Batuan kecil dikuis perlahan dengan kasut yang tersarung kemas di kaki.
Sudah hampir sejam dia menunggu si sahabat.
Inilah janji melayu!
"Eishh, ni kalau aku dapat dia memang aku tumbuk ngn lesung nenek aku"
Bebelan si dia hanya cukup untuk dia seorang sahaja yang dengar.
Memandangkan dia sendiri disitu."Anak jin betul lahh!"
Rungut nya lagi sebelum melangkah ingin pergi dari kawasan itu.
Perut sudah lama bekeroncong meminta makan.
"Ayrin!! Tunggu tunggu!!!!"
Jeritan seseorang menghentikan langkahnya.
Ayrin Mikaila merenung jejaka yang tercungap cungap mencari nafas di hadapan nya kini.
"Sorry sorry, saya lupa.."
Ujar si dia, agak kesal dengan dirinya sendiri kerana sudah melanggar janji dengan si gadis cantik itu.
"Forget it"
Ayrin Mikaila kembali mengatur langkah ingin berlalu pulang dari situ.
Sakit hatinya.
"Wait! Ayrin, saya tahu awak lapar.. Jom kita pergi makan okay?"
Pujuknya lagi.
"Terima kasih jelah Tengku Ayden, saya dah kenyang makan angin dan masa tunggu awak dekat sini"
Jawab Ayrin Mikaila menambahkan lagi rasa bersalah dalam diri Tengku Ayden.
Langkah diambil lagi dan sekali lagi langkah terhenti dek kerana pegangngan Tengku Ayden di lengan nya.
Perlahan pegangngan itu dilepaskan si gadis.
"Kalau tak boleh tepati, jangan berjanji. Membazir masa saya je tunggu awak macam tunggul kat sini tapi awak?
Sedap dengan perempuan tadi tu kan?
Sudah lah, saya balik dulu"
Ayrin Mikaila bersuara sebal sebelum meneruskan langkah nya menuju ke kereta untuk pulang ke rumah.
Meninggalkan Tengku Ayden dengan rasa bersalah yang cukup hebat.
"Ayrin.."
Sakit hatinya.
Rasa kecewa pada dirinya sendiri.
Tak sangka dia sudah lukakan hati teman baik nya tanpa sedar.
"Aku kena pujuk dia balik.. Kalau tak, macam mana esok aku dekat University ni? sendulah tanpa dia~"
Tengku Ayden mengorak langkah menuju ke kereta Ford Mustang kelabu nya.
Dipandu laju keluar dari perkarangan University.
🧡🧡🧡
Pagi pagi lagi Tengku Ayden sudah tercongok di hadapan pintu rumah keluarga Ayrin Mikaila.
Menanti si gadis dengan sabar bersama kotak berbentuk hati berikat ribbon. Comel!
Pintu pagar rumah terbuka menandakan seseorang bakal keluar.
Tersembul wajah cantik Ayrin Mikaila di muka pintu, lengkap berpakaian serba hitam.
Kasut nya dipakai, kedatangan Tengku Ayden cuba diabaikan.
Baru saja Ayrin Mikaila ingin membuka pintu kereta Myvi kuning miliknya, Tengku Ayden terlebih dahulu menahan.
"Apa?"
Tanpa secalit senyum Ayrin Mikaila bertanya.
"Ermm, Hari ni awak naik dengan saya. Kita pergi sama sama dan balik sama sama"
"Tak payah."
"Tadaaa~ Saya ada ni tau!"
Kotak berbentuk hati itu dibuka dan ditunjuk isi dalam nya pada Ayrin Mikaila.
Sungguh kotak itu dipenuhi coklat kegemaran si gadis.
Terbuntang matanya, nafsu cuba ditahan agar tidak termakan dengan umpan si kacak itu.
Namun nafsu makan Ayrin Mikaila lebih besar dari kesabarannya.
Kotak hati itu dirampas laju, dimasukkan ke dalam dakapan.
Tengku Ayden tersenyum puas.
Senang je nak pujuk si comel ni, umpan dengan coklat dah cukup.
"So awak dah maafkan saya?"
Soal Tengku Ayden perlahan.
Ayrin Mikaila merenung lama sepasang mata yang mampu menawan mana mana gadis itu.
"Okay fine!
tapi sekali lagi awak buat saya macam tu.. Tengok lahh! Saya ketuk awak dengan lesung batu Mama saya kat dapur tu "
Ugut Ayrin Mikaila.
Tengku Ayden tertawa kecil, sedikit pun tidak takut dengan ugutan comel itu.
Kepalanya diangguk laju sebelum menarik tangan si cantik untuk masuk ke dalam keretanya.
Laju kereta mewah itu meluncur di atas jalan raya yang agak sengkang dek masih pagi.
Sesampai nya mereka di University.
"Nanti dah habis kelas tunggu saya kat depan dewan tu tau, kita pergi makan kat kedai yang awak suka tu sebelum balik"
Pesan Tengku Ayden kepada teman baiknya sebelum masing masing mengambil langkah menuju ke kelas.
"Ayden baby!"
Jerit wanita seksi dari belakang sepasang sahabat itu.
Tengku Ayden menoleh ke arah si pemanggil dan mengisyaratkan nya untuk tunggu sekejap.
Wanita itu memberi pandangan meluat ke arah Ayrin Mikaila.
Cemburu!
Kepala Ayrin Mikaila ditepuk perlahan sebelum dia mula melangkah mendekati wanita seksi yang bergelar "girlfriend" entah yang keberapa.
Ayrin Mikaila menggelengkan kepala nya perlahan, lantas keluhan halus dilepaskan.
"Macam mana lah aku beh berkawan dengan si buaya ni?"
Kutuk Ayrin Mikaila perlahan.
Dia sudah sedia maklum dengan sikap kawan baik nya itu. Suka berfoya foya dengan ramai gadis di University mereka.
Disebabkan itu, dia cuba membuang perasaan cinta yang mula hadir untuk si pematah hati.
Dia tak mahu hatinya disakiti dengan sikap playboy Tengku Ayden.
Cukuplah dia sentiasa di sisi jejaka itu saat susah dan senang.
Berkawan baik, itu yang terbaik.
TO BE CONTINUE
YOU ARE READING
He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔
Short StoryCover By @Cik_LavendarHumai "Handsome nya laki tu!!" "Arghh! Prince Charming aku dah sampai!" "Ermm- Hye Ayden.." Menjadi pujaan ramai wanita adalah kelebihan si jejaka tampan berdarah kerabat Tengku Ayden. Muka kacak, poket berkepuk.. Siapa je tak...