" KENAPA tak cakap awal-awal ada manusia lain dekat rumah ni? " marahku pada Taehyung. Sebaik sahaja lelaki yang aku kenali bernama Jay itu melangkah keluar dari rumah, Taehyung aku serang dia dulu.
Aku masih tak boleh lupakan kejadian di dalam bilik air tadi. Dahlah free-free je dia lihat aku naked secara tak sengaja pulak tu!
" Oh, dia tu member abang. Rumah ni kadang dia suka singgah. Aku lupa nak pesan kat kau. Kenapa, dia ada buat apa-apa ke kat kau? " soal Taehyung.
" Tak-tak ada apa. Aku cuma terkejut je. " aku rahsiakan kejadian di dalam bilik air itu. Gila aku nak beritahu apa sebenarnya yang berlaku? Malu lah aku even dia abang kandung aku sendiri.
" Kaki kau okay tak? Sure ni tak nak pergi hospital? " tanya Taehyung sekali lagi. Minta kepastian. Aku terus geleng kepala tanda tidak mahu. Bengkak kaki aku sedikit sahaja, cuma malu yang tadi tu jelah tak hilang-hilang lagi.
" Ah, satu aku nak pesan. Kau jangan rasa terkejut bila member aku yang lain selalu singgah rumah ni. Yalah, rumah ni rumah bujang. Kau buat tak endah je. "
" Okay. "
" Lagi satu, aku nak pesan. Jangan rapat sangat dengan lelaki tu tadi. Aku tak suka. " pesannya lagi sebelum ingin beredar. Dahi aku berkerut.
" Ehm.. Jay? Kenapa dengan dia? "
" Adalah sebabnya."
" Yalah, sebab apa?" Tanya aku ingin tahu.
" Aku tak suka. " lepas sahaja Taehyung beri sebab, dia terus beredar dari situ. Tinggalkan aku dekat ruang tamu ini dengan tanda tanya.
Masalahnya sekarang ni, dalam fikiran aku asyik teringat akan lelaki bernama Jay itu. Entah kenapa aku rasa nak tahu lebih tentang dia. Tapi si Taehyung pula yang tak bagi aku rapat sangat dengannya. Atas sebab apa ya?
Macam ada suatu yang menganggu fikiran aku ketika ini. Wajah serta suara lelaki itu buatkan aku ingin berjumpa dengannya sekali lagi.
***
HIDANGAN makan malam yang aku masak dihidangkan di atas meja. Sup ayam ginseng, Bibimbap dan Japchae menjadi menu makan malam harini. Tak dilupakan, Kimchi makanan wajib yang harus selalu ada di meja makan. Settle memasak, dan yang tinggal sekarang ni adalah menunggu Taehyung untuk pulang.
Aku lihat jam di dinding sekilas. Dah jam 9 malam.
Phone aku lihat dan membaca chat Taehyung. Mesej aku daripada petang tadi pun tidak dibalasnya. Dah penat-penat aku masak, batang hidung Taehyung sejak pagi tadi pun aku tak nampak.Perut dah berkeroncong berbunyi menandakan aku dah lapar. Tapi aku tahan sebab aku nak makan bersama Taehyung. Bila lihat menu makanan ini, aku mula teringatkan mendiang nenek. Haih.. kalaulah nenek ada lagi..
Ding dong!
Bunyi lonceng rumah mengejutkan lamunan aku. Terus aku bangun dan ingin membuka pintu masuk. Tanpa melihat siapa yang datang dicctv, aku main buka sahaja pintu. Terlalu excited. Namun sengihan aku yang lebar mula mengundur bila aku buka pintu. Aku sangkakan Taehyung, namun orang lain pula.
YOU ARE READING
Temptation Bad Boy | Jungkook
Fiksi Penggemar" Change me." Hanya dua patah perkataan, duniaku mula berubah hanya disebabkan seorang lelaki bernama Jayden Hans.