03 | Eyes, Lips, Tattoo

93 14 30
                                    

TANGANNYA bersilih ganti dengan tangan Taehyung untuk melepaskan debu halus abu mayat mendiang nenek mereka.  Sungai Han menjadi tempat lepasan abu mayat nenek dilepaskan.

Hati Hwayeon sedikit sebanyak berasa lega.  Wasiat serta permintaan terakhir mendiang neneknya akhirnya tercapai. 

Setelah upacara melepaskan abu mayat, kami berdua mula bergerak pulang.  Pulang ke rumah Taehyung.  Kami menaiki train.

Sepanjang menunggu ketibaan train sampai,  Taehyung dan aku hanya berdiam diri. Masing-masing kekok kerana bertahun lama nya tidak berjumpa. 

" Esok aku nak balik semula ke kampung." Ucap aku memecahkan tembok sunyi. Taehyung menoleh kearah aku. Mukanya terkejut sedikit.

" Kau baru je sampai sini. Tidur rumah aku dulu untuk beberapa hari ni. " pelawa Taehyung.

" Rumah nenek tak ada orang. Takkan aku nak biarkan kosong? "

Taehyung kembali diam. Bila aku bercakap tentang nenek, dia tentu tak dapat membalas. Macam dia rasa bersalah. 

" Hwa nak tak tinggal dengan abang ? "

Pelawaan mengejut dari Taehyung. Wajahnya kelihatan serius. 

" Maksud abang ?  "

" Abang tahu abang salah.  Tinggalkan kau dengan nenek berdua dekat kampung. Langsung tak balik atau melawat. Jadi untuk tebus kesemua silap aku, kau tinggal dengan aku.  Aku masih ada tanggungjawab dekat kau." Terang Taehyung.

" Baru nak bercakap soal tanggungjawab? " soal aku dengan nada sinis. 

" Aku.. aku minta maaf Hwayeon.  " wajah Taehyung bertukar muram.  Lelaki itu menghalakan pandangan kearah lain. 

Aku berfikir seketika.  Lembutkan hati kau, Hwayeon.  Sekarang ni, abangnya sahaja yang ada di dunia ni.  Dia pun dah minta maaf. Perkara yang lepas perlu dilepaskan. 

Lengannya aku tolak kasar,  sengaja. Niat ingin bergurau. Taehyung agak terkejut.  Yalah, tiba-tiba sahaja tolak orang.

" Janji nak jaga aku? "

" Mestilah, kau adik aku. " Taehyung tersenyum.  Menampakan senyuman petaknya. Bila lihat Taehyung tersenyum, automatik aku turut tersenyum sekali. 

Taehyung memeluk bahu aku dan merapatkan kearah badannya.  Kepala aku diusap dengan kasar.

" Kau dah besarlah.  Senanglah aku nak jaga kau lepasni. " aku terus siku perut Taehyung.  Dia mengelak dan tertawa.

" Dah besar ni duit belanja kena lebih. Setiap bulan jangan lupa,  duit belanja aku tahu? " ucap aku tanda bergurau.  Taehyung hanya tergelak.

" Oh btw, abang kerja apa eh? " soalan aku Taehyung tidak segera jawab. Sepertinya pertanyaan aku itu buatkan dia seperti kurang selesa.

" Adalah buisness sikit.. aku ada tolong orang juga.  " jawab Taehyung, teragak. Macam, ada sesuatu yang dia sembunyikan. 

" Jom, train dah sampai. " Taehyung terus menarik tangan aku untuk segera bangun.  Tak jadi aku nak tanya soalan lebih. 

Bila sahaja kami berdua masuk,  keadaan dalam train ini agak sesak dengan orang ramai. Yalah,  waktu orang pulang berkerja. 

Tangan aku tak lepas dari genggaman tangan Taehyung.  Aku mengikut sahaja arah langkah dia dengan sesak orang ramai disekeliling. 

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang lalu hampir sahaja berlanggaran dengan bahu aku tapi Taehyung sempat menolak aku berhadapan dengannya. Dia protect aku dari ditolak kasar. 

Temptation Bad Boy | Jungkook Where stories live. Discover now