Bunyi kasut tumit tinggi bergema di kaki lima University Of Malaysia.
Kaki putih mulus itu melangkah penuh alegan.
Mata mata yang memandangnya agak aneh dibiarkan.
Bilik salah seorang dekan di University itu menjadi sasaran.
KNOCK! KNOCK!!
Pintu diketuk sebelum tombol dipulas bagi membuka pintu dan meloloskan diri masuk ke dalam bilik itu.
"Good morning Prof"
Sapa si dia.
Lelaki yang bergelar Professor Mahmud itu menoleh memandang si penyapa.
"Oh good morning Cik Dhamia, dah lama sampai?"
Gadis berdarah kerabat Tengku Dhamia itu tidak menjawab, malah kekal diam.
"Ehemm, So awak dah tahu di mana kelas awak pagi ni?"
Professor Mahmud berdehem sbelum menyoal, bagi mengelakkan rasa janggal bercampur malu dek kerana gadis itu mengabaikan soalan pertama nya.
"Belum"
Sepatah Tengku Dhamia menjawab.
"Ahh jangan risau, saya dah panggilkan sorang dari kawan awak untuk bawa awak ke dewan kuliah"
Usai Professor Mahmud berkata begitu, pintu bilik nya sekali lagi diketuk.
"Come in!"
Laung nya dari dalam, memberi keizinan untuk yang berada di luar masuk.
Pintu dikuak perlahan, tersembul wajah cantik Ayrin Mikaila.
Gadis itu tersenyum manis ke arah Professor nya.
"Good morning Prof!"
Sapa Ayrin Mikaila ceria.
"Good morning sweetie! Kenalkan ini student baru yang akan join kelas awak pagi ni, Dhamia.
Dhamia, kenalkan.. Ayrin Mikaila. Antara pelajar terbaik di University Of Malaysia"
Professor Mahmud memperkenalkan dua gadis cantik itu.
Ayrin Mikaila tersenyum manis sambil menghulurkan tangannya ke arah Tengku Dhamia.
Ingin berjabat tangan.
Namun huluran tangannya dipandang sinis oleh gadis cantik itu.
"Ahh, ermm- Hye! Saya Ayrin Mikaila. Awak boleh panggil saya Ayrin je. Nice to meet you Dhamia"
Ayrin Mikaila bersuara setelah menarik kembali huluran tangannya.
Dapat dia rasa aura aneh dari gadis tinggi di hadapannya ini.
"Tengku Dhamia"
Ujar gadis itu memperbetulkan panggilan Ayrin Mikaila padanya.
Susuk tubuh Ayrin Mikaila dipandang atas bawah. Rasa jelik dengan pemakain gadis itu.
Ayrin Mikaila hanya mengenakan hoodie ungu, skinny jeans dan sport shoes.
Lain benar dari Tengku Dhamia yang tampak anggun dengan dress kembang bewarna soft pink paras lutut.
Kasut tumit tinggi yang dipakai menambahkan lagi ketinggianya.
"So-sorry, Tengku boleh ikut saya"
Ujar Ayrin Mikaila sebelum berjalan keluar dari bilik Professor Mahmud. Diikuti Tengku Dhamia.
Dewan kuliah dituju mereka.
🧡🧡🧡
"Ayrin!!"
Dari jauh nama Ayrin Mikaila dilaung.
Terlihat seorang lelaki sedang berlari mendapatkan gadis itu.
"Hah apa?"
Soal Ayrin Mikaila acuh tak acuh.
Namun soalan nya dibiarkan sepi, setelah mata lelaki itu menangkap masuk figura cantik yang berdiri di belakng sahabat baiknya.
"Siapa ni?"
Soal nya.
"Ni Tengku Dhamia, student baru University kita"
Jelas Ayrin Mikaila ringkas.
Malas dia melayan si buaya ni, nanti pasti Tengku Dhamia akan menjadi sasaran seterusnya.
"Ohh new student, Hye Cik Dhamia. Im Ayden, Tengku Ayden."
Huluran tangan disambut Tengku Dhamia. Mendatangkan aneh dalam diri Ayrin Mikaila.
"Tadi bukan main sombong dengan aku, salam pun taknak. cihh!"
Desis hati nya.
"Hye Tengku Ayden, kita di taraf yang sama"
Balas Tengku Dhamia sinis memerli Ayrin Mikaila.
"HA HA ye lah tu, Ermm so.. Jom? Biar I yang tunjuk kat mana dewan kuliah"
Ajak Tengku Ayden, yang sudah terpukau dengan kecantikan si gadis baru itu.
"Yeah of course!"
Lengan Tengku Ayden dipaut sebelum mereka berdua berjalang beriringan pergi meninggalkan Ayrin Mikaila.
"What the-
Bebola matanya diputarkan ke atas, menyampah dengan dua orang manusia yang gedik semacam tu.
Langkah kaki nya diambil ingin menuju ke library.
Tangan dicelup masuk ke dalam beg sandang nya, mencari beberapa buah buku yang harus dihantar pagi ini.
Buku yang dicari dikeluarkan.
Tanpa sengaja pelembab bibir berjenama Nivea ikut sama keluar dan jatuh bergolek di atas lantai.
"Ohh?! Aishh!"
Kaki nya melangkah laju mengejar.
Tangan nya dihulur untuk mencapai pelembab bibir itu, namun ada satu tangan lain yang terlebih dahulu mencapainya.
Ayrin Mikaila mendongak melihat gerangan yang sudah membantu nya.
Mata merekat bertaut.
Untuk seketika lelaki kacak itu terpana dengan kecantikan semula jadi milik Ayrin Mikaila.
"Ermm Encik? Encik!"
Panggilan dari gadis itu menyentakkan lamunannya.
Jejaka itu tersenyum manis sambil menguhulurkan pelembab bibir kepada pemiliknya semula.
"Thanks!"
Ayrin Mikaila ingin mengambil pelembab bibirnya kembali.
Namun gagal dek kerana lelaki itu mengangkat tangannya tinggi, dan serentak mendekatkan jarak mereka berdua.
Lelaki itu mengambil peluang menatap wajah cantik manis dihadapannya dengan jarak dekat.
Sangat dekat."Saya student baru kat sini boleh awak tunjukkan saya bilik dekan?"
Lelaki itu menyoal sekali gus menjarakkan diri mereka dan menghulurkan pelembab bibir itu kembali.
"Bo-Boleh! Jom ikut saya"
Ajak Ayrin Mikaila.
"Wait! Saya Zafran Nazeem. Awak?"
Jejaka kacak bernama Zafran Nazeem memperkenalkan dirinya sekali gus bertanya akan nama gadis itu.
"Ay-Ayrin Mikaila"
Lambat lambat Ayrin Mikaila menjawab. Mendatangkan senyum pada bibir Zafran Nazeem.
Comel.
TO BE CONTINUE
YOU ARE READING
He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔
Short StoryCover By @Cik_LavendarHumai "Handsome nya laki tu!!" "Arghh! Prince Charming aku dah sampai!" "Ermm- Hye Ayden.." Menjadi pujaan ramai wanita adalah kelebihan si jejaka tampan berdarah kerabat Tengku Ayden. Muka kacak, poket berkepuk.. Siapa je tak...