Seorang gadis yang sedang berjalan sendirian diperhati dari jauh sebelum dia teragak agak mengambil langkah mendekati gadis itu.
Pelahan lahan bahu gadis itu ditepuk kuat dari belakang.
"Opocot mak kau!"
Latah spontan gadis yang ditepuk bahunya.
Terhambur tawa si jejaka.
"Ishh awak ni Zaf! Terkejut saya"
Omel gadis comel itu, mulutnya termuncung muncung.
Dia benar benar takut sebentar tadi, ditambah tepukan mengejut dari lelaki di hadapannya.
"Sorry Ayrin.."
Pinta Zafran Nazeem bersama senyuman simpul di bibir nya.
"Ada apa ni?"
Soal Ayrin Mikaila.
"Ermm.."
"Apa? bagitahu je lah"
Agak takut lelaki itu ingin meneruskan kata kata nya.
Dia tidak mahu lakukan ini!
Dia bencikan perasaan bersalah yang dia harus hadapi terhadap gadis cantik ini kelak.
FLASHBACK-
"Apa plan kau sebenarnya Dhamia?"
Soalan tegas diajukan pada gadis berdarah kerabat yang sedang menyilangkan tangannya di dada.
"Kau ikut je apa aku cakap, lepas kau buat apa yang aku suruh.. Barulah aku bagitahu next plan.
Can you?"
Sinis pandangan Tengku Dhamia menikam anak mata Zafran Nazeem.
"Aku boleh ajak dia keluar dengan aku, but.. Aku tak jamin yang dia akan ada masa untuk ikut aku.
Kalau dia taknak macam mana?
Lagipun final exam dah nak dekat, confirm lah Ayrin sibuk study"
Lelaki itu cuba mencari alasan untuk tidak meneruskan rancangan gila ni.
"Okay fine, senang macam ni lah.. I sarankan you cari kolej baru dalam masa terdekat..
Sebab mungkin you takkan dapat tamtkan pelajaran you kat sini"
Ugutan halus Tengku Dhamia mampu untuk menggoyah jiwa Zafran Nazeem.
Dia benar benar terdesak ingin menamatkan pelajaran di University Of Malaysia.
Memandangkan dia tak dapat nak ikut jejak langkah abang nya untuk sambung belajar ke luar negara,
Ayahnya memaksa untuk dia tamatkan pengajian di sini.
Di University Of Malaysia, antara University terbaik di Malaysia.
Jika tidak, dia tidak akan boleh untuk berjumpa dengan ibunya yang sedang sakit lagi.
Ayahnya akan melarangnya dari berbuat begitu jika dia tidak berjaya.
"O-Okay fine! A-aku buat, Aku buat"
Akhirnya Zafran Nazeem memilih untuk menghianati Ayrin Mikaila, cinta hatinya.
Tengku Dhamia tersenyum sumbing.
END FLASHBACK-
"Zaf, Zaf? Zafran Nazeem!!"
Panggil Ayrin Mikaila, sekali gus menyentakkan lamunan lelaki itu.
"So-sorry, Kita kat mana tadi?"
YOU ARE READING
He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔
Short StoryCover By @Cik_LavendarHumai "Handsome nya laki tu!!" "Arghh! Prince Charming aku dah sampai!" "Ermm- Hye Ayden.." Menjadi pujaan ramai wanita adalah kelebihan si jejaka tampan berdarah kerabat Tengku Ayden. Muka kacak, poket berkepuk.. Siapa je tak...