07 | Your Lips

66 11 6
                                    


               
        ATAS arahan Taehyung, aku masih didalam kereta berkunci dengan perasaan gugup perhatikan dia sudah keluar dari perut kereta. Kereta Mercedes hitam ini sudahpun dikepung oleh beberapa kereta yang lain.

Taehyung kini dikelilingi oleh beberapa orang lelaki yang aku tidak kenali. Beberapa dari mereka ada alat senjata. Itu yang merisaukan aku ketika ini.

Apa aku nak buat ni?

Takkanlah nak duduk dalam kereta sahaja tengok abang aku bakal kena belasah?

Call polis?

Ya!

Terus ligat tangan membuka zip handbag. Tangan mengali-gali isi beg mencari telefon namun banyak sangat harta karun menyukarkan aku untuk jumpa. Time gawat macam inilah nak hilang! Dalam waktu itu, mata aku ternampak iphone milik Taehyung tercicir di seat pemandu. Tanpa teragak, aku terus mencapai dan segera ingin mendail nombor polis.

Aku terus menekan ikon contact. Disitu aku lihat hanya nombor yang sama berulang kali Taehyung kerap hubungi. Jayden Hans.

Tentu hubungan diantara mereka berdua rapat. Contact bernama Jayden terus didail. Agak lama untuk lelaki itu jawab panggilan.

" Kau nak apa anak pungut?! Aku tengah push rank ni. Nanti aku call kau balik.." ucapnya dihujung talian dengan nada kasar. Dia gelar abang aku tu anak pungut? Rasa nak marah tapi kena sabar. Nasib je time ni tengah darurat.

" Aa-awak.. " ucap aku dengan suara gugup. Ketika itu lelaki-lelaki yang menahan abangnya itu mula perhatikan aku dari luar tingkap kereta. Walaupun tinted gelap, tapi mereka macam tahu kereta ini ada orang. Tenung orang macam nak makan. Nasib aku dah kunci pintu awal-awal.

" Tris, kau ke tu? " soal Jayden kenalpasti.

" Saya Hwayeon. A-abang.. dia dalam bahaya.  Tolong kami. " ucap aku. Seketika Jayden diam bersuara dan kemudian dia bertanya soalan lain. Suaranya mula lembut tak macam awal tadi. Tapi kali ini nadanya risau.

"Okay, first kau share location kat aku.  I will be there. Wait for me. "

Tut.. tut ..

Panggilan terus mati.






*****




" Saya tak fahamlah. Saya call awak tadi supaya tolong abang saya, bukannya jemput saya." 

" Aku ikut arahan Tristan supaya bawa kau balik." Tenang Jayden balas pertanyaan aku.  Dia dengan berbaju hoodie hitam berseluar pendek. Dan juga dengan selipar jepun.  Dia ni betul-betul rushing ambil aku tadi ke sampai lupa nak pakai kasut?

" Habistu? Tinggalkan dia dengan samseng tu semua? Buatnya mereka belasah abang saya sampai lunyai macam mana? Sorang lawan berbelas orang mahu patah tangan patah kaki nanti. Tak kira, awak kena patah balik semula. " pinta aku. Tapi kata-kata aku mengundang gelak ketawa dari lelaki itu.

" Awak gelak? " Soal Hwayeon tak percaya.

" Sayang betul kau kat abang kau. "

" Mestilah, dia tu abang saya. "

Bila aku membalas ayatnya, Jayden yang sedang drive sempat menjeling dan melihat aku disisi. Pada masa yang sama aku juga turut memandangnya.

Temptation Bad Boy | Jungkook Where stories live. Discover now