KAWASAN pengebumian di bukit tinggi itu suram dan sunyi. Mendung. Cuaca yang agak muram dan sunyi itu buatkan tempat ini seolah tiada manusia.
Hwayeon mencuri pandang kearah Jayden. Mahu membaca reaksi dari wajah lelaki itu. Tapi sukar untuk aku fahami. Wajah Jayden tidak beremosi. Yang nampak hanyalah dingin.
Dihadapan tanah perkuburan Jovvian Hans, Jayden dihadapan sekali merenung batu berjubin yang tertulis nama ayahnya. Ditemani Tristan disebelahnya.
Kami sebaris dibelakang Jayden adalah kesemuanya ahli bangtan dan aku adalah satu-satunya perempuan disitu. Dan bahagian belakang, kiri dan kanan mengepung kawasan perkuburan ini kesemuanya lelaki.
Hati Hwayeon tertanya. Takkan tak ada waris keluarga perempuan yang datang melawat? Dahlah kesemuanya lelaki. Gaya mereka semua macam orang atasan dengan bodyguard pula tu.
" We should go now." Suara Tristan menegur Jayden yang tidak beremosi itu. Walaupun perlahan tapi kami dibelakang boleh mendengar.
Namun Jayden masih beku dengan wajah dingin. Merenung batu berjubin itu dengan pandangan kosong. Hwayeon melihat tidak sampai hati. Mereka tidak menangis, tapi aku tahu disebalik wajah dingin beku mereka semua ada terselit rasa sedih.
" Jayden, kami semua tunggu kau. " kali ini suara Suga disebelah kiri aku bersuara.
Aku terdengar suara keluhan perlahan dari mulut Jayden. Jayden terus berpusing dan dalam pada masa yang sama kedudukan aku dan dia bertemu.
Untuk beberapa saat mata dinginnya bertaut denganku." Black Room, now." Arah Jayden dan terus berjalan kearah aku. Tapi lengan aku tiba-tiba ditarik oleh Hoseok untuk memberi laluan jalan Jayden. Diikuti Tristan yang setia mengikut.
Saat Jayden bersuara tadi perwatakkannya berbeza. Jika sebelum ini dia seorang lelaki yang bersahaja dan suka mengusik aku namun kali ini versinya lebih dingin. Wataknya yang seriusnya buatkan aku rasa ini bukannya Jayden yang aku kenal.
Bila sahaja Jayden melangkah pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu, kesemua manusia yang ada disitu turut bergerak mengikut jejak Jayden dihadapan sekali.
" Let's go Hwayeon. Kau perlu ikut juga." Hoseok bersuara memanggil bila aku sahaja yang terkebil-kebil melihat semua orang sudah pergi.
" Black Room tu tempat apa? " Tanya aku sebab rasa curious.
" Tempat untuk kami semua berkumpul. Tapi hanya beberapa orang ahli sahaja yang boleh masuk. Tapi kali ini kau perlu ada sekali."
" Eh kenapa? "
YOU ARE READING
Temptation Bad Boy | Jungkook
Fanfic" Change me." Hanya dua patah perkataan, duniaku mula berubah hanya disebabkan seorang lelaki bernama Jayden Hans.