13 | Hot Ramyeon

39 5 0
                                    


Iced Americano. Starbucks. Now.

-Jayden Hans. -




MESEJ  yang baru sahaja aku terima seminit yang lalu. Macam orang tak cukup nafas, aku tergesa-gesa keluar dari kedai padahal aku baru sahaja datang ke tempat kerja.

Hampir sebulan lebih aku kerja di Bangtan's Ink. Dan aku dilayan baik bak permaisuri oleh ahli bangtan lain sebab aku adalah adik kandung Tristan. Tapi tidak bagi Jayden. Dan Jayden tetaplah Jayden Hans. Tak ada apa yang berubah. Dia masih perlakukan aku macam budak suruhan yang bodoh.

Tapi walaupun dia layan aku macam tu, aku perasan dia akan selalu setia disamping aku. Dari aku sampai ke tempat kerja sehinggalah pulang dan masuk kedalam rumah dengan selamat Jayden  perhatikan aku dalam diam.

Lama-lama aku dah jadi terbiasa. Aku pun enjoy dengan kerja aku. Cuma bila waktu aku berdua sahaja dengan Jayden, keadaan mula rasa janggal. Mungkin sebab aku sukakan dia dalam diam. Actually crush. Bukannya cinta kan?

Pesanan air aku sudah siap. Nasib baiklah jarak kedai studio dengan Starbuck tak jauh. Dahlah demand. Air nak Starbuck . Padahal aku boleh sahaja bancuh kopi instant. Tapi alasannya aku buat tak sedap. Itu alasan sahaja sebenarnya. Dia sengaja nak susahkan hidup aku.

Setibanya aku masuk ketempat kerja, dengan kelajuan aku berjalan sambil membawa air minuman milik lelaki itu aku terus menuju ke bilik kerja khas Jayden. Tanpa ketukan ataupun sapaan dari luar, aku terus terjah masuk pintu bilik itu.

" Awak.. ini iced- " ayat aku tak dapat habiskan bila mata aku melihat sesuatu yang agak mengejutkan.
Iced Americano terlepas dari tangan aku lalu tertumpah di atas lantai.

Pemandangan yang mengejutkan. Macam dejavu. Tapi kali ini lebih drastik. Ada seorang costumer perempuan seperti warga foreigner sedang menerima tattoo yang dibuat oleh Jayden. Tapi di bahagian intim, her breast. Atas dia memang dah terlanjang bulat. Nasib baik bawah masih lagi tersarung dengan skirt mini.

Entah kenapa aku rasa malu. Dia yang sedang menerima tattoo aku pula rasa gelinya. Gadis asing yang aku tak kenal itu terbaring di atas kerusi dan posisi muka Jayden sangatlah rapat dengan tubuhnya yang atas.

Perempuan didepannya mengerang sakit tapi kedengaran agak sensual. Lagak Jayden masih tenang seperti prosfesional. Dia khusyuk buat kerja tapi terganggu dengan kehadiran aku.

" Kau bodoh ke? Tak nampak papan tanda kat luar? Ada costumer." Ucap Jayden kasar.

" S-sorry. " Tergagap aku sambil aku cepat-cepat ambil balik cawan plastik Iced Americano yang dah tertumpah tu.

Sambil aku mengemas apa yang patut, mata aku sempat mencuri pandang lagi. Satu sahaja persoalan didalam minda aku ketika itu.

Perempuan tu tak rasa malu ke? Tak sakit ke siot bila tattoo gun tu mencucuk halus tajam diatas lapisan kulit paling lembut di tubuh perempuan iaitu breast. Bila aku perhatikan lagak Jayden yang selamba menyentuh area private part itu, aku mula terasa malu.

Mesti dia dah terbiasa pandang body perempuan. Dan fikiran aku melayang jauh. Aku pandang kearah dada sendiri. Dan membuat perbandingan diantara aku dan gadis asing tu punya. Sedar diri Hwayeon, kau punya pun macam papan flatnya, ada hati nak lawan siapa besar, berhenti berangan.

Temptation Bad Boy | Jungkook Where stories live. Discover now