Wajah lelaki di sebelah nya masam mencuka dilirik sekilas.
"Ermm, Ay-
"Awak terima dia?"
Pintas lelaki itu laju. Riak wajahnya masih lagi sama. Bibirnya dimuncungkan sedepa.
Dah boleh ikat dah tu.
Terlepas tawa kecil dari si gadis. Terhibur dengan reaksi yang diberikan rakannya. Comel.
"Haaa~ Kenapa awak gelak? Awak terima dia kan? Ayrin~ Jawab lahhhh~"
Jejaka tampan itu mula merengek apabila tidak mendapat jawapan dari Ayrin Mikaila.
"Takdelah, Apa yang saya nak terima? Dia tak cakap apa apa pon"
Jelas Ayrin Mikaila.
"Tadi dia cakap dia suka awak lah Ayrin!"
Nada lelaki itu masih lagi sama.
"Ya betul. Memang dia cakap dia suka saya, tapi sebagai kawan lah!
Macam awak, macam saya suka awak sebagai kawan. Apa yang pelik nya?"
Ujar Ayrin Mikaila, wajah Tengku Ayden ditatap. Mengharapkan perubahan pada riak wajah lelaki itu.
Namun lain pula yang jadi bila wajahnya semakin keruh.
"Kenapa pulak ni?"
Soal Ayrin Mikaila.
"Takde apa lah, Okay lah kalau awak cakap macam tu.. "
Perlahan suaranya kedengaran.
Seakan sedih atau kecewa?
Ford Mustang kelabu berhenti di hadapan rumah Ayrin Mikaila.
"Dah sampai"
Suasana sunyi itu dipecahkan dengan suara mendatar milik Tengku Ayden.
"Ermm- Awak okay tak ni?"
Soal Ayrin Mikaila sebelum turun dari kereta mewah itu.
Anggukkan kecil diberikan kepada si gadis menandakan dia dalam keadaan baik baik saja.
"Okay.. Saya pergi dulu, bye!"
Sekali lagi Tengku Ayden membalas dengan anggukan.
Ayrin Mikaila memandang nya aneh, tiba tiba sahaja berubah.
Dia ada tersalah cakap ke?
Pintu kereta ditutup sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah.
Kereta lelaki itu yang menghilang dari pandangan dilihat sekilas sebelum ianya benar benar hilang.
Di situasi Tengku Ayden pula, dia agak kecewa dengan jawapan Ayrin Mikaila sebentar tadi.
"Macam saya suka awak sebagai kawan"
Setiap patah ayat yang dilontarkan gadis itu berulang kali bermain di kotak fikiran nya.
Seperti kaset lama.
"Kawan? Yelah, Kau tu kawan dia je Ayden. Jangan nak berharap lebih. Dia terlampau baik untuk lelaki macam kau,
Dia umpama bidadari yang sangat baik, Kau? Dah macam setan yang selalu berfoya foya dengan ramai perempuan.
Confirm lah dia tak suka"
Keluhan berat di lepaskan.
"Tolong saya Ayrin.. Saya dah jatuh cinta dengan awak. Ya, awak.
Kawan baik saya sendiri, bodoh kan saya?"
YOU ARE READING
He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔
Short StoryCover By @Cik_LavendarHumai "Handsome nya laki tu!!" "Arghh! Prince Charming aku dah sampai!" "Ermm- Hye Ayden.." Menjadi pujaan ramai wanita adalah kelebihan si jejaka tampan berdarah kerabat Tengku Ayden. Muka kacak, poket berkepuk.. Siapa je tak...