Part 1

1.2K 61 0
                                    

Bunyi enjin Ford Mustang berwarna kelabu gelap deras memasuki perkarangan University Of Malaysia.

Dedaun kering berterbangan laju mengikut deruan enjin kereta mewah itu.

Selamat kereta itu memasuki tempat parking kereta yang telah disediakan khas untuk para pelajar University tersebut.

Enjin kereta diganti dengan sorakan yang cukup kuat datang dari para pelajar perempuan. Persis hilang nafas dengan kehadiran si dia.

Pintu kereta dibuka, langkah kaki diambil bergaya.

Kaca mata hitam yang menutupi sepasang mata menawan itu terletak kemas di hidung mancung nya.

Bibir berwarna agak merah jambu menandakan dia bukan perokok.

Jaket kulit berwarna hitam tersarung segak di tubuh tinggi lampai. Rambut yang didandan rapi menambahkan kekacakan nya.

Dialah, si Playboy terhangat University Of Malaysia.

Jejaka berdarah kerabat, Tengku Ayden.

"Handsome nya laki tu!!"

"Arghh! Prince Charming aku dah sampai!"

"Hye Ayden~"

Tegur seorang gadis cantik bak model, tubuhnya dirapatkan kearah si jejaka. Ingin memeluk tubuh lelaki itu.

"Hey baby~"

Balas Tengku Ayden dan mula menarik tubuh cantik itu masuk ke dakapan nya sekejap.

Pipi mereka berlaga, menghangatkan lagi suasana.

"I like your sense.."

Ujar si cantik penuh menggoda di telinga Tengku Ayden

"I know~"

Tengku Ayden mengenyitkan matanya kepada si gadis sebelum melangkah pergi.

Mata mata yang melihat nya dengan pandangan terpegun dihiraukan,

Langkah dilajukan, mencari seseorang.

Kornea matanya menangkap masuk figura seorang gadis yang sedang membaca buku di Cafe University.

Jejak kaki diambil menuju ke arah si dia.

"Good morning Ayrin!!"

Sergah Tengku Ayden.

Terhinjut bahu gadis itu terkejut dengan kehadiran si dia.

Gadis bernama Ayrin itu mula menarik nafasnya dalam sebelum bertindak memukul perlahan bahu Tengku Ayden.

"Awak ni kann! Nasib baik lah saya takde penyakit jantung, kalau tak dah lama dah arwah"

Omel Ayrin mendatangkan tawa Tengku Ayden.

"Sorry sorry, jangan lah cakap macam tu.. Macam mana saya nak hidup tanpa kawan saya yang comel ni? hurmm?"

Ayrin mencebik kecil.

"Apa susah? Girlfriend awak ramai kan? Saya ni bukan lah siapa siapa"

"Aipp! Awak Girl Friend terbaik saya tau!"

Balas Tengku Ayden, agak tidak suka bila kawan baiknya itu mula merendahkan diri.

"Whatever la Encik Tengku"

Ayrin Mikaila, si cantik manis di University Of Malaysia. mempunyai daya tarikan yang berbeza dari pelajar perempuan yang lain.

Satu satu nya gadis yang mampu menundukkan Tengku Ayden si pematah hati.

Tengku Ayden dan Ayrin Mikaila berkawan rapat sejak awal mereka bertemu di tempat pendaftaran University.

Satu University tahu akan hubungan persahabatan yang comel dan manis itu.

Disebabkan itu juga, ramai pelajar perempuan tidak menyenangi akan kehadiran Ayrin Mikaila.

Pada mereka, Ayrin Mikaila ingin merebut Tengku Ayden dalam diam.

Ayrin Mikaila pula sudah lali dengan sikap peminat peminat Tengku Ayden. Malah dia tidak kisah, dia hanya berkawan rapat dengan Tengku Ayden.

Tengku Ayden juga peka dengan pandangan meluat yang diberikan kekasih kekasihnya pada Ayrin Mikaila.

Namun sekali pun dia tidak kisah, seramai mana pun kekasih yang dia ada..

Ayrin Mikaila selalu menjadi keutamaan nya dan akan sentiasa bersedia untuk melindungi gadis itu jika terjadi apa apa.

Gadis itu bukan sahaja cantik, malah sangat baik. Mustahil untuk dia lepaskan sahabat seperti Ayrin Mikaila.

"Ayden? can i talk to you?"

Tegur seseorang, sekali gus membawa Tengku Ayden ke alam nyata. Lama dia merenung side profile cantik milik Ayrin Mikaila.

Pandangan dialih ke arah yang menegur.

"Yeah of course!"

Balas Tengku Ayden seraya membetulkan duduknya.

"Ermm, just the two of us"

Tambah si gadis, matanya melirik tajam ke arah Ayrin Mikaila yang berada di sisi Tengku Ayden.

Ayrin Mikaila memutarkan bebola matanya ke atas sebelum mengemas barangan nya dan mula bangun dari duduk ingin meninggalkan pasangan itu berdua.

Belum sempat Ayrin Mikaila meninggalkan meja itu, Tengku Ayden terlebih dahulu menggenggam pergelangan tangan nya.

Gadis cantik itu menoleh dengan kening yang terjongket sebelah, menandakan "apa?"

"Nanti lunch sama"

Ujar Tengku Ayden sebelum melepaskan tangan Ayrin Mikaila.

Sahabat baiknya itu terus pergi tanpa menjawab.

"So? What is it baby girl?"

Soal Tengku Ayden agak romantis.

Membahang merah pipi gadis itu, terus terkaku tubuh dan bibirnya. Lidah mula kelu, tidak bekerja sama dengan baik.

Tengku Ayden tersenyum sinis dengan reaksi si gadis.











TO BE CONTINUE

He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now