" ABANG dah fikir masak-masak ke? Kenapa mesti Jayden? Ada ramai lagi anak buah abang yang boleh tolong jadi bodyguard saya. "
Masih lagi tidak berpuas hati , aku asyik menyerang Taehyung dengan pelbagai soalan tentang pengawal peribadi aku tu. Sungguh aku tak faham. Beria-ria dahulu Taehyung mencegah aku untuk tidak terlalu rapat dengan Jayden. Tapi sekarang?
Taehyung langsung tidak menghiraukan adik perempuannya. Dia sibuk mengemas barang dan masukkan kedalam bagpack hitamnya. Dia perlu segera bersiap untuk pergi ke tempat kerja.
" YAHH ... Kim Taehyung! " Akibat rasa geram yang menebal, nama asli Taehyung aku sebut. Taehyung sempat jeling dan pandang aku dengan muka malas nak melayan. Tubuhnya mula pusing kearah aku.
" Buat masa ni dia yang paling layak. Trust me, Jayden akan jaga kau dengan baik. "
" Tapi abang sendiri kata yang Hwa patut jauhkan diri dari dia. Lagi satu, Hwayeon tak berapa selesa la dengan dia. Please.. Taehyung.. cari orang lain hm? "
" Tak boleh tarik balik. Buat masa sekarang ni memang abang nak bagi dia job untuk jaga Hwayeon seorang."
" Taehyung! " Potong aku. Dah berbuih mulut aku bercakap soal ni. Tapi Tristan Hans pekak rupanya. Dia memang tekad nak jadikan Jayden sebagai personal bodyguard aku.
Ada sebab mengapa aku berkeras tak mahu Jayden jadi bodyguard aku. Satu, dia seorang playboy. Kedua, dia seorang yang berbahaya. Ketiga, dia Jayden Hans.
Alasan yang terakhir tu sebenarnya yang buatkan aku risau. Aku tak mahu ada kaitan dengan lelaki itu. Lagilah aku dapat tahu sejarah silam keluarga lelaki itu. Menakutkan.
" Hwayeon, listen. Ada sebab kenapa abang suruh dia. Please mudahkan kerja abang. Tolong Hwayeon? " Pinta Taehyung dengan suara lembut.
Sepasang mata anak coklat itu merenung aku dengan lembut.Permintaan terakhir dia itu buatkan aku jadi lembut hati sedikit. Aku menundukkan kepala. Helaan nafas sedikit berat aku lepaskan. Tiba-tida fikirkan sesuatu. Bibirku terus tersenyum.
" Fine, but with one condition . Hwayeon akan setuju kalau abang pun setuju dengan permintaan saya. " Kening Tristan berkerut seketika. Kedua matanya perlahan bergerak-gerak sambil mencari maksud disebalik wajah aku itu.
" Saya nak kerja. "
" Kerja? "
" Abang nak Hwayeon selalu diperhatikan bukan?
So give me a job too. Saya dah lama menganggur tahu? Kalau tak pun, biar Hwayeon sendiri yang cari kerja. Bosan tahu duduk 24 jam dalam penthouse abang ni. " Luah aku jujur. Terperap dan sentiasa diperhatikan oleh mata-mata Tristan.Sejujurnya aku rindukan suasana kampung. Di sana aku bebas bergerak dan sesuka hati nak buat apa pun. Tapi bila aku mula tinggal di Seoul semuanya mula berubah.
Agak lama jugalah Tristan nak menjawab permintaan aku itu. Aku tahu, dia diam seolah endahkan pertanyaan aku tapi sebaliknya dia sedang fikirkan itu.
" Fine. Hwayeon boleh bekerja. "
" Serius? Abang tak tipu?! " Teruja aku.
" Ya."
" Aaaa thankyou abang! "
" Tapi abang yang pilihkan kerja yang sesuai untuk Hwayeon. " Senyuman aku terus mati bila Tristan tiba-tiba berkata seperti itu. Tapi aku tak ambil serius asalkan aku boleh kerja dan cari wang dengan hasil titik peluh aku sendiri.
YOU ARE READING
Temptation Bad Boy | Jungkook
Fanfiction" Change me." Hanya dua patah perkataan, duniaku mula berubah hanya disebabkan seorang lelaki bernama Jayden Hans.