Part 7

708 58 0
                                    

Langkah kaki gadis itu diambil tenang. Berjalan menuju ke parking keretanya.

Pintu kereta Myvi kuning itu dibuka, tubuh kecil nya mula memasuki ke dalam perut kereta.

Enjin kereta cuba dihidupkan.

Entah apa yang tidak kena, ianya langsung tidak mahu menyala.

Meter minyak dilirik.

Masih banyak minyak yang berbaki.

Sekali lagi gadis itu mencuba nasib. Sekali lagi ianya gagal.

Dalam leka dia cuba menghidupkan enjin kereta itu berkali kali, kehadiran seseorang dari luar tingkap tidak di perasan.

Cermin tingkap keretanya diketuk.

Menyentakkan si dia yang berada di dalam.

Terpapar wajah kacak Zafran Nazeem dari luar cermin tingkap kereta nya.

Pintu dibuka kembali, meloloskan diri dari perut kereta.

Keningnya bertaut, keringat yang membasahi dahi di lap lembut.

"Apa jadi ni Ayrin?"

Soal Zafran Nazeem.

"Tak tahu lah, apa yang tak kena. Pagi tadi okay je. Dengan panas nya lagi ni"

Keluh Ayrin Mikaila, Pandangan matanya kurang jelas dek kerana pancaran cahaya matahari yang terik mengena tepat ke wajahnya.

Zafran Nazeem perasan itu, terus tangannya di angkat sebelah diletakkan di atas kepala gadis itu.

Melindungi wajah Ayrin Mikaila dari terkena panas matahari yang membahang luar biasa hari ini.

Terpana Ayrin Mikaila untuk seketika.

Rasa terharu dengan sikap gentleman lelaki tampan itu.

Jantung nya berdegup luar normal, Namun pantas dihalau jauh.

"Macam mana? Awak reti ke baiki?"

Soal Ayrin Mikaila, bagi mengelakkan rasa janggal dalam dirinya.

"Kalau nak saya baiki tu, saya bukan pandai sangat bab bab kereta ni. Tapi saya boleh call mechanic untuk tolong tarik kereta awak ni pergi bengkel"

Jelas Zafran Nazeem.

Bersungguh sungguh dia ingin menolong gadis itu.

"Habis tu saya nak balik macam mana?"

Ayrin Mikaila bertanya buntu.

Nampaknya terpaksa lah dia menaiki grab.

"Awak balik dengan saya je lah"

Zafran Nazeem bersuara lagi.

"Ehh, takpelah. Saya dah banyak susahkan awak, saya boleh balik-

"Awak balik dengan saya Ayrin"

Sampuk seorang lelaki yang dari tadi memerhati tindak tanduk Ayrin Mikaila dan Zafran Nazeem.

Keduanya menoleh kepada empunya suara.

"Bro, it's okay.. aku boleh-

"Balik dengan saya. Full stop"

Lantas tangan sahabatnya ditarik menuju ke kereta nya.

"Ermm thanks tau Zaf!"

Jerit Ayrin Mikaila sebelum dirinya diheret menjauh dari lelaki itu.

Zafran Nazeem mengangkat ibu jari nya membalas ucapan terima kasih si gadis.

Sebelum bibirnya mengukir senyuman sinis.

He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now