau ni. Ha kau masukklah dalam dulu, diorang ada kat dalam. Aku nak settle kan kerja aku kejap."

" Okay, jangan lambat tau." Pesan aku sebelum masuk. Jhope hanya mengangguk.

Bila sahaja aku masuk kedalam ruang dalam ini, aku terpaku sekejap. Ada banyak lorong dan bilik, aku tak ingat sebab ini kali kedua aku jejakkan kaki kedai Bangtan Ink's ini. Aku mula masuk di bilik tempoh hari dimana Suga membawa aku masuk haritu. Tentu mereka semua ada disana. Tombol pintu dipusing tanpa pintu diketuk terlebih dahulu.

" Guys, aku ada bawa__ " suara aku terus terhenti bila mata aku ternampak adegan yang tak sepatutnya aku lihat. Terus berderau darah aku. Wajah aku serta merta mula kemerahan.

Seorang perempuan yang lagaknya seperti seorang costumer yang sedang leka rakus berciuman dengan seorang lelaki. Lelaki itu pulanya nampak seperti tattoo artist , ditangannya sedang memegang gun laser alatan membuat tattoo yang aku tak tahu apa namanya.

Soal berciuman itu tak menjadi kejutan budaya sangat bagi aku, tapi ini masalahnya.. perempuan tu tak pakai baju weh! Hanya pakai bra dan panties sahaja. Itupun aku lihat bra dia hampir sahaja terlucut dari badannya menampakkan lekuk lurah luas dadanya. Itu kalau tertanggal tu, hmm memang naked habis!

Entah kenapa badan aku jadi mengeras disitu. First time aku lihat adegan itu didepan mata aku sendiri selama 24 tahun. Cara layanan penuh seksual lelaki terhadap costumer perempuan itu buatkan aku jadi tak keruan. Kenapa aku pula yang rasa malu?

Temptation Bad Boy | Jungkook Where stories live. Discover now